Seperti yang telah dirancang, akhirnya dapat juga snowboarding Jumaat lepas. Ya, Jumaat lepas. Baru sempat nak update sebab kesibukan dengan assignment. Haha. Jadi, ada sedikit gambar untuk dikongsi kali ini.
ps: Jangan tanya mana gambar saya. Selalunya fotografer tak ambil gambar sendiri π
Berbanding tahun lepas, tahun ini ada sebanyak 7 kereta yang turut sama. Jadi, ada lebih kurang 35 orang daripada McMaster University dan kira-kira 7 orang daripada universiti lain. Jumlah yang agak ramai. Tapi memandangkan minggu lepas ada cuti seminggu yang dipanggil Reading Week, jadi takde masalah sangat.
Tahun ini snowboarding di tempat yang sama dengan tahun lepas, di Chicopee. Ada lagi beberapa tempat snowboarding lain yang berdekatan, tapi mungkin kena drive lebih jauh. Kalau drive dari rumah ke Chicopee ni ambil masa satu jam. Cuaca pagi tu tak menentu, sekejap hujan sekejap tak. Selamat masih boleh ber-snowboarding.
Disebabkan kali ini 2nd time snowboarding, best sikit sebab basic tu dah ada. Kalau tak, macam tahun lepas, memang sakit punggung je lah sebab selalu sangat jatuh. Di Chicopee ini, ada 5 peringkat asas dan 1 peringkat istimewa yang dikhaskan bagi snowborder yang skillful. Peringkat-peringkat ni dibahagikan mengikut ketinggian dan kecuraman lereng bukit tu. Tahun ni dapatlah try sampai peringkat ke 5, serius best sebab lagi tinggi dan laju. Tapi kalau jatuh sekali memang sakit lah hahaha π
Di Chocipee ini boleh ski atau snowboarding. Saya belum pernah main ski, tapi nampak ski macam lagi senang. Kalau perempuan tu, better main ski lah kut. Takde lah asyik jatuh.
Disebabkan tiket yang dibayar adalah full day ticket, jadi sesiapa yang stamina kuat tu boleh lah main sampai tempat ini ditutup, rasanya sampai pukul 9 malam. Tapi malam-malam memang dah tak ramai orang. Lengang je.
Oh ye, nak naik atas tu kena naik gondola ni. Kalau ramai orang terpaksa lah beratur panjang, tapi kalau tak ramai orang best sikit. Tempat nak snowboarding luas dan tak perlu beratur panjang untuk naik gondola ni. Selain snowboarding, antara aktiviti best lain masa musim sejuk adalah ski dan snow tubing. Tapi belum ada rezeki lagi nak main dua-dua tu. Kalau ada, InsyaAllah adalah saya kongsi pengalaman sikit kat blog ini.
anif
Wahahaha.. Ini gambar memang akan jadi kenangan seumur hidup! Kalau di Malaysia, aktiviti ni hanyalah impian semata-mata..
nizam
boleh..gelunsur bukit…hahaha.. xD
Affan Ruslan
Hahah ye. Lapik dengan pelepah pisang atau kotak ^__^
Affan Ruslan
Alhamdulillah ada peluang π
Rezeki masing2, kat Malaysia mungkin ada perkara yang takde di Kanada π
azrijohan
wah,bestnyaaaa π jeles kot. Hehee
Affan Ruslan
Hehe pengalaman menyeronokkan. Balik2 sakit badan. Entah bape kali aku eksiden, siap ada langgar orang lagi haha
jackiekoh
LIKE!!!
Ckin Kembaq
terbaik.. ^_^
fasz
perghhhhhhhhhhhhhhh seronok nye dpt merasa pengalaman ini. >_< untungla π
azman
Bestla dapat merasa..dulu aku kecik2 dah main dah..tapi pakai kotak,turun curam bukit hehehe..
Affan Ruslan
Haha masa kecik2 memang kreatif.
akubiomed
Tak dapat meluncur laju dan kemahiran memberhentikan snowboard. Silap-silap terlajak. π
aza
best la… at least ade memori utk dingati…
me.. coming soon…. hehehehe
Affan Ruslan
Alhamdulillah.
Thanks.
Kalau ada rezeki try lahh. Tp snowboarding susah sikit nak belajar, ski macam senang je hehe
Syahbinar
perghh… seronoknyaaa salji !
alahai, ingatkan ada gambar JB snowboarding. hahah π
Affan Ruslan
Tapi masa haritu angin kuat. Masa naik gondola utk ke atas bukit tu terketar2 haha
Kujie
betullah……..gambar last tu memang cantik , kemungkinan sebab tuan blog tak de dlm tu..hahaha
*larik…. terkedek2 atas snow
Affan Ruslan
Amboi hahahaha.
Tp haritu snow tak tebal sangat, so ok sikit.
Kalau salji tebal, memang terkedek2 jalan, jalan sikit dah penat haha
abu luqman
salm singgah ziarah sahabat
Affan Ruslan
Salam ziarah bro π
Rizz
yeahh i will try kat jepun nanti..mana best dgn ski??
Affan Ruslan
Wahhh, make sure to take some pictures.
Entah, tak pernah main ski. Tapi ski lagi mudah kot nak belajar. Ada kawan2 perempuan, 1st time main dah boleh meluncur dengan laju dgn ski
arrizz
waa best2..bile tengok gambar2 nie teringat lak cite Frozen (2010)..sebijik kot..anyway pic last tue is EPIC!
Affan Ruslan
Frozen? Owh rasanya kawan2 aku ada citer pasal filem tu. Yang orang tersekat kat gondola tu. Macam seram je haha
arrizz
tula memang sangat seram..kena sangat berhati2 la..try a tengok bro..
azura
usia muda kita enjoy sepuas hati tapi sembahyang jumaat jangan terlepas nanti tak enjoy kat akhirat (beri nasihat sambil tutup muka)…
Affan Ruslan
Hehe thanks for reminder. Lebih kurang 12 min dari sini ada masjid π
Norizwan
wahh steady la bro…sangat extreme la ngan snowboarding ni…:)
Affan Ruslan
Hehehe aku pandai basic je, nak turning boleh lah sikit2 hehe.
Kalau reti buat skill mesti mantap haha
aizuddin
mesti syok..
Affan Ruslan
Alhamdulillah syokk woo π
hasif yusof
untung la dpt blaja kat sane..hehhehe
Lord Zara
alololo.
Kenapa kau takde?
^^”
tapi nampak macam seronok je. ada orang yang tempat salji lagi tebal tak pernah buat gini. isk. =.=”
Affan Ruslan
Aii pemalu lewww haahah ^^
cahaya bertuah
waa..bestnyer…
Canadianus
Jujur saya katakan saya cemburu dengan awak dan orang2 yang mampu pergi/duduk/belajar luar negeri. saya hanya budak miskin dari kampung yang berangan je dok luar negeri. pompuan paling senang carik laki mat salleh, boleh melancong free.
Affan Ruslan
Takpe, rezeki manusia lain2. Bukan semua benda kita dapat. Ada benda yang awak dapat saya tak dapat.
Saya doakan awak dapat ke luar negara satu hari nanti. Amin π
iqbalhakimi
ko ni mmg pemalu erk fan?..selalu takde gambor ko..hahaha
nanie
wah….bez nyer……..:) bila la merasa pegang salji betul ye π pssttttt…kirim salam pd rakan awak yg tinggi kiri sekali tu..;)
Affan Ruslan
Alhamdulillah.
Hahahahha. Kenal ka? Hehe
Amirez
gambar kenangan paling manis dalam hidup. bukan senang nak dapat peluang macam ni.
Tenggiling Bergulung
dari haritu nak baca tapi takde kesempatan.. bila baca entry ni teringat plak kenangan masa main snowboarding.. asyik jatuh je.. last2 main ski je…