Masih lagi berkenaan jalan-jalan di Kanada. Kali ini di Quebec City, yang terletak di province Quebec. Sebaik sahaja selesai beraya di Ottawa, kami (6 lelaki dan 2 perempuan – 2 kereta) ke Quebec City pula. Perjalanan dari Ottawa ke Quebec City mengambil masa kira-kira 4 jam. Kalau dari rumah saya di Hamilton pula mengambil masa 10 jam. Pheww!
Latarbelakang
Quebec City merupakan antara tempat menarik yang mesti dikunjungi jika anda datang ke Kanada, selain Niagara Falls dan Bruce Peninsula. Bahasa utama di sini adalah French, berlainan daripada province lain di Kanada yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Jadi, kalau datang ke sini, signboard jalan tu memang bahasa French je lah.
Quebec juga mempunyai sejarah panjang, konflik dengan kerajaan Kanada kerana mereka menuntut untuk keluar daripada Kanada.
Selain bahasa, rekabentuk bangunan disini juga sangat menarik, seperti di Perancis. Ada juga kawan-kawan yang pernah ke UK cakap yang rekabentuk bangunan di sini lebih kurang sama seperti di UK. Bila sampai sini, rasa macam berada di negara lain pulak. Hehe. Kalau di Malaysia, sama macam di Colmar Tropical, Bukit Tinggi. Ada sesiapa pernah ke situ?
Vieux Quebec (Old Quebec)
Kami sampai di sana petang, jadi petang dan malam tu sempat berjalan-jalan di sekitar Vieux Quebec (Old Quebec), iaitu bandar lama Quebec. Macam biasa, papantanda semuanya dalam bahasa French.
Satu lagi keunikan Quebec adalah disini terdapat banyak artist (bukan artis) dan karya-karya mereka dapat dilihat di sekitar bandar lama Quebec ini, antaranya di La Fresque des Quebecois, iaitu sebuah murah di dinding yang memaparkan beberapa tokoh terkenal yang berasal dari Quebec.
Disini juga ada terdapat banyak cathedral, antaranya yang paling tua dan terkenal di Amerika Utara adalah Notre-Dame Basilica-Cathedral. Memandangkan ianya dibuka pada umum, kami pun masuk untuk melihat church/cathedral daripada dekat. Pengalaman pertama masuk ke church/cathedral.
Macaroon
Rasanya dah banyak kali nampak blogger Malaysia tulis artikel berkaitan Macaroon ni. Teringin juga nak merasa, nampak macam best. Tak sangka pulak boleh terjumpa Macaroon kat sini. Selain bahasa dan rekabentuk bangunan, di sini pun memang banyak kedai makanan orang Perancis, jadi tak hairanlah kalau jumpa Macaroon di sini kan? Croissant dan segala macam jenis pastries pun ada.
Bagi yang tertanya-tanya, Macaroon adalah sejenis makanan. Membantu tak jawapan tu? 😆 Bentuk macam burger, tapi comel. Manis sangat, terlampau manis. Makan sikit-sikit boleh lah.
… bersambung pada bahagian 2. Saya cuba mengelakkan meletakkan terlalu banyak gambar dalam sesuatu artikel.
ps: Rasa romantik pulak bandar ni. Tempat sesuai untuk pergi honeymoon lepas kahwin nanti 😆
Kredit gambar: #2, #7, #8, #10, #12 – Nazmi Shaarani. #4, #5 – Amiruddin.
Fadzmie
Serius baru tahu yang Cuebec ni guna bahasa French. Ingatkan semua standard English je.
Fadzmie
*Quebec
Affan Ruslan
Hehe unik kan? Dah la berada dalam Kanada.
Selamat masa pergi sana, mostly tempat yang aku gi tu diorang pandai cakap english.
Ada yang tak reti speaking, diorang cakap “Sorry I don’t speak English”
Hafizul
Wahh cantik2 arr pemandangan malam…nmemang teruja..hehe
Affan Ruslan
Suka gi sini sebab rekabentuk bangunan yang cantik
Hafizul
Emm memang doh..tak apa la kan kalau jarak dari rumah ambil masa 10 jam, janji hati happy..hehe
rahman
memandu 10 jam?… lama tu.. berhati hati semasa memandu .. utamakan keselamatan….
saya masih lagi sedih mengingat kisah student kita kemalangan di moscow baru baru ini…
Affan Ruslan
Haah. Tapi tak pergi direct, berhenti rumah kawan, tido bermalam, kemudian sambung balik perjalanan. Jadi takdelah rasa jauh sangat
Sya Isya
wah, bestnya. bilalah Sya boleh sampai ni. memang nampak keromantikannya.
Affan Ruslan
Cuba ke Colmar Tropical, di Bukit TInggi 🙂
kimmie
menariknya berjalan – jalan di Quebec City. Akak tak pernah dengar pun nama bandar ni sebelum ini.
Affan Ruslan
Quebec merupakan salah satu province (lebih kurang macam negeri) di Malaysia ni.
Quebec City pula adalah bandar, tempat tumpuan pelancong 🙂
Naziman Blogger Malaysia
Tak pernah dengar pula bandar ni. tapi tengok makanan tadi tu. rasa nak makan pula. hoho
Affan Ruslan
Macaroon kat Malaysia pun ada bro. Dulu ramai blogger promote. Kat sini baru dpt merasa haha
\o/
Part 2 pls
Affan Ruslan
K
\o/
ProfHariz
Geram tengok tang macarons tu ler~
akubiomed
Cantik rekabentuk bangunan. Mungkin ada unsur seni bina Perancis kot. Memang sesuai untuk yang gila membidik dengan kamera DSLR. 🙂
sepupuAiza
wahhhhh :O i love macaroon so much!!!! yang kat malaysia punya pun dah sedap giler. tapi mahal jugak la. kat sane berapa harga sebijik?
Hairul Azni
Suka dan minat ambil dan tengok gambar..ada sapa2 nak spondor DSLR?.. Haa..haa..