Hukum Memakan Ulat Mulong atau Ulat Sagu

Masa pergi PLKN di Bau, Sarawak dulu, saya banyak kali dengar pasal sejenis ulat ni, dikenali sebagai ulat mulong atau pun ulat sagu. Ulat ni ada di pokok-pokok sagu, saya pun tak pernah tengok secara live hehe. Ada kawan saya orang Bidayuh, die cakap sedap hehe. Teringin? Tak, saya tak pernah teringin kot hahaha. Kat Sarawak agak popular ulat ni, dan tak terkecuali ada jugak orang Islam yang makan ulat ni (eeuuwww)

Semalam/kelmarin saya terbaca satu entry dari sebuah blog tu tulis die teringin merasa ulat sagu. Tiba-tiba saya teringin pasal satu artikel yang saya ada baca pada tahun lepas, dari blog Jomfaham.blogspot.com (beliau merupakan salah seorang moderator agama web iluvislam)

Hukum Memakan

“. . .Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.” (Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab “Sabilal Muhtadin” dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38)

Pengecualian

Walaubagaimanapun masih ada pengecualian pengharaman ini (dari pendapat ulama Syafie)

Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai “termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali”. Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama – sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. (Sumber: kitab-kitab fiqh mu’tabar dalam mazhab seperti “Minhajuth Tholibin” halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada “Tuhfatul Muhtaj” juzuk 9 halaman 369 dan 445)

Gambar ulat mulong

Teringin nak makan? hehehe

Ulat Mulong

Gambar dari heartless-no-soul.blogspot.com

Sumber asal artikel: Link

Komen & Pandangan

    • ana

      ulat ni makn sedap..d swak byk lagi spesis ulat y kitaorg mkn …myb sebab dr kecik da biasa mkn benda eksotik mcmni….xde geli da..

  1. tma kasih affan…..akk tgk pn dh naik goli goman….apa lagi nak memakan nya……tp x berani gak nk ckp abis…….kena berlapis gak lak kaaaaan nk ckp ni………kot2 ade plak org terbg kita makan tnpa di beritahu apa bende nye……teeeeeeeeermakan lah pulak…….hish..

    tp klu nk suh masak sendiri n makan………hish xde leeeeeeer seh nk membuat nya………goliiiiiiiii…hahahahaha

  2. bagi upah wang berjuta pun memang tak hingin nak makan..geli kot..eeuuwwww…tengok ulat tu macam ulat yg dlm longkang je..yeekkk yeekkk..geli..huhu..

  3. okay..gambar ulat tu sangat besar..boleh pengsan kalau tengok lame2..ulat buah pun kalau ternampak, geli dah nak makan buah tu, apatah lagi ulat besar macam tu..tp tu terpulang la kepada adat/bangsa masing2..kita ada agama kita, kita ikut agama kita..

  4. salam. dulu sy stay srwk 9thn, so dh biasa tgk dorg mkn. lgpon ulat ni mmg bole mkn pon, dia dr dlm pokok. dorang kata rasa dia macam daging ayam tp xpenah plak sy tringin nk mkn.

  5. hehe… dulu membe orang sarawak.. dipenah makan. dia kata best. hahahahah nice kan kan kan tapi tak nak rasa… tskut nanti muka bertukar jadi godzilla. hahaha

  6. selalu tengok kat tv pasal ulat ni. pernah bertemu sekali je secare live. mintak amponlah nak makan! haha.. taknak den!

  7. maka. haram la kan?

    sebab pengecualian diberikan kepada cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang

    contohnya ulat buat dalam apple atau jambu tu, sayur punya ulat daun yang kecik2 tu. yang kadang2 tak perasan, walaupun kita dah try nak asingkan.

    tapi dalam kes ni, ulat tu memang boleh diasingkan. bosa kot! dan rasanya kita tak makan akar tu. so haram hukumnya makan ulat tu.

    ke guane?

  8. aku memang teringin nak makan….hahah mujur tak makan haram da….
    terima kasih info ni…ingat sampai mati…:)

  9. Izzatie

    wohhooo. mmg tringin laa sgt.. (euwww) hehe. tp bile tgok kt rncngan tv yg tunjuk org mkn ulat ni. ade yg kte rase udang. HAHA. bagai-bagai

  10. perghh mmg x mkn rr bende alah ni..byk lagi bende lain yg bole mkn kat dunia ni..tp aku ade sorang kawan yg g bantai mkn bende alah ni..geli la siak

  11. eish .. geli goloman den .. tgk dy gemok .. gerak2 .. eee x snggop2 .. bg la free pn ..
    dlm dy msti bnyk juss .. eiuuu .. pnh nmpk org mam hdop2 .. yucksss !

  12. sabah ad gag ulat cmnih.aq x makan la.tok aq mkn.n arituh (senanye beberape taon lepas,tapi aq x hengat bile.haha) jakim ad kuar artikel pasal ulat nih.kate nye x haram.makruh.

  13. saye sarawakian n i dun mind awk buat entry ni . lagipun saye xprnah tfkir nan sntuh benda alah ulat ni euww . even family saye makan n care2 dowg mkn dowg goreng so mcm goreng ayam la . then ade 1/2 org mkn mcm tu je . i ask dorg yg mkn bende ni dorg kate ade macam pedas2 . n sumpah nak pegang pun geli euwww

  14. kunjungan balik skaligus ngefollow! jangan lupa d.follbeck yah !
    trus kalo mau tukeran link, tinggalkan jejak juga d.blog aku ! ntar aku pasang deh ! :)

  15. iyelah, kalau kita memang la dok “”euuuwww2″” :P

    tapi org kat sarawak sana yang dah biasa dan ini makanan mereka, mcm mana diorang nak rase geli?
    ataupon diorang tak ada makanan lain,,ha, itu saja makanan dia…..

  16. eiuuuuuuuuuuuu geli la..tapi nampak dalam program majalah3 hari 2…diorang mam selamber jeak…huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

  17. ada yg kata rasanya mcm udang.
    tapi kalu kita berada di kepulauan yg terasing tanpa tahu makanan yg boleh dimakan atau tidak, insyaAllah hukumnya tidak haram.
    maksud aku, untuk kesenambungan hidup.

  18. ulat ni makanan org melanau..hubby bui org melanau gak dan dia pernah makan ulat ni..tp sekarang x lagi..hubby cakap rs udang..hehe

  19. Salam :) ade sedikit kemusykilan, kalau ulat itu digoreng, adakah masih boleh dimakan?

    ini kerana ibu saya seorang Bidayuh, dan setiap kali balik ke Sarawak, ulat ni mesti dijadikan santapan. rasanya sedap. terima kasih :)

  20. well, u know my friend said it tastes better than chicken! my friend’s mum is bidayuh so her aunts always send her live worms from sarawak!

  21. hurm, i knew abt this long b4..and perhaps to us (muslims)..ulat mulong or ulat sago is yucky..but this is other ppls’ delicacy and we have to respect that. so, try not to say offensive words like “macam ulat sampah etc”. jaga hati orang lain adalah lebih baik dari bercakap spt itu..

    just a point to ponder

  22. aku jijik banget melihatnya apalagi sampai memakan nya. tetapi di daerah papua sana orang pedalaman banyak yang memakan ulat itu. untung aku tinggal di jawa .hehehe3

  23. hehhh… bgus terbaca ni.. tau lah jugak sama ada bleh atau tak makan ni.. walaupun tak teringin nak makan tapi skurang2nya taulah… tq..

  24. halo hi. sy blogger sarawak dan sy pernah melihat ulat mulong atau ulat sagu ni. malah, ada di kalangan kawan-kawan sy yg makan ulat ni walaupun muslim. utk pengetahuan blogger affan, sy belajar di Mukah. Ulat Mulong paling terkenal di Mukah berbanding di tempat-tempat lain sekitar Sarawak, dan komuniti/bangsa yang makan ulat ni biasanya Melanau. Ulat ni sebesar ibu jari, dan banyak juga yang lebih besar dari ibu jari. Ulat ni sangat gemuk, putih dan bersih. Ada yang mengatakan ulat ni rasanya seperti ayam, malah terasa lebih lemak dari ayam, tapi kata penduduk tempatan (warga Mukah), ulat ni sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

    Apa-apapun, berbalik kepada topik utama entri ini soal halam haram ulat mulong ni, dari sudut pandangan alim ulama/hadis, apa yang haram tetap akan haram. Dari segi penelitian sy juga ulat ni haram di makan, berdasarkan rujukan daripada pakar agama (ustaz) dan hadis.

  25. manyunte

    Muslims forbid these types of sago worm, but at least let us appreciate the tribes of the interior of Kalimantan in particular commonly consume. This to my mind. how?

  26. hello :)

    saya(non-muslim) org sarawak dah biasa dah tgok ulat2 nie kalau org melanau mcm saya panggil ulat itu siet.. nak pronounce english SEE EARTH hehee…
    ulat tu memang gemuk.. dia bnyak lemak tapi kalau dah di goreng kecut dia….
    masa2 kecik dulu pernah makan..tapi makan yg dikeringkan jer.. dah meningkat dewasa x berani nak makan sebab tgok ulat tu cute sgt.. gemuk2 jer… dulu pernah gak ngan family g hutan tangkap ulat nie dalam poko rumbia.. :).. dia akan jadi serangga kalau dah besar…
    btw nice entri hehee :)

  27. kena hati-hati juga, bila dikeringkan rupanya seperti udang kering. So kalau nak beli udang kering, kena tanya dulu, kalau setakat tunjuk dan kata nak satu, alamat terbeli ulat kering.

  28. b-byie hunniest

    rugi lh kalo x mkn ulat nie bg yg bkn islam lh…best gilerr….habitatnya pon lg bersih dr tpt2 mkanan lain spt dging yg kta mkn skrg…

  29. SURIANI

    Najis ke ulat tu. Cepat sangat nak haramkan, belalang halal pula. Tak konsisten menghukum. Dapat nas dari mana mengharamkannya. Kalau setakat pendapat ulamak, tak boleh pakai buat hukum.

  30. sebenarnya ..ada org bagitahu saya asas pembuatan bihun adalah..Beras,tepung jagung dan tepung sagu..oleh kerana beras lebih mhal,pembuat bihun akan mencampurkan lebih tepong sagu mgkin yang rendah grednya ,entah2 diaorg blander dgn ulat2 tu sekali..untuk di jual nntinya dgn hrga rendah atau untuk bajet kos pengeluaran..maka belilah pada pengeluar muslim..spt- Bihun Sufi..wallahu A’lam..

  31. Lola

    Nasib baik duduk kat semenanjung Malaysia. Ulat ni tak popular kat sini. Geli lah nak makan ulat ni.

Tinggalkan pendapat atau komen