Beberapa Fatwa dan Pendapat Ulamak mengenai Rokok 1/2

rokok

Al-Syaikh Hummad Aini di dalam bukunya berfatwa Syurbi al-Dukhan dan Nasihah al-Insan menegaskan bahawa merokok itu adalah HARAM berdasarkan dengan salah satu daripada 4 aspek berikut:

  • Keadaannya memudaratkan kesihatan apabila disepakati oleh doktor yang mengakui dan menurutnya, bahawa setiap yang memudaratakan kesihatan adalah HARAM.
  • Keadaannya disepakati oleh doktor boleh melesukan badan, sedangkan perbuatan ini dilarang menerusi hadis riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan kalimah ‘mutrifun’ (yang melesukan badan)
  • Keadaan baunya yang busuk (serta beracun yang boleh meresap ke dalam otak ) ia turut menyakitkan orang-orang yang tidak merokok sama ada dalam kalangan manusia mahupun malaikat. Larangan ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim mengenai perintah Nabi Muhammad SAW agar mengeluarkan oraan-orang yang mengeluarkan bawang mentah dari masjid.
  • Keadaan melampau dan membazir, tidak mendatangkan faedah malah benar-benar memudaratkan. Pengharaman perkara yang melampau dan mengandungi bahaya adalah berdasarkan perintah syarak dan selari dengam dengan pendapat manusia.

Untuk membaca pendapat lain dari beberapa orang ulamak, sila baca Beberapa Fatwa dan Pendapat Ulamak mengenai Rokok 2/2

 

Rujukan: Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, Fakulti Pendidikan, UKM

Gambar: pasienrsj.web.id

Komen Anda

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.