Sekarang ni nampaknya contest antara blogger nampaknya semakin meriah. Boleh kata setiap minggu mesti ada contest, giveaway atau lucky draw antara blogger. Rasanya ini penanda aras bertambahnya bilangan blogger yang wujudnya di Malaysia. Jadi tak perlulah diulas lagi apa beza contest, give away dan lucky draw ni sebab rasanya semua orang dah tau. Tapi bila dah banyak, kita sebenarnya boleh buat penilaian tentang sesuatu contest atau giveaway secara amnya.

Kelebihan menganjurkan contest
Antara sebab utama pengajuran contest adalah untuk menaikkan trafik. Memang diakui contest adalah salah satu cara untuk menaikkan trafik. Bukan sahaja blogger Malaysia akui benda ni, tapi saya pernah baca sebuah blog berbahasa Inggeris bahawa trafik blog tersebut meningkat naik ketika mereka menganjurkan contest.
Apabila peserta menulis berkenaan contest di blog mereka, secara tidak langsung blog penganjur juga akan dipromosi secara percuma. Ada juga pengajur yang meletakkan syarat supaya peserta follow blog mereka, tapi pada saya kurang sesuai jika ada peserta yang tidak mempunyai akaun google friend connect untuk follow blog tertentu. Lagipun adalah sukar untuk penganjur mengesan siapa yang sudah follow atau belum.
Ciri-ciri contest yang tidak bagus
1. Perlu letak banner atau gambar yang tidak menutup aurat
Rasanya ayat di atas ni dah jelas. Kenapa ye, saya perasan ada sesetengah blogger tu meletakkan syarat suruh letak banner atau gambar die yang tidak menutup aurat? Secara kiraan mudah, bila 100 orang masuk contest atau giveaway tersebut, jadi 100 blog akan memaparkan gambar yang tak menutup aurat tersebut. Jadi kalau setiap blog tersebut, ada 10 orang baca entry tersebut, cuba darabkan berapa agaknya dosa. Itu cuma gambaran, sesungguhnya dosa pahala hak Allah nak tentukan. Jadi letaklah gambar yang sopan-sopan sikit ye.
2. Penggunaan random.org yang tak kena pada tempat
Antara satu lagi aplikasi popular adalah dari random.org. Kiranya random.org ni akan buat cabutan bertuah dari senarai peserta. Tapi bukan semua contest sesuai menggunakan random.org. Contoh paling mudah, contest review blog. Perlu diingat, membuat review terhadap sesuatu blog bukanlah mudah. Ada orang mengambil masa 2 3 jam untuk satu review. Review perlukan kajian mendalam. Adilkah jika ada orang buat review cikai-cikai, tapi menang contest sebab random.org semata-mata?
Hadiah
Rasanya hadiah tidak lah perlu dijadikan isu besar. Cumanya, pada pandangan peribadi saya, bagi contest yang berskala besar, contohnya ada 50 orang peserta, tambahlah hadiah dari 1 kepada 3. Kalau ada 100 orang peserta, mungkin boleh tambah hadiah kepada 5? Hadiah memang hak penganjur lah, jadi takde apa yang boleh dipertikaikan.
Contest dan SEO
Ni pasal SEO. Kalau yang kurang berminat dengan SEO mungkin tak perlulah baca. Dalam sesetengah contest, peserta perlu tag kawan-kawan mereka. Disyorkan jika kawan yang ditag tu, blog mereka mempunya niche yang berlainan dari blog kita, sila letak rel=”nofollow” untuk mengurangkan Pagerank Flow. Tapi kalau macam blog ni, takperlu letak pun takpe sebab ni blog personal je. Leceh kan google ni, semua benda nak kena ikut diorang. >.<
Gambar: via nyu.edu


Panduan buat blogger yang sedang merancang untuk membuat “contest”. Tips yang baik
harap berguna, tapi rasanya belum lengkap lagi
pilihan sudah tersedia, jadilah pengguna (blogger) yang bijak
apa maksud ayat diatas ye, tak faham.
adakah perlu memilih contest yang perlu disertai?
fikir2kan sblm buat contest n giveaway ye~ jgn nak kejar trafik semata2…
**ada jgk contest dgn aksi yg kadangkala menjolok mata ataupun aksi antara pasangan kapel…alahai…
betul, tak berkenan betul yang suruh letak banner gambar die yang tidak menutup aurat
igt nak buat contest jugak..takut tak mampu nak handle je..adoi..
buat lah kecil2 dulu. saya pun belum pernah lagi buat contest rasanya. kalau takut tak de masa nak handle, pakat-pakat lah dengan kawan atau blogger lain
Hoho best pandangan kau. Erm berguna untuk mereka yang baru nak try buat contest
terima, mungkin ada lagi yang kurang ni. hehe
Rasanya mcm nak buat jugak contest tapi nak buat berkaitan dengan Islam. Baru ada kelainan disitukan…
^_^ elok jugak tu. blh la blogger2 semua tmbh info psl agama n blajar lg benda2 br yg kita tak tau slama ni…
ada kelainan disitu.. menarik bila nak buat tu heee
nnti aku leh join
betul, boleh jadi kreatif sambil berdakwah
idea bagus tu. bila nak buat hehe
setuju dengan isi diatas…kadang terasa jugak..penat je buat review atau tulis article ikut kreativiti kita..tau2 pemenang guna random…so unfair…
betul tu.
perlulah berlaku adil.
tu lah pasal. aku penah tegur sorang blogger tu, sebab tu aku tulis kat atas hehe
fuh. cepatnya buat entri pasal ni.
ceh. semua ko copy paste komen dari blog aku. haha.
takpe-takpe. aku dah jawab komen ko dalam entri contest hari tu. pergilah tengok.
dah baca. aku siap bg tau lagi aku nak buat entry, takut ko edit entry ko pakai point aku. hoho. terima kasih bro
tu le. haha. aku takkan edit melainkan aku nyatakan akan mengambil pandangan blogger mengenai sesuatu entri aku. sama-sama bro.
saya membantah contest yang meletakkan muka sendiri..sbb sy blogger yang tak letak gambar dalam blog..huhu..
aku pn..sbb ai malu..hihi
agaklah aku pun malu nak letak muka sendiri kat blog hehe
hehe bagus lah tu. ada blogger perempuan guna muka cantik nak tarik trafik
1. banner + gambar = ermmm..pasal gambar tuh, aku setuju sgt bro..rasanya baik tak payah letak syarat utk letak gambar..kadang2 ada blogger kita yg pada mereka, itu gambar biasa2 saja..tapi ingatlah, macam bro tulis tuh…jadi, langkah terbaik ialah tak payah letak syarat bergambar….
2. Random.org = contoh terbaik tu bro…boleh guna kalau jenis yg lain2…kalau review..mmg sgt tak sesuai
3. Hadiah = hohoho…kalau tuan tanah nak bagi…bagilah…kita takleh nak bantah…hehe
4. SEO = terbaik bro…baru aku tahu cara nak kurang link flow tuh…terima kasih bro
pada pandangan aku, kalau perempuan ni susah sikit lah kalau nak letak gambar. tak salah nak letak gambar kalau menutup aurat.
tapi kita kena tau definisi aurat tu luas, rasanya kalau memaparkan kecantikan seperti muka kepada umum sehingga menarik perhatian, tu dikira ikhtilat (maaf tak pasti term die) atau aurat. sebab tu lah salah satu hujah tak menggalakkan orang bersanding adalah sebab akan memaparkan kecantikan isteri (perempuan) kepada orang lain.
Allahu’alam
kalau yg macam aku ni letak gambo kat header cemana lak ek?? niat aku letak adalah sekadar nak bagi orang kenal siapa pemilik blog jer… bukan niat untuk menunjuk2 wajahku itu… sedar aku tak lawo…
hurm letak dlm tujuan niat yang baik jer tu heee..
tak suka contest yang kena tag rakan blogger lain pastu kena letak banner lah apelah n memacam syarat…suka join yang simple aje..
tag tu tujuan nye nak ajak orang lain.
pasal banner pun tak salah, asalkan gambar kat banner tu sopan.
Aku tak suka sangat join contest yang perlukan aku letak banner blog diorang, lepas tu kena like fb page, lepas tu kena tulis lagi tentang contest, macam banyak sangat, cukuplah sekadar like fb page ke, tak perlulah kena libatkan blog peserta
tu strategi bro. hehe. kalau nak like fb page je, kurang exposure.
kalau tulis dalam blog, baru lah ramai orang tau. tu strategi masing-masing lah kot. hehe.
kalau nak tulis dalam blog pun tak salah, ikut niche blog jugak lah. kalau blog jenis informatif, mungkin kurang sesuai nak tulis pasal contest. tapi selalunya orang ada lebih dari satu blog, jadi kalau nak join contest letak lah dalam blog sekunder tu ke he he. kalau 10 entry berturut-turut pasal contest, tak elok juga. ye tak? hehe.
lagi satu kan, tak berapa suka orang buat contest lepas tu hadiah main sperais2. karang ade peserta lelaki skali hadiah shawl lah apa. tak ke naya ;D
ahaha. setuju, kalau boleh hadiah tu biarlah untuk dua2 gender. kalau dah awal2 bg tau hadiah shawl, confirmlah ramai lelaki taknak masuk. kalau surprise pulak, naya jugak kalau dapat barang2 perempuan. jadi kena ada rasionaliti kat situ.
terima kasih untuk pendapat berharga tu
Contest antara Blogger: Sebuah Pandangan http://selangorbloggers.com/read/15680
RT @affanruslan: Contest antara Blogger: Sebuah Pandangan http://selangorbloggers.com/read/15680
update utk harini – http://bit.ly/hMRRiN
ok je sbnrnye contest ni..cuma kadang2 terlalu banyak pun dalam satu masa tak best gak…hehe..
hehe. biasalah tu kalau banyak contest dalam satu masa.
masing2 ada target sendiri, ada orang buat contest masa ada BE dari nuffnang ke, baru masyuk sikit income tu
suri sekli jer buat contents tu pun sempena ulang tahun cahaya cinta..
tepek pic love oklah tu huuu.. nak buat gempak2 dok le ..bt seadanya heee..
Alhamdulilah smua bjln lancar
Tips yang menarik, akan dijadikan rujukan bila akan mengadakan contest, setakat ni, contest yang banyak sangat syarat memang aku tak sempat nak merajinkan masuk, terutama nak follow2 ni.
Tapi apapun, pilihan di tangan kita, kalau dah rasa tak sesuai untuk sertai contest tuh, yang kita ngengada gi sertai gak naper kan.
sekadar pendapat peribadi
haah. hehe. kalau contest yang suruh citer pasal diri sendiri, siap kena letak gambar memang segan ah. hehehe. pilih yang mana berbaloi dan sesuai je lah, kadang2 takde masa
pandangan yang baik.. aku juga setuju tentang beberapa perkara.. kadang2 ada yg buat giveaway, tapi tahap kesukaran dah mencapai tahap contest.. perlu di fikir balik sebenarnya.. tapi suasana macam ni memang best,
hoho. betul gak tu kan, kalau giveaway sepatutnya bagilah mudah2 sikit. hehe
bagus jua untk ceqla ni….
tq yer…
http://www.penanti.com/contest-blog/domain-hosting-percuma-dari-penanti-com/
sempat prmot tu..hehe..tggu2..aku nk join contest tu
apa maksud ceqla ye.
wow, ada contest. harap2 ramai masuk
syarat yang banyak pun boleh buat orang tak minat nak join contest
betul, kalau boleh permudahkan. kalau nak mencabar, mungkin soalan boleh buat susah, tapi cara nak masuk contest tu bagi mudah
saya baru je buat pandangan pasal ni. baru tadi. sori xperasan awak ada buat. hehe singgah ke blog saya, lihat pandangan saya
ok dah baca. biasalah tu, kadang2 kebetulan sahaja.
Tips yang bagus bagi yang hendak menganjurkan contest..
1. Cukup setuju. X menutup aurat bukan bermakna yang seksi sahaja terkecuali.. Cntoh perempuan yang x bertudung. Kan rambut 2 aurat bagi perempuan. Bagi diorg @ orang lain perkara ni nampak macam normal, padahal rambut tu adalah terang2 aurat wanita (wanita2 islam, sila tutup rambut anda yer sebelum dibakar DISANA)
2. Random.org rsanya mmg x cukup sesuai. Dah la yang joinnya berpuluh2, kdg2 sampaikan beratus2, yang menang ikut nasib..hmmm… Jai tengok ada contest macam ni xmao join..ngeee..
- Hadiah – Ada contest berpuluh2 org join, hadiah cuma 1? Contoh topup RM50. Bukan nak pertikai nilai hadiah tu, tapi apa salahnya RM50 tu dibahagikan dengan tempat 1 sampai 3. Kira fairlah..
- Contest & SEO.. Yang ni Jai surrender.. Jai sorang je nampaknya x tau pape…he3. Rel ‘nofollow’ tu tuk ape? Apa fungsinya? Kat mna nak letak?
(seeloknya jangan la main ‘tag’ menge’tag’ ni. Kadang2 buatkan orang yang kena tag ni serba salah. Jai x suka kena tag..he3)
nofollow tu untuk minimize rank flow. hehe. abaikan je dulu buat masa ni
Owh.. Btanya IT jai ni…hu3
tak suka juga random.org..
penganjur contest memang tak concern dgn keadilan..
yg layak menang tak menang..
yg tak layak menang menang pulak..huhu
betul, tu untuk giveaway mungkin blh lah kot hehe
pandangan yang bagus..ade mende baru yang dipelajari
awala2 menulis dulu…rajin gak join contest…Alhamdulillah…pernah menang tempat pertama…
tapi skang nie..contest dah len trendnya…nak kena main referral etc…malas teman nak join…
kalau contest referrel memang mencabar. hoho
ps: bak mai sikit hadiah ehehe
saya hanya suka contest yang ringan2 je
sekadar berhibur
betul. hehe. tapi bagi saya, contest macam review tu susah gak, kena perah otak huhu
tq 4 RT @dauspozi Contest antara blogger: Sebuah Pandangan | Critical Angle http://bit.ly/hMRRiN
paling senang buat giveaway la kot.. selalunya giveaway ni la yang guna random.org tu.. terutamanya blog baru sesuai buat contest camni.. boleh dapat backlink byk2..
pada pendapat aku, kebanyakan blogger baru nak cari follower dan/atau trafik. diorang tak fikir sangat pasal backlink ni rasanya
Ramai sangat buat kontest sampai keistimewaan kontest tu dah tak rasa istimewa lagi
bab tag mengetag ni – dah letak ‘anti tag’ kat blog – tak buat dah, dulu2 ye tapi kalau tak buat mcm ada perasaa ‘putus kawan’ je…macam org yg mengetag tu kecik hati
aih..susah juga jadi blogger~
hehe. betul, kang diorang kecil hati pulak takleh tag. selalunya tag ni macam jemputan lah. hehe.
jadi blogger pun kena fikir pasal orang lain, bukan diri sendiri je. penulis dan pembaca saling memerlukan
aku dah naik muak tengok contest2 nih. asal blogwalking je jumpa contest. kadang2, ada yang entri dia 2/5 adalah contest! come on…
hehe. betul tu bro. tapi blog tu hak masing2 kan, takleh nak kata sangat lah. hehe
Adanya contest dari blogger sekurang2nyo dapeklah menarik traffic ke blog contest tue.Tue matlamat sebenarnya.yo tak.Jadi banyak2lah buek contest
memang tak salah hehe
Contest antara Blogger: Sebuah Pandangan http://johoreanbloggers.com/read/9552
ingatkan sahabat nak umumkan ada joitn contes dri blog mana tadi..
rupa-rupanya tips huuu..
seo alamak mmg tak tahu langsung.. zero huuu
hehe. taktau seo takpe, tu bonus je suri hehe.
haah, contest pun ada tips hehe
huhuhu panduan dan tips menarik… manalah tau akan datang aku ada menganjurkan contest… boleh guna ni… tq bro
sama2. sekali sekala buat lah contest. hehe. mana tau aku menang ke.. keh3
contest? saya setuju kalau sesiapa nak buat kontest tu, tapi janganlah serupa je. biarlah berlainan sedikit daripada orang lain supaya dapat menarik lebih ramai penyertaan. mengenai hadiah tu biar la ada walau tak mahal pun sekadar sebagai penghargaan kan.
betul, nilai hadiah tak perlulah persoalkan sangat. hehe. biasalah, nak buat contest kreatif bukan senang, bukan semua orang kreatif dan ada idea. hehe
Contest antara Blogger: Sebuah Pandangan http://kelantanbloggers.com/read/8177
ade sape nk buat contest tp xder adiah..meh aku sponsorkan..hehe
mls dh nk wat contest sbb nnti pning pale nk handle..
hoho. nice offer tu bro. aku ada idea nak buat, tapi lambat lagi lah. hehe
menarik pandangan ko..hehe
aku harap tips ni blh jadi guidelines, walaupun belum cukup lengkap
aku baca entri ni selepas aku post contest aku.. phewww.. haha..
nice tips.. ttg follow2 tu memg aku tak buat sebab leceh kat aku dan kat org lain.. mane la aku nak tau sape follow sape tak, takde effect pn follower tu.. just a digit.. sikit la effect traffik..
hadiah ?.. terasa seh.. haha.. tapi stakat ni tu je yang termampu aku kasi..tak keje lagi kan..
*minat review blog aku?..aku tak guna random2.. hehe..
aku rasa aku dah tulis, hadiah ikut kemampuan. dapat topup 10 ringgit pun mesti ada orang minat nak masuk. no offence
hahaha..betul2.. yg penting ada hadiah..
ak xsuke contest yg gune like sbg kira pemenag.
sape bnyk network n rajen promote link mmg sure r mng.
hoho. betul bro. cuma aku ni kurang rajin dan segan promote soh orang like2 ni. hehe
yg 1st tu adalah yg paling penting antara semua.
sepanjang setahun ni, aku dah tengok beberapa blogger yg buat contest, dan berjaya naikkan nama blog.sampai sekarang orang kenal mereka. so betul la tu.
tapi aku akui ada juga yg tak beberapa menjadi.
kontest ni, yg penting kreatif..hadiah tak mahal takpe, janji menarik.
aku pun menang domain free sebab join giveaway..hehe
biasalah, bukan semua contest akan datangkan kejayaan. hehe.
betul, hadiah tak semestinya mahal, ikut kemampuan lah hehe.
owh pasal domain ko tu, aku tau. haritu ada baca. tahniah sekali lagi bro, rezeki namanya tu hehe
Setuju dengan pendapat affan tentang tingkatkan trafik dgn contest.
promosi yang mudah & percuma
betul, sebagai ganjaran kepada peserta ada hadiah. win-win situation lah kan
info2..good2..(=
jemput lawat blog saya.kaji apa baik buruk blog saya pulak.
setuju dgn pendapat saudara itu.. contest ada kelebihannya…
bg penganjur dan peserta..
Tujuan contest tu memang berbeza tetapi majoriti memang untuk trafik dan branding.
RT @affanruslan Contest antara blogger: Sebuah Pandangan | Critical Angle http://bit.ly/hMRRiN
ada betul juga apa yang kamu taip tu
teringin gak nak wat contest tp msih mencari2 nak wat tentang apa?
dulu selalu masuk contest..skang macam malas pulak..huhu
pernah gak buat contest dulu, tp contest baby, aku letak gambo anak aku je… gambo aku takdenya aku nak letak…huhuhu…
tapi bukan senang yea nak buat contest ni, lebih2 lagi kalau jumlah penyertaan lebih 100. pening kepala dibuatnya. kenelah mengadili dengan bijak. kalau boleh yg jadi pengadil tu jgnla dari kalangan blogger juga, carilah 2-3 orang luar. maka takdelah istilah pilih kasih atau kroni…
tujuan aku buat contest dulu pon sebab nak promote blogshop aku… traffic tu sekadar bonus…
ooo, patut la tak join contest aku dulu
sebab ni rupanya
ok fine
lepas ni lebih mencabar dan pratik SEO lebih tinggi
cuba ko taip kt google ” syahrilhafiz”
tengok blog lain 1st page bila keyword contest aku tu diorang buat dgn terbaik ;D
nak buat pertandingan jangan
main ikut suka-hati je.
nanti nampak tak adil la.
penggunaan random.org memang tak sesuai.
buat entri kreatif bukan kerja senang.
photoshop lagi…pinjam laptop kawan tu.hiii
kalau letak rel=”nofollow”
kira selamat la google flow.
aku buat giveaway kalau random.org
so takde lah mensia2kan penat lelah pikir wat entri kreatif:)
betul bro, mmg sesuai lah tu. contest mudah, ok je guna random . org
setuju dengan point pertama!!
Aku suka join blogger yang menyediakan kontest yang mempunyai konsep yang menarik..Pasal aku dah bosan tengok kontest yang menyediakan hadiah yang sangat lumayan,tapi secara terang terangan memang nak cari trafik je..konsep entah apa2..Lagipun bosan la..bila musim org buat kontest review,nanti berpuluh blogger buat kontest pasal review..Kadang2 hadiah untuk review pon tak seberapa,..
Cuba berfikiran kreatif sikit buat konsep kontest lain daripada yang lain,mesti ramai org yg join..
random org je? penat2 amik hati tuan blog kan hahahah
Selalu lupa letak rel=”nofollow” apabila banyak sangat link. Susah juga yer banyak pantang larang untuk blog.
Ada contest yang menawarkan hadiah lumayan ada yang biasa-biasa sahaja. Apabila menawarkan contest dan giveaway akan membantu membina pautan dan trafik ke blog
bab contest ni paling aku suka, tambahan pula hadiah dan cara pemilihan pemenang. kalau target peserta sampai beratus, silalah beri hadiah lebih daripada 3 pemenang. kesian dalam beratus tu jika pemenang seorang sahaja. bab pemilihan pula, kalau guna random.org tu jgnlah demand sgt. nak suruh buat post, follow dan bagai lagi.
ops, bukan google friends connect boleh follow tanpa id google ke skg ni?
erk pasal gfc tu aku tak pasti. dah ada perubahan benda tu, tapi aku malas ambil tau. letak je kat tepi tu, kalau ada orang nak follow, Alhamdulillah, taknak follow, sudah. ehe
Salam bro,
Ini sekadar pandangan saya.Bagi saya dengan menganjurkan contest memang boleh menaikkan traffik,tetapi bagi saya ianya traffik yang kurang berkualiti.Traffik tersebut datang kerana nak sertai contest je.
Bagi saya,saya lebih suka mendapatkan traffik melalui blogwalking dan juga di forum.Sebab dengan cara ini kita boleh mandapatkan traffik dari topik yang khusus dan sama.Itu pandangan saya.
salam Derr…
perluke buat contest??perluke join contest??haha..entah..i xpernah join and organize any contest..maybe sebab i need a space to write je kot..so, tak ada org baca pon tak ape..btw i suke entry nie..ngehngeh^_*
alaaa, buat contest semua ni… nak trafik + followers. tak gitu..?
Tak pernah join dan buat contest…tak tau la,belum sampai masanya lagi kot…
baru sekali join (nuffnang) & sekali by krole. 1st point tu mantap. Mari menutup aurat dengan sempurna
Baru je publish contest pasal lipgloss kat blog i ..haha..tq for the info..it is true apa yang ditulis..nak organize contest ke giveaway ke mesti betol2 serius not just simply nak umpan traffic ke blog..mohon share boleh tak?
Jemput singgah tengok contest i, ok tak?mana2 yang tak ok leh bgtau..leh edit nnt..hehe
tips yang sangat berguna
lama dah teringin nk buat contest.nanti la bila dah kekurangan kerja..haha.
nice entry nway..:)
pyejal recently posted..Travelog- Ekspedisi Puncak Kinabalu Part 2
kadang2 tengok contest yang semakin lama semakin banyak ni, ada yang mengarut2 pun ada -___-
tapi agak kurang senag dngn bbrpa centest yg perlu meletakkan gambar sndiri esp. yg tak tutup aurat~ owh.
dah try satu contest tapi tak menang, rasa nak try buat contest juga tapi tak pandai. hehehe