Alhamdulillah tamat sudah kontest Gajet Impian daripada Denaihati. Giveaway buku conteng-conteng yang saya anjurkan pun dah tamat malam tadi (11.59, 22hb Feb), pemenang mungkin minggu depanlah kut saya umumkan ye. Terima kasih kepada yang tolong sama berkempen dengan mengklik like, tweet, G+, Linkedin dan komen. Jumlah like terkumpul adalah lebih kurang 2.5k dan tweet pulak sebanyak 433. Untuk Giveaway pulak saya dapat >1k entries. Not bad untuk blog picisan macam ni kan?
Berbalik pada tajuk. Akhirnya kalender comel daripada Kak EmilaYusof ni sampai juga di Kanada. Ambil masa kira-kira 10 hari juga kalau pos dari Malaysia. Alhamdulillah sampai lebih kurang Jumaat lepas, tapi harini baru sempat nak bukak parcel tu dan tulis entry ni. Ni suma gara-gara contest Gajet Impian 😆
Kalender Comel
Kalender ni sangat lawa, illustrated by Kak Emila sendiri. Cuba tengok, serius lawa + comel!
Kak Emila Yusof as a blogger
Saya pun tak ingat bila saya kenal Kak Emila. Rasanya daripada blog Denaihati.com kut? Saya suka benda-benda yang comel, so lukisan-lukisan comel di blog emilayusof.com memang saya suka. Bagi saya, she’s a very talented illustrator and artist, kalau tak percaya cuba tengok portfolio kak Emila ni. Personally, saya rasa Kak Emila is one of the top Malaysian bloggers, with a very very humble personality, besides Denaihati. Kedua-duanya mempunyai identiti hebat dan ramai pembaca setia.
Tahniah juga buat Kak Emila, walaupun hanya mendapat tempat kedua dibelakang Denaihati pada Social and Media awards baru-baru ini.
Akak Emila, thanks a lot for this cute calender. Suka sangat!
fasz
wah cntik calendar dia….wahhh kak emilia one of finalist la..hebat!
sjiehan
wahh jauhnya dia pos…
baik pos belacan ke apa ke…
tapi kelendar dia mmg lawa la…
arrizz
waa untungnye bro..suke gak lukisan comel2 macam nie..kak emila sememangnya sangat berbakat..suke tengok lukisan2 karakter die yang comel belaka..hehe
azman
Dia mmg kreatif…
kimmie
akhirnya contest gadjet impian dah tamat, hanya perlu menanti keputusan saja.
Affan Ruslan
Hehe kena banyakkan berdoa + pasrah orang lain potong markah hahahaha
kimmie
cantik dan comel calander tu, bestnya kalau dapat.
anif
Best la dapat kalender yang dipenuhi ilustrasi comel! 😀
lynn
Untunglaaaa orang pos kalender. Best gila. comel3! 😉
Ps:ehem.dapat banyakkklaaa kad raya dari fansss tahun ni.
Affan Ruslan
Ehem.
Harap2 dapat kad raya tahun ni (angan-angan) haha
lynn
ehem. k baru baca. LOL.
Aishah Jahirah
comelnya kalender dia…..sangat2 comel grafiknye….
Affan Ruslan
Hehe. Kak Emila lukis guna tangan tu 😀
Kak Emila
Sama-sama, Affan. Glad you like the calendar.
Affan Ruslan
Yay! I really like it. Thanks a lot kak 😀
hana
comel kalender…
jauh kalender tu terbang ke tuannya..
hihih
akubiomed
Hari itu pun saya dapat hadiah kalendar EmilaYusof pemberian blogger Cikmin kerana menang contest yang dianjurkan oleh beliau.
syu90
comelnye kalendar tu.
Aizan Fahri
scan satu salinan… send ke email aku…. aku nak aku nak..wakakakaka
bardboo
jauhnya kalender tu merantau…
Affan Ruslan
Dapat post card dari Paris best gak 😆
bardboo
kalau dapat dari canada lagi best kot…hehe…
Juan
wah lawa tuh, ni yg jeles ni, hehe
Denaihati
antara kalender termahal, seni dr blogger power emilayusof.com , terbang ke canada n mungkin akan balik ke m’sia semua kot.
puanbee
cantik , memang suka juga ke blog emilayusuf tu , baca2 dan tengok gambar2 disana cuci mata , tp sy silent jek ..
Kazen
hebat laa kalendar tu…tahniah bro,tumpang gembira 🙂
Amirez
comel kalendar ni termasuk ilustrasinya sekali. untunglah 🙂
nuriz
comel kalendar tu ye, baru saya tau psl blogger emila yusof hari tu dr blog rakan blogger jugak. kartun2 dia semua cute
azura
untunglah Affan, jauh kak Emilia hantarkan buat kamu…
Mr.Sepet
cantiknya calendar tue
W.Habiburahman
Wah…lawa semacam dude.
*ni kira blogger y bersenilah ni.Macam blog contengconteng…
syahrilhafiz
mesti abam affan ni kiut gak kan..wahaha
aku suka doodle kak emila tu, fuh terliur..
lazaac
untung ler dapat… hehe… 🙂
Norizwan
steady la…cantik btol kalendar dia…
Ummi Hanie
opps… baru tau Affan kat canada rupenye… bestnye dpt merantau yek…
sana pun ada hamilton yer… ingatkan kat NZ je ada… tempat kakak sy pun Hamilton gak 😉
tahniah dpt kalendar comel kak emila ni. beliau mmg talented
Ummi Hanie
dan…… student kejuruteraan kimia ! bidang hubby sy tuh. skrg beliau mengajar di salah satu IPT di Msia ni…. 😉
BudakSerius
Huh.best tu dpt kalendar yang comel.
cikgu naman
dari Kanada nak pos apa pulak?hehe
comelnya kalendar tu..saya suka juga benda comel gitu..;)
Myra Jay
Wahhhh!! menang cantik.. 🙂
Tahniah 🙂
Fazreen
aku punya tak buka-buka lagi. sayang woo
Affan Ruslan
Hahaha aku ada tengok gambar kat FB ko. Mesti ramai lg yang dapat ni. Aku simpan je kalender tu sbb comel sgt hahaha