Lama sungguh tak update blog ni dengan artikel terbaru. Rasanya dah lama betul berehat daripada dunia blog. Kali terakhir update artikel terbaru rasanya semasa/sebelum peperiksaan akhir lebih daripada sebulan yang lalu. Akhirnya ada juga masa nak kemaskini blog dengan artikel terbaru. Yay, I’m back π Musim sejuk selalunya memang tak kemana, nak berjalan-jalan pun tak best, kalau main snowboarding ok lah. Tapi masa musim bunga/panas, memang seronok nak bersiar-siar.
Alhamdulillah Jumaat dan Sabtu lepas berkesempatan jalan-jalan di Bruce Peninsula. Sangat lawa, boleh dikatakan A Must Visit Place in Canada jugaklah selain Niagara Fall. Pergi dengan kawan-kawan, sebanyak 3 kereta. Memandangkan sekarang ni musim bunga, air laut disana sangat sejuk. Kebetulan sekarang ni masih “off season”, jadi banyak attractions dan aktiviti kat sana masih belum dibuka, jadi saya dan kawan-kawan pergi je kat mana-mana tempat yang boleh dilawati.
Kalau dari Hamilton (tempat saya tinggal), perjalanan kesana lebih kurang 4 jam. Memang jernih air kat sana, dan rasanya pemandangan yang paling menarik perhatian saya adalah gambar di bawah, iaity air tasik dalam 3 warna berlainan. Subhanallah.
Perhatian: Gambar yang diambil tidak diedit, hanya diletakkan bookmark dan diubah saiz sahaja. Saya tak suka edit gambar π Gambar diambil menggunakan kamera Nex 3 sahaja, unedited.Β
Sebenarnya di Bruce Peninsula ada banyak tempat untuk dilawati antaranya Fathom Five Natural Marine Park of Canada, Cyprus Lake, Georgian Bay, Emmet Lake dan lain-lain.
Selain itu, kami juga sempat nak feri untuk ke Fathom Five Natural Marine Park of Canada. Rasanya bila dah sampai sini, berbaloi jugak pergi naik feri ni. Paling menarik bila dibawa ke sebuah tempat kapal karam dan para pengunjung boleh melihat kapal karam tersebut secara dekat. Boleh tengok dari dalam feri je, sebab ada cermin pada bahagian bawah feri tu. Sangat cool, sila tengok gambar di bawah.
*Sila klik mana-mana gambar di bawah. Gambar-gambar lain akan dipaparkan dalam Lightbox untuk paparan yang lebih kemas.
Oh ye, nak tengok gambar saya? Ini dia π
P/s: Selain Niagara Falls, rasanya Bruce Peninsula pun tempat yang ideal untuk sesiapa yang ingin pergi honeymoon. Hahahah! π
anif
Memang cantik π Subhanallah!
Affan Ruslan
Subhanallah. Masa awal2 sampai tu rasa sangat kagum, macam dalam game pun ada.
Hehe
izwanyusof
pakai pe wat lightbox untuk gallery tu? plugin kan.. ala,bajet anonymous lagi la tu.. ye r orang femes mane leh kasi tunjuk muka.. keh3
nice gambo…bukan kau ada dslr gak ke..
Affan Ruslan
Mana boleh bgtau nama plugin, tak unik la banyak blog guna plugin sama. π
Tu aku guna jQuery Lightbox For Native Galleries, activate je lepas tu pilih theme untuk lightbox, takyah guna shortcode etc.
Bukan femes, pemalu keh3.
Eh takde, tapi InsyaAllah ada duit rasa nak beli gak hehe
hafizmd
hahaha…aku dah agak dah…mesti posing belakang punyalah…hihi
grOundnUt
Really nice pic…awesome!^^
Affan Ruslan
Thanks, Just few pictures from an ameteur photographer. Kalau ada DSLR mungkin lagi lawa kut hehe
Cikgu Hairul
Macam takde orang mandi-manda je kat sini. Kalau di Malaysia, pantang ada pantai cantik, mesti ramai yang menceburkan diri.
Affan Ruslan
Ada sesetengah tempat memang boleh mandi, tapi haritu sangat sejuk. Masuk kaki dalam air dalam 10 saat pun dah kebas hahaha
iqbalhakimi
Imej masih rahsia?..hahaha
izwanyusof
biasalah #retis! gitu r. haha
Affan Ruslan
Biarlah rahsia. hehe
rozuan
sangt menariklah gambar semua tuh
Affan Ruslan
Thanks, banyak lagi gambar tapi malas nak upload semua, takut nanti loading blog lambat sgt hehe
iema
waa cantiknya…tibe2 gambar last 2 xcantik lak…
opss tergurau kasar….hihi
Affan Ruslan
Hahaahah takpe tak ambil hati :p
azriMy
subhanallah, cantiknya…
but still, AR masih menjadi rahsia :p
Affan Ruslan
Hahaha ada muka aku ke tak ke macam takde beza :p
akubiomed
Serius bro cantik pemandangan dengan air yang membiru serta jernih.
Affan Ruslan
Subhanallah. Ye, sangat jernih. Paling menarik rasanya air laut 3 warna tu, syukur sangat dapat tengok secara live.
hafizmd
terima kasih bro AR kongsi gambar air 3 warna tu…
mmg sangat2 cantik! subhanallah! untung bro dapat tgk secara live =)
muazfaris
smart gak ye bruce peninsula ni. Niagara Falls aku dah pergi dah dengan family.. haha..
erkk, org tak pernah tgk muka lagi ke?? baru perasaan itu. Kalo nak tau, Affan ni orang nye … haha, kang kantoi kang.
Affan Ruslan
AKu rasa ada je yang pernah, saja ngengada ahaha.
Haah lupa ko penah datang sini dulu
puteriCahaya
subhanallah….chanteknya!!! waaa……jeles ayam! nak pegi canada juga!!
Affan Ruslan
π InsyaAllah.
jemarioren / ciknor
wowww teruja menengoknye. dapat tengok kat sini pun takpele. tkasih berkongsi. pic last tuh ala2 tekonang malaysia aje π
izwanyusof
pic last2 sengaja tak nak tunjuk muka agaknya. well-planned pic. hoho
Affan Ruslan
Haha masa berposing tu tak teringat Malaysia pun π
azman
Cantik gambar yang last tu…boleh nampak dasar..
Affan Ruslan
Kebetulan masa tu ada matahari, jadi lagi jelas. Hehe
fnatashafizi
bestnyer dapat g sne.. lawa kut scenery~.. bila ntah dpt jejak kaki sna..uhu
Affan Ruslan
InsyaAllah kalau ada rezeki nanti. Btw, kawan2 saya cakap air kat situ sejernih Pulau Redang. Saya pun tak pernah g Pulau Redang, kalau ada masa g lah sana π
cikgu naman
kacaknya Affan.hehe
fuh..dia punya view..air laut jernih jeee
Oh ada Emmet Lake, patutlah emmet butterfingers study kat Kanada
Affan Ruslan
Emmet Butterfingers asal Kanada? Tak pernah tau pun hehehe.
Haah sangat teruja masa awal2 sampai haritu, Subhanallah
cikgu naman
bukan asal..dia further studies ke sana π
Affan Ruslan
Owh, thanks sebab betulkan.
Btw, Justin Bieber asal dari Kanada haha
Lizz
Cantiknya laut!!!! seronok ah duduk kat tempat orang, dapat tengok ciptaan Allah yang lain. hehehehe.
Affan Ruslan
Dapat tengok ko pun dapat tengok ciptaan Allah juga. Heheheheheh <--- Gelak pesen sama π
hafizmd
keh3…ini mmg aku kena tumpang hehehehe jugaklah =)
nurmisnan
Hoho.. tak sampai lagi pe Peninsula… Dari gambar
memang nampak cantik.. yg last tuh gambar kau ke
brother?? Teirngat saper tuh?? hik3
Affan Ruslan
Ye lah tu hahaha.
Eh mana ada teringat sapa2, posing semata2 haha
fyzal
lawa.. aku mahu ke sana satu hari nanti.
Affan Ruslan
InsyaAllah bro. Ni boleh kata A Must Visit Place in Canada gak ni. Hehe
Kujie
cantiknya……….. sabtu lepas kita pun pegi bercuti gak, tp utara Peninsular Malaysia sajork
kita makan pulut ayam, pulut durian & pulut mangga…..cesss…datang buat org terliur je.
Affan Ruslan
Haha ada2 je kakjie ni.
Amboi siap list makanan2 Malaysia lagi, selamat tak masuk spam tadi hahah
suri
cantik sungguh pemandangan laut tu..rasa nak tanyer admin asal tak terjun jer hii
Affan Ruslan
Hehe masa tu air sangat sejuk, masuk kaki kejap je dah kebas hehe. Mungkin kena tunggu summer kot, sekarang ni masih spring kak
noorsyamsul
jernihnya air dia. gambar yang sangat cantik. indah sungguh ciptaanNya…
Denaihati
subhanallah, bukan cantik tapi amat cantik, boleh nampak ikan jelas.
bardboo
subhanallah..sangat cantik pemandangannya…nanti blh la orang france pegi canada, org canada plak datang ke france ye..hehe…
misteri sungguh pemilik blog Affan Ruslan ni.. =)
lynn
mistery-man ? hahaha.
neway,all pics osem. (Y)
klcitizen
wah, cantik sungguh affan pemandangan sana. tumpang telan air liur π
adele
subhanallah….sangat cantik!! airnya nampak smpai ke dasar tak seperti laut di Malaysia..baunya pun dah tak berapa nak sedap π
eiela
cantiknya gambar laut tuh..
Amirez
subhanallah. jernih betul. cantik. best kalau dapat bersantai kat sini
ProfHariz
Untunglah bro. Muda-muda dah boleh jenjalan oversea π
Tapi serius tempat ni memang cool π
Encik Bukit Besi
sangat cantik pemandangan gambar kat sana. tak edit pun memang cantik, teknik capture tu ada..
arrizz
cantik dan tenang!