Lama tak update blog, tiba-tiba teringat saya belum lagi membuat tugasan ketiga untuk contest anjuran Eizil.com. Maka, terhasillah artikel ini.
Untuk tugasan ketiga ini, terdapat dua artikel yang perlu ditulis. Pertama, menulis cadangan dan kritikan untuk blog Eizil.com. Kedua, menulis cadangan untuk servis percuma dan berbayar yang ditawarkan oleh saudara Eizil.
Baiklah, artikel kali ini adalah artikel untuk mengkritik dan cadangan untuk penambahbaikan blog Eizil.com.
Nota: Mengkritik tidak bermaksud blog saya ini sempurna.
1. Warna font yang terlalu cerah
Pada saya, mungkin typografi di blog Eizil.com boleh diperkemas. Antara beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk penambahbaikan adalah seperti perubahan warna font. Bagi saya, warna font yang digunakan mungkin terlalu cerah bagi sesetengah pembaca, terutamanya yang rabun.
Cadangan saya, gunakan warna font yang lebih besar. Memandangkan tema yang digunakan adalah minimalistic berwarna putih, mungkin warna yang lebih gelap perlu digunakan untuk menambahkan kontra antara tulisan dan background.
Dibawah ini merupakan perbandingan sebelum dan selepas membuat perubahan warna font. Mana satu yang lebih jelas dibaca?
2.Whitespace / Ruang
Whitespace atau “ruang” dalam sesuatu tema perlu dititikberatkan untuk memudahkan pembaca lebih selesa membaca. Bagi saya, ada beberapa elemen dalam blog Eizil.com ini yang boleh ditambah baik, contohnya pada bahagian navigasi dan kotak carian.
Mungkin boleh tambah padding pada bahagian kotak carian tersebut untuk nampak lebih menarik. Selain itu, ruang navigasi juga keliharan sempit, mungkin boleh tambah sedikit ruang (baca: margin) pada bahagian atas dan bawah.
3. Butang profil sosial
Jika anda perasan, ada butang profil laman sosial pada bahagian atas kanan pada blog Eizil.com. Tetapi mungkin disebabkan warna font yang kurang kontra dengan warna background dan saiz yang font yang terlalu kecil menyebabkan pengunjung terlepas panda pada bahagian tersebut.
Untuk cadangan, mungkin boleh gunakan ikon sosial yang lebih cerah dan menarik seperti gambar dibawah:
4. Lebih banyak tutorial
Pemilik Eizil.com merupakan seorang pengaturcara (programmer). Malah, jika ada masalah selalunya saya akan merujuk pada beliau. Memandangkan beliau mempunyai kepakaran dalam pengaturcaraan dan WordPress, mungkin boleh tulis lebih banyak tutorial berkaitan WordPress agar boleh perbanyak sumber berkaitan WordPress dalam bahasa Melayu.
5. Contest komen terbanyak tidak releven
Saya takpasti sama ada kritikan ini diterima atau tidak, tapi ianya berkaitan contest yang sedang berlangsung di Eizil.com. Terdapat banyak kategori yang dipertandingkan, antaranya contest komen paling banyak.
Caranya mudah, pembaca yang meninggalkan komen paling banyak dikira sebagai pemenang. Contest seperti ini sangat berkesan untuk meningkatkan jumlah komen disesuatu artikel secara mendadak, tetapi terdapat kesan sampingan lain yang perlu diambil perhatian:
- Kebanyakan komen adalah berbentuk SPAM. Orang yang sama komen 20 – 30 kali berderet adalah sesuatu yang “tidak beretika”.
- Admin mungkin terlepas pandang komen pembaca lain.
ps: Ini adalah sekadar pendapat peribadi.
6. Header
Header terlalu simple. Mungkin boleh gunakan font yang berlainan dari font yang telah diguanakan pada bahagian title dan sidebar untuk menambahkan kontra, atau menggunakan logo pada bahagian header. Mesti lebih menarik.
7. Footer
Tulisan kurang jelas, mungkin kerana warna font kurang kontra dengan latarbelakang hitam yang digunakan.
Cadangan, boleh tukar warna tulisan daripada #333 kepada #f5f5f5 atau #fff.
8. Halaman kenali Eizil
Bagi saya, halaman ini sangat bagus kerana beliau menulis serba sedikit latarbelakang beliau dan turut meletakkan kepakaran yang dimiliki. The best part? Sebab ada infografik menarik seperti dibawah:
9. Jenis font
Untuk meningkatkan readibility pengunjung membaca blog, pemilihan font yang betul juga perlu dititikberatkan. Seseorang webdesigner selalunya akan memilih kombinasi font yang betul semasa peringkat awal merekabentuk sesuatu website. Font juga penting untuk mewujudkan mood pembaca.
Font Arial yang digunakan pada Eizil.com is fine, tapi saya cadangkan tukar ke Open Sans. Malah, laman rasmi WordPress.com juga baru-baru ini telah menukar font mereka daripada Arial kepada Open Sans kerana font tersebut memaparkan tulisan yang lebih jelas. Untuk rujukan, sila baca pada blog rasmi WordPress.com mengapa mereka mengambil keputusan untuk menggunakan font Open Sans.
10. Kemaskini halaman rangkaian
Halaman rangkaian masih kosong. Mungkin masih dikemaskinikan.
Kesemua cadangan dan kritikan diatas adalah untuk penambahbaikan. Sejak kebelakangan ini saya banyak membaca dan belajar mengenai web design, jadi mungkin lebih banyak kritikan yang diberikan di atas lebih kepada “persembahan” sesuatu website.
😉
Sehingga kini terdapat 888 buah artikel yang telah dimuatkan di blog tersebut. Ya, jauh lebih banyak dari blog ini. Haha. Terdapat beberapa artikel yang menarik. Memandangkan saya seorang yang suka berjalan-jalan, maka artikel Tips Menguasai teknik percutian pada harga murah sangat menarik untuk dibaca.
Bagi saya, artikel tersebut sangat praktikal, ditulis berdasarkan pengalaman. Dulu saya pernah ke Ottawa, Quebec dan Montreal dalam masa 5 hari. Bila kira-kira balik wang yang dibelanjakan, masing-masing rasa pelik:
“Eh, betul ke kita kena bayar _____ je. Macam tak logik je”. Haha
Kujie
ulasan yang paling menyeluruh dan berterus terang… juga cadangan yang boleh dipraktikkan.
Affan Ruslan
Lama bebenor tak update blog. Selamat ada contest, ada la benda sikit nak push rajinkan diri haha 😆
Hafizul
Hehe..serius betul2 menarik entri ni..bila baca, terus cakap “emm ye la.., ehh betul la..” Sebelum ni tak perasan..ni baru cadangan dan penilaian yang serius..bukan dengan hanya sekali pandang jer..gud luck bro…
Myra Jay
Teguran membina yang sangat2 baik…
titan
untuk tugasan ni..aku rasa ko punya antara yang paling kacak. haha..
akubiomed
Memang teknikal penerangannya. Saya suka contoh gambarajah pengalaman ringkasan disertakan ada ciri-ciri jadual berkala unsur kimia. 🙂
ikhmal
wah..hebat kritikan ni. jelas rasa nya eizil akan berpuas hati . good luck!
Noorikmal
Assalam, lama betul tak update blog erk… hahaha… rupanya ikut juga kontest dari Eizil tu.. selamat berjaya bro…
CikGu Ma
hmmm….kalo blog saya lagi banyak kena repair ni..
apa2 bagus jugak ada kritikan membina mcm ni ^_^
amirulfaiz
Ni dah macam seorang juri profesional memberikan kritikan dan pandangan jujur serta bernas. Selamat maju jaya, semoga menang pertandingan nih. 🙂
syaifuddin alias
good luck bro ..hehe ..aku support je
Eizil
Jutaan terima kasih atas kritikan dan cadangan yang telah diberikan, insyaALLAH selepas contest ni, eizil.com akan tampil dengan identiti baru.
Berkenaan tutorial tu, ada hutang dengan bro tutorial juga kan… insyaALLAH kalau ada kesempatan akan menulis lebih banyak tutorial di eizil.com.
Berkenaan komen terbanyak tu, memang diwujudkan dengan sedar yang akan wujud komen spam, tetapi semua yang dibuat itu ada sebab disebaliknya, nanti akan dikongsikan dalam entri ulasan selepas contest selesai.
Terima kasih sekali lagi atas cadangan dan kritikan yang diberikan.
Naziman
Tak sangka kan ada juga yang kritik bab contest terbanyak tu, sebenarnya saya sendiri pun kurang setuju contest komen terbanyak. Banyak sebab juga. Antaranya untuk pembaca, bila tengok komen nak cari komen yang relevan mungkin nak tahu lebih lanjut ataupun pembaca nak mulakan conversation, jadi tak berminat sebab banyak komen SPAM.
Paling baik saya rasa kalau nak gabungkan kedua-dua sekali pendapat terbanyak dan terbaik. Jadi semua pendapat di beri akan lebih bernas.
boni kacak
wah..ulasan yang sangat terperinci dan sangat2 bagus… terbaik ulasan ni..
Anarm
terbaik lahh ko kritik blog eizil.. hehe.. kritikan yang membina.. tak salah pun..
Aizan Fahri
Blog aku taknak kritik skali ke bro? *offtopic jap*
untuk blog bro Eizil tuh, aku agak curious pada bahagian infografik. boleh dikatakan agak cun dan aku rasa macam nak buat satu…. tapi, aku still muda jelita lol.
komen terbanyak pun aku agak tidak berapa nak bersetuju (bukan bermakna aku tidak suka dengan method ni, cuma tidak berapa setuju). Pernah berlaku dlm satu mega contest (denaihati kalau tak silap). Ada blog yg cecah komen yang sangat banyak tapi yang komen itu orang sama je. I mena, they engaged in a conversation yg mana lagi patut kalau diorang buat di Twitter or Facebook je.
~ sekian terima kasih ~
syaifuddin alias
sangat baik untuk pembangunan blog eizil.. makin mantap lepas ni 😀
syaifuddin alias
ouh jika saudara nak jadi sponsor untuk SEO Extravaganza boleh je..
Izwan
aku pun personally tak minat contest dari komen terbanyak. karang 1 entri dia komen sekali satu perenggan, pastu perenggan kedua dia reply komen dia yang pertama. kdg2 tak best pn. ada je jumpa. utk orang yg tak reti bebel banyak kali kat komen cam aku,gitulah pendapatnya.
eizil punya infografik dia memg best. 1st time masuk blog dia,tengok about aku pun tertarik dengan chart dia tu.
good luck!
wazy
kritikan dan cadangan yang sungguh membina,ada peluang cerah untuk menang ni,selamat berjaya bro
Juan
ko punya entry ni secara jujurnya paling terbaik bro, serius nih