Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan

Journey of Faith Conference

Alhamdulillah, saya baru sahaja mengikut sebuah conference yang diadakan di Toronto, kira-kira 2 minggu lepas. Alhamdulillah, terdapat lebih kurang 5 ribu orang peserta yang telah mengikuti program selama dua ini. Walaupun tidak seramai Reviving Islamic Spirit (RIS) conference yang diadakan pada musim sejuk tahun lepas, tapi Alhamdulillah mengikut maklumat dari penganjur, kira-kira 17 orang telah memeluk Islam. (Ada segelintir daripadanya yang mengucap dua kalimah syahadah di hadapan ribuan orang ramai ).

 

Perbezaan Islam di Malaysia dan Kanada

1. Di Kanada, pertubuhan-pertubuhan swasta sangat aktif menganjurkan kelas pada hujung minggu. Walaubagaimanapun pihak-pihak masjid juga menganjurkan kelas-kelas pengajian seperti pengajian tajwid pada hujung minggu, cuma tidak seaktif di Malaysia. Di Malaysia, terdapat surau atau masjid yang mengadakan pengajian atau ceramah hampir setiap hari! Nak tak nak je, peluang dah ada depan mata.

 

2. Kelas-kelas hujung yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat swasta adalah berbayar. Bayaran yang dikenakan adalah dalam lingkungan $40-$100, bergantung pada modul pengajian. Walaupun berbayar, kelas selalunya akan penuh. Di Malaysia? Banyak program yang dianjurkan adalah percuma (atau telah ditaja oleh syarikat-syarikat swasta yang lain). Tapi kadang-kadang yang percuma inilah orang tak hargai. Agak-agaknya bila berbayar baru orang nak hargai ilmu kot?

 

3. Di Kanada, ramai wanita yang pergi ke solat Jumaat. Walaubagaimanapun, walaupun terdapat perbezaan, perkara ini tak perlu lah dijadikan isu kerana terdapat perbezaan pendapat antara mazhab. Di Malaysia, majoriti adalah Mazhab Imam Shafie’. Jadi kita raikanlah mazhab yang majoriti selagi tidak berlawanan dengan syara’.

 

4. Selain ramai wanita ke solat Jumaat, solat Jumaat juga akan dilakukan untuk beberapa sesi. Untuk solat Jumaat di kampus universiti, selalunya dua sesi solat Jumaat akan diadakan. Kalau di masjid utama, ada sesetengahnya mempunya 3 sesi solat Jumaat. Sebabnya:

  • Keluasan masjid yang tidak mencukupi. Masjid di Malaysia besar, dan tidak mempunyai masalah memuatkan semua jemaah dalam satu-satu waktu.
  • Fleksibiliti. Kalau di Malaysia, majikan mungkin sudah maklum mengenai waktu solat Jumaat. Berbeza di luar negara, waktu rehat atau kelas para pelajar mungkin berbeza. Jadi, kalau ada lebih dari satu sesi solat Jumaat, para pelajar mempunyai lebih pilihan.

 

5. Terdapat banyak mazhab di Kanada. Secara peribadi, saya tidak dapat mengagak mazhab mana yang majoriti disini. Rasa-rasanya pengikut-pengikut keempat-empat mazhab bebas mengamalkan mazhab masing-masing, dan menghormati pandangan mazhab lain. Selain itu, berbeza dengan Malaysia, Shiah di sini boleh menonjolkan diri mereka secara terbuka (Maaf, takde penerangan lanjut. Saya kurang pasti mereka Shiah apa, sama ada Shiah yang telah difatwakan sesat atau tidak, Allahu’alam)

 

Nota: Giveaway 4 Premium WordPress Themes secara rasminya ditutup. InsyaALLAH pemenang akan diumumkan minggu depan :)

Gambar oleh Fathuddin, Uni of Toronto



Komen

  1. wah ….. nice inpo :D

  2. perbezaan dirai dan tak perlu dihapuskan, selagi mana tidak bercanggah dengan hukum,

    dan moralnya lagi, bagi yg di Malaysia, hargailah peluang dan masa yg ada
    tengkorak emas recently posted..Dapat surat tak berapa rasmi daripada bloggerMy Profile

  3. nice sharing dude..! baru pertama kali dengan solat jumaat 3 sesi..
    Moga dipermudahkan semua Umat Islam di sana dan seluruh dunia.. ameen
    kid recently posted..Backlink FREE Untuk Blogger | Bantuan Segera Diperlukan!!!My Profile

  4. Diluar negara kita adalah golongan minoriti tapi masih mampu melakukan ibadah keadaan yang agak bersederhana. Saya faham orang barat mereka suka mencari info mengenai ketuhanan pernah sekali saya jumpa sorang sahabat kulit putih Amerika merantau semata-mata mencari penciptaNya. Saya jumpa sahabat Amerika ini di Australia pada tahun 2000. Apa yang mengejutkan saya dia telah mengkaji Hindu dan Buddha. Dia ada bertanyakan beberapa rujukan mengenai islam. Yang mengejutkan saya adalah bila beliau mengikuti perkembangan Ahmed Deedat.

    Pengalaman ketika diluar negara, saya dan kawan saya tidak menghadapai masalah jika minta waktu untuk solat dan mereka menghormati permintaan kita. Mana kala di Malaysia untuk solat Jumaat kita sesuka meletak kenderaan sehingga ke tengah jalan sehingga menyusahkan orang lain dengan beranggapan kaum lain perlu faham yang kita perlu beribadat. Bila mereka melakukan amalan keagamaan kita rasa terancam pula. Tolak ansur perlu ada.

    Maaf jika apa yang saya tulis ini menyinggung perasaan mana-mana pihak
    akubiomed recently posted..Teknik foto HDR dengan PicnikMy Profile

  5. Susah jgk nk dalami Islam kt sana yer. Kene byr utk class agama… Klau dkt negara kita kene bayar mahal mcm tu, blm tentu ramai yg nk pergi…
    little daisy recently posted..Plain Old FavoriteMy Profile

  6. Untuk point no. 1, sangat banyaknya kuliah dan pengajian belum tentu menjamin kualiti dan peningkatan pemahaman.

    Sangat tertarik dengan program RIS. Apakan daya jauh di benua Amerika Utara :(
    muhammad fakhruddin recently posted..Rindu Sebelum Hujan LuruhMy Profile

    • Hehe. Betul tu bro.
      RIS? Owh tau jugak ye pasal ni. Ada seorang Ustaz di Malaysia pun mengikuti perkembangan RIS ni, tak sangka RIS mempunyai impak yang sangat besar

  7. Sebab itulah tak mustahil bagi mereka untuk menarik orang islam masuk islam kerana apa yang mereka buat dapat menarik hati org bukan islam…
    Jai recently posted..Kad BSN Zing PLUSMiles | Topup Secara AutomatikMy Profile

  8. bnykkan lagi bro entry mcm ni
    Juan recently posted..Public GoldMy Profile

  9. alhamdulillah. islam akan berada di mana2. cuma keadaan nya berbeza. besa la tu.

    mazhab pelbagai. kita patut meraikan. berlapang dada. kerana mereka jugak islam.

    hal syiah. saya pun tak reti gak. wallahu Taala A’lam

  10. aku juga pertama kali tahu ada solat jumaat beberapa sesi
    asal sahaja tak salah

    masa kecil dulu, kat kampung aku ada seorang wanita selalu ikut solat jumaat
    tehr recently posted..Pantun Simpulan BahasaMy Profile

  11. eh lain pula ye
    lain mazhab

  12. tak sia2 tok wan ajaq hang. baguih naa
    evagurl recently posted..Does heaven has a phone number?My Profile

  13. slm ziarah dik…bgmn dgn Persatuan Pelajar Islam Malaysia di sna? adakah mrk giat mengadakan aktiviti sprti Pertubuhan Pelajar Islam Malaysia di Ireland dn kwsn UK yg lain?
    Kak Nurul recently posted..mahu jadi DOKTOR…?My Profile

    • Salam. Rasanya tak aktif, atau mungkin boleh saya katakan tiada pertubuhan Islam khusus untuk pelajar Malaysia. Mungkin kerana bilangan kami yang tersangat sedikit berbanding negara lain

  14. biasalah tu..di negara bukan Islam, Islam akan dihargai oleh penganutnya berbanding negara yang majoritinya adalah penduduk Islam..Islam tak dihargai..

  15. Bila kita berada di negara yg bukan Islam baru terasa keIndahan Islam tetapi berada di negara sendiri dikelilingi Islam ramai yang tak terasa nilainya.
    Denaihati recently posted..Revolusi MalaysiaMy Profile

  16. setuju ngan Denaihati
    deqlis recently posted..GA LIKE THIS PICCAMy Profile

  17. Assalam..
    Ada ke syiah yg tak sesat? Wallahua’lam..
    Berbeza sungguh jika dibandingkan di Malaysia ni ek..
    iza recently posted..Tinggal Kenangan: Aku dan Motor.My Profile

  18. Assalam…info menarik..Walau dimana pun kita berpijak pasti ada perbezaan cara dlm mengamalkan agama. Cuma kita perlu tahu dan amalkan perkara2 yang diwajibkan dan meninggalkan yang dilarang…
    raha recently posted..Rerama bercorak ular datang lagi!!My Profile

  19. izin nyimak sobat :)
    nC recently posted..Teknik Praktis Mengadu domba Blogger.My Profile

  20. blogwalkingback :)

  21. Salam sejahtera buat sahabat.

    Terima kasih for the info. Interesting indeed. May Allah’s blessing be upon you and all of us.Take care.

    Jazak Allah Khairan
    Umi

  22. haa.. ko selalu pi sesi ke 3 kan..hehehe..

    kat Malaysia memg banyak kelas2 camni tapi penganjuran conference besar-besaran camtu jarang plak aku jmpe.. atau aku yg tak alert hal2 camni.. cuma kdg2 malaysia ni kalau sesetengah yg expert sgt dlm hal agama bercakap ttg hukum2 yg tak pernah didengar..byk sgt fahaman kdg2..lagi2 kat uia ni.. mula2 masuk dengar benda pelik2 pening gak.. bid’ah biasanya dipersoalkan..

    seronok tengok suasana di negara luar..
    Izwan recently posted..Cara Promosi Blog dan Tingkatkan Trafik ( part 2 ) : OfflineMy Profile

  23. Assalammualaikum,

    Nice info for sharing!
    Seronok dapat tahu mcm mana orang Islam negara lain hidup.
    Eh, lepas ni kongsi la pula kisah Ramadhan di Kanada. :) Just giving my idea.
    Selamat Menyambut Ramadhan in advance!
    Ummul recently posted..Misi CutiMy Profile

  24. saya sangat suka dengan berita dan perkembangan semasa yang saya baca dari blog awk..sangat2 membina dan sangat membuka minda saya untuk terus mendalami ilmu agama….semoga allah terus merahmati setiap hambanya yang taat.amin.
    mis bie recently posted..1st GA from Beautiful Magic………………(^_^)/My Profile

  25. solat jumaat pn ad byk sesi?.. memg berbeza dgn malaysia.
    naim marinin recently posted..RASAMy Profile

  26. aktiviti berkaitan ilmu lebih dihargai di sana berbanding di sini
    fitri recently posted..SMKAJB Gangster: Sakit Kena PeluruMy Profile

  27. alhamdulillah…indahnya Islam ni negara minoriti

  28. negara yg minoritinya Islam nampak lebih aktif dalam hal2 ini kerana mungkin mereka kurang tempat2 ilmu seperti maahad tahfiz.namun agak malang,di Malaysia yang masjid dan surau di seluruh negara pun masih kekurangan jemaah :)
    izwannizam recently posted..Aliran Tunai AndaMy Profile

  29. Melihat kepada tajuk artikel ini, ia seolah-olah seperti tajuk bagi penulisan peringkat Master atau PhD. Menarik. ;-)

    Terima kasih.

    p.s: saya mahu menjelajah ke beberapa buah negara. Ia sangat menyeronokkan walaupun sejumlah wang perlu dilaburkan. :D
    Hadi Rofiee recently posted..Terima kasih untuk 366 hariMy Profile

  30. di kanada memang best kalau dok tempat orang
    btw, ramai ke wanita dia pergi solat jumaat tu?
    sapa pulak nak masak..hehe

  31. negara kita Malaysia dipandang tinggi masyarakat dunia kerana kita berpegang pada satu mazhab yang sama dan mazhab kita adalah mazhab yang paling berat…kita tidak hidup berpuak-puak seperti negara Arab…meletakkan kepercayaan kepada tuhan itu ditangga pertama walaupun hidup dalam pelbagai bangsa…tidakkah kita merasa bangga…bila kita melihat beza negara sendiri dan negara orang, ambil yang berguna, sempadankan yang bercanggah…

  32. Semua perbedaan ada batas dan kadarnya..kita sudah bisa memahami dan semua itu ada di Al-Quran yang menjadi pegangan umat di seluruh penjuru dunia.

  33. setuju dengan azura.

    anyway nice enlightenment on Islam in Canada :D
    Syazwan recently posted..#FF :20 Cara Membuat Roommate Anda GilaMy Profile

  34. Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/fkgfe via @affanruslan

  35. akhir zaman = Nursuria = Islam semakin berkembang…:)

  36. Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/sihu7 via @affanruslan

  37. Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://t.co/FqViNPH via @affanruslan

  38. Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/dlal3 via @affanruslan

  39. Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://t.co/z3AspYc

  40. Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/mt9qu via @affanruslan

  41. Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/dz0j5 via @affanruslan

  42. Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/lhad8 via @affanruslan

  43. Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/mbonn via @affanruslan

  44. mungkin orang kat malaysia ni lebih gemar tonton dekat youtube kot..hehe
    aizuddin recently posted..Overtime 1.0My Profile

    • Apa maksud hang? ceramah ke? hehe.
      Aku kat malaysia tak berapa suka sgt tgk youtube, maklumlah internet slow huhu. Alhamdulillah sini internet laju sikit, so jarang ada prob hehe

  45. sekurangnya, islam berkembang di sana. Alhamdulillah. :)
    ohcikgu recently posted..(Terkini) Semakan Keputusan UPU Kemasukan IPTA lepasan STPM/Matrikulasi 2011/2012 secara online dan SMSMy Profile

  46. Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan http://tribr.it/ajb0t via @affanruslan

  47. Bigbook says:

    islam di canada mungkin boleh dibandingkan dengan kristian di malaysia.

    gereja di malaysia. mereka sangat tersusun.

    dalam satu organisasi mantap.

    mereka lebih kreatif, berbanding islam malaysia.

    gereja bikin kem motivasi, dll.

    islam di malaysia tidak kreatif.

  48. nice post my friend
    cikgu bada recently posted..Apple bayar ganti rugi kepada penggunaMy Profile

  49. thanks diatas perkongsian AR..pelik jugak kan perempuan pegi solat jumaat..dekat m’sia nie lelaki pegi kerjakan ibadat yang prempuan2 sebok g shopping..hihi
    syaz@rozelt recently posted..Segmen: Gadget kesayangankuMy Profile

    • hehe. kat Malaysia waktu solat jumaat lah perempuan syok bershopping, sebab takde lelaki muslim berkeliaran hehe.

      Tapi takpelah, sebab solat Jumaat bukan satu kewajipan bg wanita dalam mazhab Syafi’e. Tapi mazhab lain pulak, saya kurang pasti

  50. info yang menarik bro affan, teruskan share pengalaman saudara utk bacaan bersama.. :)
    ammboi recently posted..CARA MENONTON PERLAWANAN LIVE STREAMING MALAYSIA VS LIVERPOOLMy Profile

  51. jauh berjalan, luas pemandangan…
    bagus la baca tentang pengalaman bro nih :)
    belalang recently posted..Gambar Perkahwinan Farah (AF2) & Johan JohariMy Profile

  52. Di sana utk dptkan ilmu Islam kena bayar..tp ramai yg bersemangat..
    Di sini, ilmu2 dan ceramah2 percuma pun belum tentu ramai yg hadiri..huhu

    Niikmatnya iman dan Islam, bila kita perlu berusaha utk dptkannya
    Kalamhati recently posted..FOBIA..My Profile

  53. nice info
    pasal solat jumaat ada banyak sesi tu first time tau
    penaberkala recently posted..AWAK, BOLEH BERKENALAN?My Profile

  54. yg pokoknye islam..mazhab yg kedua

  55. setiap muslim adalah saling bersaudara…. walupun di pisahkan bangsa, suku dan wilayah…
    sains recently posted..Benefiting the Plastic ID card PrintersMy Profile

  56. Mr IQ says:

    raikan perbezaan, selagi tidak melangar syara’

  57. ternyata perbezaan pendapat tetap dapat diterima oleh orang lain di negara lain tapi kenap tidak di malaysia?nampaknya banyak yang perlu kita belajar dari negara luar.amik yang positif…
    Pacifista – X recently posted..Contest Jom Review Alexa @ Pacifista – XMy Profile

  58. tq 4 sharing bro..=)
    tiefazatie recently posted..tahukah anda tentang aiskrim potong di kuala terengganu?My Profile

  59. alhamdulillah :)
    teruskan bro tulis entry-entry berilmiah macam nie. all the best!
    may Allah keep blessing us. amin :’)
    Fatin Syahira recently posted..Perempuan Suci.My Profile

  60. betul2..kdg2 benda yg ada dpn mata ni kita terlepas pandang..

    solat jumaat banyak sesi?1st time saya dengar
    MamaYatie recently posted..Liverpool Atasi Malaysia 6-3My Profile

  61. thanks,info yang menarik untuk menambah wawasan keagamaan
    darmanto recently posted..Do’a Selimut Jagad Surat At taubah 128-129My Profile

  62. smoga islam berkembang di kanada..
    teDD recently posted..ANDA MAHUKAN JAWAPAN?My Profile

  63. Terima kasih atas penjelasan tu
    tahu la Momoy sedikit sebanyak perkembangan Islam di sana
    Momoy teringat dulu time sekolah ustaz cakap sebenarnya umat Islam sendiri sudah berpecah belah tanpa sedar disebabkan oleh perbezaan mazhab.
    Princess MOMOY recently posted..Eyelashes – Shop A LotMy Profile

    • Kurang setuju. Islam tidak berpecah sebab Mazhab, org yg fanatik terhadap mazhab yg memecahbelahkan Islam. Berlainan mazhab bermaksud kita mengikut pendapat yg berlainan, tidak bermaksud berpecah belah.

  64. wah..ade jugak yg solat jumaat kat sana ye..pernah jugak solat jumaat..mase tu travel..kat malaysia je..drp tunggu dalam kereta baik join skali solat jumaat kan? lagipun masjid tu ade ruang solat perempuan kat tingkat atas yg xdigunakan jemaah lelaki..seronok dengar khutbah..cuma xdipraktikkan je sbb org kate perempuan lebih baik duduk rumah..hurmm
    misyamissyou recently posted..Harry Potter ~ Until the very end…My Profile

    • Ye, itu terdapat perbezaan pendapat antara mazhab. Mungkin Imam Syafie’ ada hujah2 untuk tidak menggalakan perempuan solat Jumaat, manakala mazhab lain pula saya tak pasti

  65. salam hari ahad affan :)
    like this entry coz i’m one of them tp i g kelas tau ;)
    hani recently posted..hidup ini bagaikan pentasMy Profile

  66. bgus info ni…perbezaan yg ketara…pndduk islam di Malaysia ptot lebih bersyukur..
    cikida recently posted..derian oh derian…~My Profile

  67. orang kita ni, kalau benda percuma..memang malas nak pergi. Pergi masjid pun malas kan? ada kenduri makan free pun malas pergi..
    abrablog recently posted..Balik Kampung Trip with Proton Inspira!My Profile

  68. Subhanallah…..manusia menjadi hebat kalau ada tekanan.Terimakasih atas perkongsian.

    Teringat masa Makbonda kecil dulu,masa tu masih malas syolat,di suruh baru syolat. Suatu hari Makbonda bercakap dengan bapak.

    “Seronok ya Pak orang kat Mekah,boleh selalu Haji”

    Bapak jawab”Tapi kat Mekah susah nak wudhuk,air kurang.Orang Mekah kata seronok tinggal kat Malaysia,air banyak, senang wudhuk. Tapi orang kat Malaysia malas syolat”

    Terkelip-kelip mata makbonda menahan perasaan.
    Makbonda recently posted..Berita baik untuk penggemar coca cola!.My Profile

  69. ketaranya perbezaan disana ngan disini…
    kayrul recently posted..Bila Si Kecil Balik KampungMy Profile

  70. Huu, best betol boleh buat perbandingan antara berlainan negara neh.. Thanks for the info =)

  71. waaaa……dasyat la kt sane…malaysia?urrmm,,xtau nak kata ape.

  72. itulah indahnya bila kita di tempat org, macam2 yg kita boleh ambil sebagai pengalaman :)

  73. seronok bila dapat tau perbezaan negara kan.yg baik boleh dicontohi,yg buruk boleh elakkan..:)

  74. lain mazhab tak apa. jngn tak pergi solat jumaat sudah lah…

    bila di negara orang ni perbezaan memng macam2 so boleh dijadikan pengalaman dan berkongsi dnegan orang ramai… =)

  75. memang berbeza. menarik juga cerita you ni, tapi kalau isi lebih padat mungkin lebih menarik. apa-apapun, mungkin ada some part you kurang faham kan… ok la tu. thank you sebab sharing story ni. Itulah kita, rakyat Malaysia… Sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin ada kekurangan di negara kita ni, tapi sedarkah kita bhw kita berpijak di bumi yg bertuah? Kita di antara yg beruntung… ada negara maju, tapi living cost tinggi. ada negara mundur, jauh dari kemodenan. negara kita yg sedang2. semua ada… salam :)

  76. umat islam di malaysia lebih cenderung kpd fahaman orang lama tentang ajaran islam. Kalau bertanya tentang hukum2 islam, selalu respon yg dapat kurang bernas, contohnya kenapa org islam sembahyg pandang dinding?. Umat islam zaman sekrg perlu bijak, kalau x, susah utk umat islam membela diri jika brhujah dengan orang agama lain tentang kebenaran islam. Di mana silap kita sebenarnya??

  77. 17 orang masuk Islam? Alhamdulillah ;) timba lah sebanyak ilmu sebelum kita pergi ;)

  78. thanx sebab singgh blog sy n sy singgh site ni balek. perbandingan dlm entry ni memang sgt nmpk n even tak pernah duk luar negara mcm sedara, memg tulah hakikatnya. nak sambut ramadhan pun mcm dah raya je rasanya. nanti story ramadhan kat sane ye. dpt bace pun jd la. nak pegi tak mampu :)

  79. alhamdulillah islam telah berkembang di mana mana. salam kenal dri saudara muslim di jawa timur – indonesia : 0

  80. semoga agama islam berkembang sangat maju dikanada… amin

  81. Menurut prespektif saya, Islam di Kanada lebih berfikiran terbuka dan mereka akan membuat penilaian sebelum membuat keputusan untuk menerimanya atau tidak tetapi bukan di Malaysia kerana di Malaysia mereka akan menolak mentah-mentah sekiranya ajaran itu bukanlah diturunkan oleh Tok Guru mereka. Wallahualam semoga sinar Islam dapat menerangi seluruh pelusuk dunia termasuk Kanada & Amerika. =)

  82. Insyallah, semoga Islam akan terus berkembang di seluruh pelusok dunia. Namun jangan kita lupakan tugas dakwah kita kepada orang yang lahir sebagai Islam kerana mereka tidak menghargai semua itu. Islam disebabkan keturunan, bukan yang dicari sebilangan orang yang mencari kebahagian di hati.
    Namun, bersyukurlah kita sebagai orang Melayu, lahir sebagai islam. Semoga Islam akan sentiasa di hati para pembaca.

Tinggalkan Komen Anda

*

CommentLuv badge