Alhamdulillah, saya baru sahaja mengikut sebuah conference yang diadakan di Toronto, kira-kira 2 minggu lepas. Alhamdulillah, terdapat lebih kurang 5 ribu orang peserta yang telah mengikuti program selama dua ini. Walaupun tidak seramai Reviving Islamic Spirit (RIS) conference yang diadakan pada musim sejuk tahun lepas, tapi Alhamdulillah mengikut maklumat dari penganjur, kira-kira 17 orang telah memeluk Islam. (Ada segelintir daripadanya yang mengucap dua kalimah syahadah di hadapan ribuan orang ramai ).
Perbezaan Islam di Malaysia dan Kanada
1. Di Kanada, pertubuhan-pertubuhan swasta sangat aktif menganjurkan kelas pada hujung minggu. Walaubagaimanapun pihak-pihak masjid juga menganjurkan kelas-kelas pengajian seperti pengajian tajwid pada hujung minggu, cuma tidak seaktif di Malaysia. Di Malaysia, terdapat surau atau masjid yang mengadakan pengajian atau ceramah hampir setiap hari! Nak tak nak je, peluang dah ada depan mata.
2. Kelas-kelas hujung yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat swasta adalah berbayar. Bayaran yang dikenakan adalah dalam lingkungan $40-$100, bergantung pada modul pengajian. Walaupun berbayar, kelas selalunya akan penuh. Di Malaysia? Banyak program yang dianjurkan adalah percuma (atau telah ditaja oleh syarikat-syarikat swasta yang lain). Tapi kadang-kadang yang percuma inilah orang tak hargai. Agak-agaknya bila berbayar baru orang nak hargai ilmu kot?
3. Di Kanada, ramai wanita yang pergi ke solat Jumaat. Walaubagaimanapun, walaupun terdapat perbezaan, perkara ini tak perlu lah dijadikan isu kerana terdapat perbezaan pendapat antara mazhab. Di Malaysia, majoriti adalah Mazhab Imam Shafie’. Jadi kita raikanlah mazhab yang majoriti selagi tidak berlawanan dengan syara’.
4. Selain ramai wanita ke solat Jumaat, solat Jumaat juga akan dilakukan untuk beberapa sesi. Untuk solat Jumaat di kampus universiti, selalunya dua sesi solat Jumaat akan diadakan. Kalau di masjid utama, ada sesetengahnya mempunya 3 sesi solat Jumaat. Sebabnya:
- Keluasan masjid yang tidak mencukupi. Masjid di Malaysia besar, dan tidak mempunyai masalah memuatkan semua jemaah dalam satu-satu waktu.
- Fleksibiliti. Kalau di Malaysia, majikan mungkin sudah maklum mengenai waktu solat Jumaat. Berbeza di luar negara, waktu rehat atau kelas para pelajar mungkin berbeza. Jadi, kalau ada lebih dari satu sesi solat Jumaat, para pelajar mempunyai lebih pilihan.
5. Terdapat banyak mazhab di Kanada. Secara peribadi, saya tidak dapat mengagak mazhab mana yang majoriti disini. Rasa-rasanya pengikut-pengikut keempat-empat mazhab bebas mengamalkan mazhab masing-masing, dan menghormati pandangan mazhab lain. Selain itu, berbeza dengan Malaysia, Shiah di sini boleh menonjolkan diri mereka secara terbuka (Maaf, takde penerangan lanjut. Saya kurang pasti mereka Shiah apa, sama ada Shiah yang telah difatwakan sesat atau tidak, Allahu’alam)
Nota: Giveaway 4 Premium WordPress Themes secara rasminya ditutup. InsyaALLAH pemenang akan diumumkan minggu depan π
Gambar oleh Fathuddin, Uni of Toronto
Eprayogia
wah ….. nice inpo π
tengkorak emas
perbezaan dirai dan tak perlu dihapuskan, selagi mana tidak bercanggah dengan hukum,
dan moralnya lagi, bagi yg di Malaysia, hargailah peluang dan masa yg ada
kid
nice sharing dude..! baru pertama kali dengan solat jumaat 3 sesi..
Moga dipermudahkan semua Umat Islam di sana dan seluruh dunia.. ameen
Affan Ruslan
Thanks bro π
akubiomed
Diluar negara kita adalah golongan minoriti tapi masih mampu melakukan ibadah keadaan yang agak bersederhana. Saya faham orang barat mereka suka mencari info mengenai ketuhanan pernah sekali saya jumpa sorang sahabat kulit putih Amerika merantau semata-mata mencari penciptaNya. Saya jumpa sahabat Amerika ini di Australia pada tahun 2000. Apa yang mengejutkan saya dia telah mengkaji Hindu dan Buddha. Dia ada bertanyakan beberapa rujukan mengenai islam. Yang mengejutkan saya adalah bila beliau mengikuti perkembangan Ahmed Deedat.
Pengalaman ketika diluar negara, saya dan kawan saya tidak menghadapai masalah jika minta waktu untuk solat dan mereka menghormati permintaan kita. Mana kala di Malaysia untuk solat Jumaat kita sesuka meletak kenderaan sehingga ke tengah jalan sehingga menyusahkan orang lain dengan beranggapan kaum lain perlu faham yang kita perlu beribadat. Bila mereka melakukan amalan keagamaan kita rasa terancam pula. Tolak ansur perlu ada.
Maaf jika apa yang saya tulis ini menyinggung perasaan mana-mana pihak
Pacifista - X
di kanada rasanya takde yang hilang selipar dan kasut tapi kat malaysia ni mesti ada orang yang balik dengan kaki ayam lepas solat jumaat…
Affan Ruslan
haha tu tak pasti la pulak, rasanya belum penah kawan2 yang hilang selipar
Affan Ruslan
Ye, ada golongan yang sentiasa mencari kebenaran, ada kalanya bertahun-tahun. Alhamdulillah, jumpa Islam.
Syeikh Ahmad Deedat memang seorang tokoh yang disegani, kerana kepetahannya berhujah
little daisy
Susah jgk nk dalami Islam kt sana yer. Kene byr utk class agama… Klau dkt negara kita kene bayar mahal mcm tu, blm tentu ramai yg nk pergi…
Affan Ruslan
Tak semua berbayar, ada juga yang percuma. Cuma, mungkin yang berbayar ni lebih intensif.
muhammad fakhruddin
Untuk point no. 1, sangat banyaknya kuliah dan pengajian belum tentu menjamin kualiti dan peningkatan pemahaman.
Sangat tertarik dengan program RIS. Apakan daya jauh di benua Amerika Utara π
Affan Ruslan
Hehe. Betul tu bro.
RIS? Owh tau jugak ye pasal ni. Ada seorang Ustaz di Malaysia pun mengikuti perkembangan RIS ni, tak sangka RIS mempunyai impak yang sangat besar
Jai
Sebab itulah tak mustahil bagi mereka untuk menarik orang islam masuk islam kerana apa yang mereka buat dapat menarik hati org bukan islam…
Juan
bnykkan lagi bro entry mcm ni
Affan Ruslan
InsyaALLAH.
Aku pun bukan rajin tulis entry2 camni hehe
nur
alhamdulillah. islam akan berada di mana2. cuma keadaan nya berbeza. besa la tu.
mazhab pelbagai. kita patut meraikan. berlapang dada. kerana mereka jugak islam.
hal syiah. saya pun tak reti gak. wallahu Taala A’lam
Affan Ruslan
Iya, kita patut berlapang dada. Setakat ni takde lagi rasanya masalah besar berkaitan perbezaan pendapat antara mazhab.
tehr
aku juga pertama kali tahu ada solat jumaat beberapa sesi
asal sahaja tak salah
masa kecil dulu, kat kampung aku ada seorang wanita selalu ikut solat jumaat
Pacifista - X
tak salah selagi masih dalam waktu zohor π
Affan Ruslan
Ye, memang ada hujah2 atau hadis2 yang pernah saya dengar berkenaan ini, cuma tak ingat.
Terbelog
eh lain pula ye
lain mazhab
evagurl
tak sia2 tok wan ajaq hang. baguih naa
Affan Ruslan
hahaha. hang aja apa, aku bukan pandai pun
Kak Nurul
slm ziarah dik…bgmn dgn Persatuan Pelajar Islam Malaysia di sna? adakah mrk giat mengadakan aktiviti sprti Pertubuhan Pelajar Islam Malaysia di Ireland dn kwsn UK yg lain?
Affan Ruslan
Salam. Rasanya tak aktif, atau mungkin boleh saya katakan tiada pertubuhan Islam khusus untuk pelajar Malaysia. Mungkin kerana bilangan kami yang tersangat sedikit berbanding negara lain
adele
biasalah tu..di negara bukan Islam, Islam akan dihargai oleh penganutnya berbanding negara yang majoritinya adalah penduduk Islam..Islam tak dihargai..
Denaihati
Bila kita berada di negara yg bukan Islam baru terasa keIndahan Islam tetapi berada di negara sendiri dikelilingi Islam ramai yang tak terasa nilainya.
Affan Ruslan
Mungkin kita terlalu memandang remeh.
Bila dah tinggal di luar Malaysia, baru sibuk2 nak cari masjid
deqlis
setuju ngan Denaihati
iza
Assalam..
Ada ke syiah yg tak sesat? Wallahua’lam..
Berbeza sungguh jika dibandingkan di Malaysia ni ek..
Affan Ruslan
Wa’alaikumsalam.
Setau saya ada. Tapi tak berani nak cakap lebih2, sebab kurang ilmu. Allahu’alam
raha
Assalam…info menarik..Walau dimana pun kita berpijak pasti ada perbezaan cara dlm mengamalkan agama. Cuma kita perlu tahu dan amalkan perkara2 yang diwajibkan dan meninggalkan yang dilarang…
Affan Ruslan
Wa’alaikumsalam.
Ye, cara pengamatan dan perlaksanaan mungkin berbeza, tapi tujuan masih sama, yakni mentauhidkan ALLAH
nC
izin nyimak sobat π
esensi
blogwalkingback π
umihoney
Salam sejahtera buat sahabat.
Terima kasih for the info. Interesting indeed. May Allah’s blessing be upon you and all of us.Take care.
Jazak Allah Khairan
Umi
Izwan
haa.. ko selalu pi sesi ke 3 kan..hehehe..
kat Malaysia memg banyak kelas2 camni tapi penganjuran conference besar-besaran camtu jarang plak aku jmpe.. atau aku yg tak alert hal2 camni.. cuma kdg2 malaysia ni kalau sesetengah yg expert sgt dlm hal agama bercakap ttg hukum2 yg tak pernah didengar..byk sgt fahaman kdg2..lagi2 kat uia ni.. mula2 masuk dengar benda pelik2 pening gak.. bid’ah biasanya dipersoalkan..
seronok tengok suasana di negara luar..
Pacifista - X
bida’ah ni memang banyak dipersoalkan.apapun amik yang baik je.nak tolak bida’ah pun tak salah sebab nabi tak buat semua tu…
Affan Ruslan
hehe. UIA ye? Macam2 aku dengar pasal UIA ni, cuma aku tak berani nak cakap2 pasal benda ni.
Pasal bidaah2 ni memang skg ada satu golongan yang suka sangat mengungkit-ungkit khilaf ulama, hebat sangat lah tu.
Aku pun tak pasti kalau kat Malaysia ada konferens besar2 camni ke takde
Ummul
Assalammualaikum,
Nice info for sharing!
Seronok dapat tahu mcm mana orang Islam negara lain hidup.
Eh, lepas ni kongsi la pula kisah Ramadhan di Kanada. π Just giving my idea.
Selamat Menyambut Ramadhan in advance!
Affan Ruslan
Wa’alaikumsalam. Hehe.
Thanks for the idea, ok jugak tu!
mis bie
saya sangat suka dengan berita dan perkembangan semasa yang saya baca dari blog awk..sangat2 membina dan sangat membuka minda saya untuk terus mendalami ilmu agama….semoga allah terus merahmati setiap hambanya yang taat.amin.
Affan Ruslan
Salam. Alhamdulillah dan terima kasih.
naim marinin
solat jumaat pn ad byk sesi?.. memg berbeza dgn malaysia.
Affan Ruslan
Ya, saya pun rasa agak pelik gak. Tapi antara sebab2 nya dah saya tulis kat atas tu hehe
fitri
aktiviti berkaitan ilmu lebih dihargai di sana berbanding di sini
Karya Kufi
alhamdulillah…indahnya Islam ni negara minoriti
izwannizam
negara yg minoritinya Islam nampak lebih aktif dalam hal2 ini kerana mungkin mereka kurang tempat2 ilmu seperti maahad tahfiz.namun agak malang,di Malaysia yang masjid dan surau di seluruh negara pun masih kekurangan jemaah π
Affan Ruslan
Itu lumrah, bila ada disiakan, bila tiada, mencari. Ceh haha
Hadi Rofiee
Melihat kepada tajuk artikel ini, ia seolah-olah seperti tajuk bagi penulisan peringkat Master atau PhD. Menarik. π
Terima kasih.
p.s: saya mahu menjelajah ke beberapa buah negara. Ia sangat menyeronokkan walaupun sejumlah wang perlu dilaburkan. π
Affan Ruslan
haha. ye ke? Ini entry santai2, jauh sekali entry ilmiah ehhee.
Wah, bagus plan tu. insyaALLAH ada rezeki dapatlah merantau
Hadi Rofiee
i’Allah, amin. π
syahrilhafiz
di kanada memang best kalau dok tempat orang
btw, ramai ke wanita dia pergi solat jumaat tu?
sapa pulak nak masak..hehe
Affan Ruslan
haha serius ramai woi, tapi tak de lah seramai lelaki.
azura
negara kita Malaysia dipandang tinggi masyarakat dunia kerana kita berpegang pada satu mazhab yang sama dan mazhab kita adalah mazhab yang paling berat…kita tidak hidup berpuak-puak seperti negara Arab…meletakkan kepercayaan kepada tuhan itu ditangga pertama walaupun hidup dalam pelbagai bangsa…tidakkah kita merasa bangga…bila kita melihat beza negara sendiri dan negara orang, ambil yang berguna, sempadankan yang bercanggah…
Affan Ruslan
Betul tu azura, kita ambil yang baik dari dua2 buah negara (Malaysia dan Kanada), itu yang sebaiknya
rahman
Semua perbedaan ada batas dan kadarnya..kita sudah bisa memahami dan semua itu ada di Al-Quran yang menjadi pegangan umat di seluruh penjuru dunia.
Syazwan
setuju dengan azura.
anyway nice enlightenment on Islam in Canada π
Affan Ruslan
Thanks bro, saja kongsi, selamat ada orang sudi baca hehe
Azri Johan
Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/fkgfe via @affanruslan
Nine
akhir zaman = Nursuria = Islam semakin berkembang…:)
Abu Ali
Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/sihu7 via @affanruslan
izwannizam
Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://t.co/FqViNPH via @affanruslan
SYΚZWΚN SΚRΚWΚK
Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/dlal3 via @affanruslan
λμ΄ μ°λ¦¬
Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://t.co/z3AspYc
akmalhilmi
Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/mt9qu via @affanruslan
fiq β
Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/dz0j5 via @affanruslan
MuJE
Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/lhad8 via @affanruslan
jackie koh
Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/mbonn via @affanruslan
aizuddin
mungkin orang kat malaysia ni lebih gemar tonton dekat youtube kot..hehe
Affan Ruslan
Apa maksud hang? ceramah ke? hehe.
Aku kat malaysia tak berapa suka sgt tgk youtube, maklumlah internet slow huhu. Alhamdulillah sini internet laju sikit, so jarang ada prob hehe
ohcikgu
sekurangnya, islam berkembang di sana. Alhamdulillah. π
Affan Ruslan
Ya, rasanya Islam semakin berkembang di sini. Alhamdulillah π
syahrilhafiz
Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/ajb0t via @affanruslan
Bigbook
islam di canada mungkin boleh dibandingkan dengan kristian di malaysia.
gereja di malaysia. mereka sangat tersusun.
dalam satu organisasi mantap.
mereka lebih kreatif, berbanding islam malaysia.
gereja bikin kem motivasi, dll.
islam di malaysia tidak kreatif.
Affan Ruslan
Terima kasih untuk komen.
Mungkin ada benarnya tu.
cikgu bada
nice post my friend
syaz@rozelt
thanks diatas perkongsian AR..pelik jugak kan perempuan pegi solat jumaat..dekat m’sia nie lelaki pegi kerjakan ibadat yang prempuan2 sebok g shopping..hihi
Affan Ruslan
hehe. kat Malaysia waktu solat jumaat lah perempuan syok bershopping, sebab takde lelaki muslim berkeliaran hehe.
Tapi takpelah, sebab solat Jumaat bukan satu kewajipan bg wanita dalam mazhab Syafi’e. Tapi mazhab lain pulak, saya kurang pasti
ammboi
info yang menarik bro affan, teruskan share pengalaman saudara utk bacaan bersama.. π
Affan Ruslan
Terima kasih.
saya ni bukan jenis yang reti nak tulis pasal pengalaman hehe
belalang
jauh berjalan, luas pemandangan…
bagus la baca tentang pengalaman bro nih π
Kalamhati
Di sana utk dptkan ilmu Islam kena bayar..tp ramai yg bersemangat..
Di sini, ilmu2 dan ceramah2 percuma pun belum tentu ramai yg hadiri..huhu
Niikmatnya iman dan Islam, bila kita perlu berusaha utk dptkannya
penaberkala
nice info
pasal solat jumaat ada banyak sesi tu first time tau
org muo
yg pokoknye islam..mazhab yg kedua
sains
setiap muslim adalah saling bersaudara…. walupun di pisahkan bangsa, suku dan wilayah…
Mr IQ
raikan perbezaan, selagi tidak melangar syara’
Pacifista - X
ternyata perbezaan pendapat tetap dapat diterima oleh orang lain di negara lain tapi kenap tidak di malaysia?nampaknya banyak yang perlu kita belajar dari negara luar.amik yang positif…
tiefazatie
tq 4 sharing bro..=)
Fatin Syahira
alhamdulillah π
teruskan bro tulis entry-entry berilmiah macam nie. all the best!
may Allah keep blessing us. amin :’)
MamaYatie
betul2..kdg2 benda yg ada dpn mata ni kita terlepas pandang..
solat jumaat banyak sesi?1st time saya dengar
darmanto
thanks,info yang menarik untuk menambah wawasan keagamaan
teDD
smoga islam berkembang di kanada..
Princess MOMOY
Terima kasih atas penjelasan tu
tahu la Momoy sedikit sebanyak perkembangan Islam di sana
Momoy teringat dulu time sekolah ustaz cakap sebenarnya umat Islam sendiri sudah berpecah belah tanpa sedar disebabkan oleh perbezaan mazhab.
Affan Ruslan
Kurang setuju. Islam tidak berpecah sebab Mazhab, org yg fanatik terhadap mazhab yg memecahbelahkan Islam. Berlainan mazhab bermaksud kita mengikut pendapat yg berlainan, tidak bermaksud berpecah belah.
misyamissyou
wah..ade jugak yg solat jumaat kat sana ye..pernah jugak solat jumaat..mase tu travel..kat malaysia je..drp tunggu dalam kereta baik join skali solat jumaat kan? lagipun masjid tu ade ruang solat perempuan kat tingkat atas yg xdigunakan jemaah lelaki..seronok dengar khutbah..cuma xdipraktikkan je sbb org kate perempuan lebih baik duduk rumah..hurmm
Affan Ruslan
Ye, itu terdapat perbezaan pendapat antara mazhab. Mungkin Imam Syafie’ ada hujah2 untuk tidak menggalakan perempuan solat Jumaat, manakala mazhab lain pula saya tak pasti
hani
salam hari ahad affan π
like this entry coz i’m one of them tp i g kelas tau π
cikida
bgus info ni…perbezaan yg ketara…pndduk islam di Malaysia ptot lebih bersyukur..
abrablog
orang kita ni, kalau benda percuma..memang malas nak pergi. Pergi masjid pun malas kan? ada kenduri makan free pun malas pergi..
Makbonda
Subhanallah…..manusia menjadi hebat kalau ada tekanan.Terimakasih atas perkongsian.
Teringat masa Makbonda kecil dulu,masa tu masih malas syolat,di suruh baru syolat. Suatu hari Makbonda bercakap dengan bapak.
“Seronok ya Pak orang kat Mekah,boleh selalu Haji”
Bapak jawab”Tapi kat Mekah susah nak wudhuk,air kurang.Orang Mekah kata seronok tinggal kat Malaysia,air banyak, senang wudhuk. Tapi orang kat Malaysia malas syolat”
Terkelip-kelip mata makbonda menahan perasaan.
kayrul
ketaranya perbezaan disana ngan disini…
sakura
Huu, best betol boleh buat perbandingan antara berlainan negara neh.. Thanks for the info =)
oja
waaaa……dasyat la kt sane…malaysia?urrmm,,xtau nak kata ape.
Nurulhuda
itulah indahnya bila kita di tempat org, macam2 yg kita boleh ambil sebagai pengalaman π
elz
seronok bila dapat tau perbezaan negara kan.yg baik boleh dicontohi,yg buruk boleh elakkan..:)
wannie
lain mazhab tak apa. jngn tak pergi solat jumaat sudah lah…
bila di negara orang ni perbezaan memng macam2 so boleh dijadikan pengalaman dan berkongsi dnegan orang ramai… =)
sofea faudzi
memang berbeza. menarik juga cerita you ni, tapi kalau isi lebih padat mungkin lebih menarik. apa-apapun, mungkin ada some part you kurang faham kan… ok la tu. thank you sebab sharing story ni. Itulah kita, rakyat Malaysia… Sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin ada kekurangan di negara kita ni, tapi sedarkah kita bhw kita berpijak di bumi yg bertuah? Kita di antara yg beruntung… ada negara maju, tapi living cost tinggi. ada negara mundur, jauh dari kemodenan. negara kita yg sedang2. semua ada… salam π
pam
umat islam di malaysia lebih cenderung kpd fahaman orang lama tentang ajaran islam. Kalau bertanya tentang hukum2 islam, selalu respon yg dapat kurang bernas, contohnya kenapa org islam sembahyg pandang dinding?. Umat islam zaman sekrg perlu bijak, kalau x, susah utk umat islam membela diri jika brhujah dengan orang agama lain tentang kebenaran islam. Di mana silap kita sebenarnya??
kelisa puteh
17 orang masuk Islam? Alhamdulillah π timba lah sebanyak ilmu sebelum kita pergi π
raingers
thanx sebab singgh blog sy n sy singgh site ni balek. perbandingan dlm entry ni memang sgt nmpk n even tak pernah duk luar negara mcm sedara, memg tulah hakikatnya. nak sambut ramadhan pun mcm dah raya je rasanya. nanti story ramadhan kat sane ye. dpt bace pun jd la. nak pegi tak mampu π
cak lee
alhamdulillah islam telah berkembang di mana mana. salam kenal dri saudara muslim di jawa timur – indonesia : 0
yudi
semoga agama islam berkembang sangat maju dikanada… amin
SyahmiShaarani
Menurut prespektif saya, Islam di Kanada lebih berfikiran terbuka dan mereka akan membuat penilaian sebelum membuat keputusan untuk menerimanya atau tidak tetapi bukan di Malaysia kerana di Malaysia mereka akan menolak mentah-mentah sekiranya ajaran itu bukanlah diturunkan oleh Tok Guru mereka. Wallahualam semoga sinar Islam dapat menerangi seluruh pelusuk dunia termasuk Kanada & Amerika. =)
mfadhlan
Insyallah, semoga Islam akan terus berkembang di seluruh pelusok dunia. Namun jangan kita lupakan tugas dakwah kita kepada orang yang lahir sebagai Islam kerana mereka tidak menghargai semua itu. Islam disebabkan keturunan, bukan yang dicari sebilangan orang yang mencari kebahagian di hati.
Namun, bersyukurlah kita sebagai orang Melayu, lahir sebagai islam. Semoga Islam akan sentiasa di hati para pembaca.