Gambar-gambar Aktiviti PLKN

Kalau anda tanya saya perkara yang paling saya menyesal masa menyertai PLKN, jawapannya adalah sebab tak bawak kamera :lol: Sebelum pergi PLKN dulu, tak ingat langsung nak bawak kamera, kalau tak mesti banyak gambar kenangan dalam simpanan. Oh ye, entah kenapa bila musim PLKN, selalunya akan ada orang tanya saya perkara-perkara berkaitan PLKN, contohnya berkenaan aktiviti, penempatan dan sebagainya. Mungkin sebab dulu saya pernah kongsikan artikel mengenai Pengalaman Menyertai PLKN di Kem Puncak Permai, Sarawak. Sarawak? Yup, dapat naik flight free semata-mata untuk PLKN. Hehe.

Kepada yang dapat tawaran tu, sila jangan tolak, atau dalam kata lain cuba lari daripada PLKN. Ada je alasan nak mintak pengecualian, asma lah, patah kaki la dan lain-lain. Nak tak kalau betul-betul sakit? Haha.

Sebelum ni ada pembaca blog ni tanya saya macam-macam pasal PLKN. Saya ok je :lol: Pada masa sama, saya mintak beliau bawak kamera, kebetulan pulak dia dapat kem yang sama saya be-PLKN dulu, jadi lagi senang nak terangkan apa yang patut. So kali ni saya nak kongsi sikit gambar aktiviti-aktivit menarik masa PLKN, kalau ada gambar mungkin lagi menarik kan? :p

Nota: Semua gambar ni kepunyaan pembaca tersebut, saya yang suruh die ambil gambar untuk dikongsi dengan pembaca blog ini.

PLKN1

Yang ini adalah aktiviti fizikal yang wajib, untuk laki dan perempuan. Kalau jatuh, jangan risau sebab tak sakit, cuma masuk air je :lol: Selain tu, kena panjat tembok dan merangkak melalui kawad berduri. Semuanya just for fun, takdelah serius sangat macam kem tentera, cuma nak latih diri lebih berdisiplinl. Seterusnya ada juga camping, satu malam je. Kena masak dan pasang khemah sendiri. Yang dah ada pengalaman masa sekolah dulu mungkin benda ni piece of cake je.

Perkemahan PLKN

Rasanya dalam banyak-banyak aktiviti, yang paling best adalah aktiviti air. Semua peserta akan diajar untuk lebih confident berada dalam air. Kalau tak reti berenang takpe, memang kena pakai life jacket sebab kolam atau tasik tu sangat dalam. Kemudian setiap orang diberi peluang naik kayak dan juga rakit. Sangat best, senang je pun haha. Oh ye, ada juga pertandingan lumba rakit dan kayak antara kompeni. Dulu saya masuk lumba kayak je masa pertandingan.

Aktiviti Air PLKN

Kayak PLKN

Selalu dengar, kalau masuk PLKN dapat menembak kan? Haah memang betul. Rasanya tu kali pertama dan kali terakhir lah kut hehe. Jangan risau semuanya akan diajar. Bawah ni gambar kelongsong peluru. Kat lapang sasar tu memang berlambak kelongsong peluru ni, tapi tak dibenarkan untuk dibawa balik ke kem ;)

Kelongsong Peluru

Lapang Sasar Menembak PLKN

Beruntung dapat kat Sarawak sebab peserta dibawa ke Kampung Budaya, Sarawak. Kat sini ada macam-macam benda, dapat lihat rumah kebudayaan etnik majoriti Sarawak, peralatan memburu dan ada juga persembahan kebudayaan. Yang menari pusing-pusing atas tiang tu semua ada hahaha.

Kampung Budaya Sarawak

Bidayuh Bamboo Brigde

Yang atas, bahagian kiri tu Bidayuh Bamboo Bridge, atau dalam Bahasa Melayu Jambatan Buluh. Sangat unik.

Lastly, untung kalau dapat PLKN di Sarawak (terutamanya yang berasal dari Semenanjung) sebabnya dapat ramai kenalan dari etnik Bumiputera di sana. Dulu saya ramai kawan Bidayuh dan Iban, ada belajar bahasa Iban dan Bidayuh dan tulis sikit-sikit dalam buku nota. Jika anda melancong ke Sarawak, belum tentu anda berpeluang untuk berkawan dengan orang Iban dan Bidayuh. Masa di Sarawak inilah saya kenal Ulat Sagu.

Walaupun Sarawak ni dalam Malaysia, bagi saya ada beberapa keunikan negeri Sarawak yang tidak terdapat di negeri lain :)

Komen & Pandangan

    • Tak silap aku, kem Puncak Permai tu kem tercantik kat Sabah/Sarawak. Aku tak sure tercantik seluruh Malaysia ke tak. Tapi masa aku dulu, memang bersih je kem tu.

  1. Belajar menembak nih gian woo…teringat masa masuk kedet tentera dulu..dulu pakai M16..sekarang tsk tshu lah pakai apa pulak.

  2. miahaha..budak2 kem aku nanges kot aku nak tinggalkan dieowg pas abes PLKN..keh3 seriously fun la PLKN..kesihatan mmg dieowg jage la..kalau peserta tu ada asma,sakit demam,batuk,die suh rehat,takde pakse buat aktiviti der..

    1st month sakit sikit kot,pk balik je..masuk 2nd month wow yey ! tak nak balik.haha..

    btw ” peace of cake je ” ..bukankah sepatutnya piece of cake ? ><

  3. teringin pergi PLKN ni…memang sungguh menarik…memang betul2 berkesan mengajar disiplin…tapi tak berpeluang pergi lak haha…dulu lepasan SPM takderlah mula aktiviti ni…

  4. Walaweh…teringat masa PLKN dulu…aku budak 1st batch dulu..kem Kisana Beach Resort dekat Pantai Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan dan lepas tu di UITM Shah Alam. Memang bes waktu tu. Cuma kurangnya dulu takde menembak la. Teringat dulu demam2 angkut kayak lari bape km ntah. Pastu simbah air atas khemah ngan atas jalan bagi sejuk. Baju kalau basuh waktu lunch sebelum pukul 2 dah kering macam keropok. Macam-macam lagi la kenangan…huhu….terima kasih sebab mengingatkan aku kenangan nih ;-)

Tinggalkan pendapat atau komen