Gambar: Bila Salji Cair

Masa musim sejuk memang sedap mata memandang, semua benda putih. Pokok, rumput, jalan. Semua putih. Kalau selalu tengok filem yang menggunakan latar belakang negara bersalji, mesti kita semua ingat musim sejuk semuanya indahkan?

Tapi perkara yang paling tak best adalah bila salji mulai cair. Selalunya tempat pejalan kaki pun jadi lecak/becak (mana satu yang betul ye? :D) Nak jalan pun susah dan tak seronok sebab bila salji cair dan ramai orang pijak, maka jadi kotor kehitaman. Selain tu, kalau kasut koyak (bocor), makan tempat-tempat ais cair tu kena lah elak, kalau tak memang stokin basah :lol:

Salji Cair

 

Car Park

Selain tu, selalu masa musim sejuk ada lori akan tolak salji-salji yang tebal tu kat tepi jalan. Bila dah banyak memang menimbun je lah kat tepi jalan, berdekatan tempat pejalan kaki. Dah la warna kehitaman, rosak terus pemandangan haha.

Melting Snow

Dalam gambar kat atas ni, salji yang terkumpul kat tepi jalan tak banyak sangat. Kebetulan sebab tahun ni salji di Hamilton tak tebal, tak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kalau tebal, boleh sampai paras lutut gak ketinggian salji yang terkumpul kat tepi jalan tu haha.

Komen Pembaca

  1. nanie

    beznyer…….kanada ok tak kalu nak pegi becuti? Saya n rakan2 bercadang utk ke australia ujung tahun ni. mungkin ble pg kanada lepas ni..:)

    • Pihak berwajib memang kena clearkan snow kat jalan raya je. Snow2 yang terkumpul tu selalu diorang biar cair sendiri je. Tapi kalau banyak sangat, pernah ada lori datang tolong pecahkan ais tu hehe

  2. nampak / rasa sesekali mmg seronok,
    apa pun…dok bayangkan best kat cameron highland
    pi sehari dah tak sronok, teringat nak balik rumah yg panas pulak

    manusia, kan… mcm tu lah

    • haha beselah tu. Dah g tempat sejuk, rasa nak dok rumah je sbb panas.

      ps: Manusia memang camtu. Bila musim sejuk ramai mengeluh nak musim panas, bila dah musim panas kutuk2 pulak. Nak musim sejuk pulak haha

  3. Kalau kat malaysia ni, lumpur yang terlekat pada tayar lori yang keluar dari kawasan pembinaan akan mengotorkan jalan. Ditambah pula ada pekerja yang siram dengan air kat atas jalan. Lagilah becak/lecak…

  4. bila salji dah cair, jadi lecak mcm lepas hujan kat sini je, semua jadi hitam, macam lumpur pun ada…part tu terus tak cantik, nak jalan pun susah kan

Komen Anda

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.