Gambar Dan Pengalaman Aktiviti Snowboarding

Seperti yang telah dirancang, akhirnya dapat juga snowboarding Jumaat lepas. Ya, Jumaat lepas. Baru sempat nak update sebab kesibukan dengan assignment. Haha. Jadi, ada sedikit gambar untuk dikongsi kali ini.

ps: Jangan tanya mana gambar saya. Selalunya fotografer tak ambil gambar sendiri :lol:

Berbanding tahun lepas, tahun ini ada sebanyak 7 kereta yang turut sama. Jadi, ada lebih kurang 35 orang daripada McMaster University dan kira-kira 7 orang daripada universiti lain. Jumlah yang agak ramai. Tapi memandangkan minggu lepas ada cuti seminggu yang dipanggil Reading Week, jadi takde masalah sangat.

Group Snowboarding

Lift ticket. Kalau daftar secara berkumpulan, dapat special price.

Tahun ini snowboarding di tempat yang sama dengan tahun lepas, di Chicopee. Ada lagi beberapa tempat snowboarding lain yang berdekatan, tapi mungkin kena drive lebih jauh. Kalau drive dari rumah ke Chicopee ni ambil masa satu jam. Cuaca pagi tu tak menentu, sekejap hujan sekejap tak. Selamat masih boleh ber-snowboarding.

Skiing at Chicopee

Kebetulan haritu tak ramai orang, lengang je. Tahun lepas sangat ramai.

Snowboarding Board

Kena sewa snowboard, boot dan helmet. Jumlah lebih kurang 45CAD

Disebabkan kali ini 2nd time snowboarding, best sikit sebab basic tu dah ada. Kalau tak, macam tahun lepas, memang sakit punggung je lah sebab selalu sangat jatuh. Di Chicopee ini, ada 5 peringkat asas dan 1 peringkat istimewa yang dikhaskan bagi snowborder yang skillful. Peringkat-peringkat ni dibahagikan mengikut ketinggian dan kecuraman lereng bukit tu. Tahun ni dapatlah try sampai peringkat ke 5, serius best sebab lagi tinggi dan laju. Tapi kalau jatuh sekali memang sakit lah hahaha :lol:

Di Chocipee ini boleh ski atau snowboarding. Saya belum pernah main ski, tapi nampak ski macam lagi senang. Kalau perempuan tu, better main ski lah kut. Takde lah asyik jatuh.

Night Snowboarding

Pemandangan waktu malam, sunyi sepi

Disebabkan tiket yang dibayar adalah full day ticket, jadi sesiapa yang stamina kuat tu boleh lah main sampai tempat ini ditutup, rasanya sampai pukul 9 malam. Tapi malam-malam memang dah tak ramai orang. Lengang je.

Chicopee

Malam yang lengang di Chicopee

Oh ye, nak naik atas tu kena naik gondola ni. Kalau ramai orang terpaksa lah beratur panjang, tapi kalau tak ramai orang best sikit. Tempat nak snowboarding luas dan tak perlu beratur panjang untuk naik gondola ni. Selain snowboarding, antara aktiviti best lain masa musim sejuk adalah ski dan snow tubing. Tapi belum ada rezeki lagi nak main dua-dua tu. Kalau ada, InsyaAllah adalah saya kongsi pengalaman sikit kat blog ini.

 

Snowboading Group

Picture of the day. Rasanya gambar ni sangat cantik. Malangnya saya takde dalam gambar, fotografer je haha.

 

Komen

  1. anif says:

    Wahahaha.. Ini gambar memang akan jadi kenangan seumur hidup! Kalau di Malaysia, aktiviti ni hanyalah impian semata-mata..
    anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #28My Profile

  2. azrijohan says:

    wah,bestnyaaaa :D jeles kot. Hehee
    azrijohan recently posted..Memperkenalkan Proton Inspira YES 4GMy Profile

  3. jackiekoh says:

    LIKE!!!
    jackiekoh recently posted..Wordless Wednesday – Shah Alam for the first time!My Profile

  4. Ckin Kembaq says:

    terbaik.. ^_^
    Ckin Kembaq recently posted..Abang… Kenapa 7 Kaki?My Profile

  5. fasz says:

    perghhhhhhhhhhhhhhh seronok nye dpt merasa pengalaman ini. >_< untungla :)
    fasz recently posted..Wordless Wednesday : Apabila Cik City kebasahan ~My Profile

  6. azman says:

    Bestla dapat merasa..dulu aku kecik2 dah main dah..tapi pakai kotak,turun curam bukit hehehe..
    azman recently posted..Wordless Wednesday#The Door Still Open!My Profile

  7. akubiomed says:

    Tak dapat meluncur laju dan kemahiran memberhentikan snowboard. Silap-silap terlajak. :-)
    akubiomed recently posted..Menaik taraf mini studio yang tak seberapaMy Profile

  8. aza says:

    best la… at least ade memori utk dingati…
    me.. coming soon…. hehehehe
    aza recently posted..kalau nak jd photographer bleh tak?My Profile

  9. Syahbinar says:

    perghh… seronoknyaaa salji !
    alahai, ingatkan ada gambar JB snowboarding. hahah :D

  10. Kujie says:

    betullah……..gambar last tu memang cantik , kemungkinan sebab tuan blog tak de dlm tu..hahaha
    *larik…. terkedek2 atas snow

  11. abu luqman says:

    salm singgah ziarah sahabat
    abu luqman recently posted..Top ten car of The Year 2012My Profile

  12. Rizz says:

    yeahh i will try kat jepun nanti..mana best dgn ski??
    Rizz recently posted..Buat suspen saja…My Profile

    • Affan Ruslan says:

      Wahhh, make sure to take some pictures.
      Entah, tak pernah main ski. Tapi ski lagi mudah kot nak belajar. Ada kawan2 perempuan, 1st time main dah boleh meluncur dengan laju dgn ski

  13. arrizz says:

    waa best2..bile tengok gambar2 nie teringat lak cite Frozen (2010)..sebijik kot..anyway pic last tue is EPIC!
    arrizz recently posted..Koleksi artwork Dragon Ball yang sangat cool!My Profile

  14. arrizz says:

    tula memang sangat seram..kena sangat berhati2 la..try a tengok bro..
    arrizz recently posted..Koleksi artwork Dragon Ball yang sangat cool!My Profile

  15. azura says:

    usia muda kita enjoy sepuas hati tapi sembahyang jumaat jangan terlepas nanti tak enjoy kat akhirat (beri nasihat sambil tutup muka)…

  16. Norizwan says:

    wahh steady la bro…sangat extreme la ngan snowboarding ni…:)
    Norizwan recently posted..Sukan ahli gusti hilang buah zakarMy Profile

  17. aizuddin says:

    mesti syok..
    aizuddin recently posted..Pesta Buku 1 Malaysia UtmMy Profile

  18. hasif yusof says:

    untung la dpt blaja kat sane..hehhehe
    hasif yusof recently posted..Salman Al-Farisi Pemimpin Yang Rendah DiriMy Profile

  19. Lord Zara says:

    alololo.
    Kenapa kau takde?
    ^^”

    tapi nampak macam seronok je. ada orang yang tempat salji lagi tebal tak pernah buat gini. isk. =.=”
    Lord Zara recently posted..Ujikaji.My Profile

  20. cahaya bertuah says:

    waa..bestnyer…

  21. Canadianus says:

    Jujur saya katakan saya cemburu dengan awak dan orang2 yang mampu pergi/duduk/belajar luar negeri. saya hanya budak miskin dari kampung yang berangan je dok luar negeri. pompuan paling senang carik laki mat salleh, boleh melancong free.

    • Affan Ruslan says:

      Takpe, rezeki manusia lain2. Bukan semua benda kita dapat. Ada benda yang awak dapat saya tak dapat.
      Saya doakan awak dapat ke luar negara satu hari nanti. Amin :)

  22. iqbalhakimi says:

    ko ni mmg pemalu erk fan?..selalu takde gambor ko..hahaha

  23. nanie says:

    wah….bez nyer……..:) bila la merasa pegang salji betul ye :) pssttttt…kirim salam pd rakan awak yg tinggi kiri sekali tu..;)

  24. Amirez says:

    gambar kenangan paling manis dalam hidup. bukan senang nak dapat peluang macam ni.

  25. dari haritu nak baca tapi takde kesempatan.. bila baca entry ni teringat plak kenangan masa main snowboarding.. asyik jatuh je.. last2 main ski je…
    Tenggiling Bergulung recently posted..# Music Monday # – Iman Islam EhsanMy Profile

Tinggalkan Komen Anda

*

CommentLuv badge