Beberapa minggu lepas saya ada terjumpa satu laman web yang agak menarik. Laman web Ifitweremyhome.com membolehkan pengguna membuat perbandingan dua buah negara daripada beberapa buah aspek. Contohnya, saya sedang belajar di Kanada dan ingin membuat perbandingan dengan Malaysia.
Ianya mudah digunakan, cuma pilih dua buah negara yang ingin dibuat perbandingan dan keputusan akan dipaparkan. Menarik, anda juga boleh membaca lebih lanjut info mengenai fakta yang dipaparkan. Berikut adalah perbezaan Hidup di Malaysia dan Kanada mengikut laman web Ifitweremyhome.com, bukan dari pandangan peribadi saya. Hehe.
Saya tak nak komen semua, tapi hanya segelintir sahaja daripada fakta di atas. haha.
Make 2.6 times more money
The GDP per capita in Canada is $38,400 while in Malaysia it is $14,800
Yang ni memang best. Ada student buat intership, dapat dalam $3000. Tu baru internship, belum lagi kalau dah kerja lepas dah graduasi. Walaubagaimanapun, Kanada merupakan antara negara yang tinggi mengenakan tax kepada rakyatnya. Contohnya, bagi yang duduk di Ontario jumlah tax yang perlu dibayar adalah 13 %. COntohnya, beli roti. Harga yang perlu dibayar, harga roti + tax 13%. Haha. Tu belum lagi kalau beli barang-barang yang lebih mahal seperti laptop, kamera dsb. Memang ‘terasa’ gak dengan beban tax ni.
Have 53.4% less baby
The annual number of births per 1,000 people in Canada is 10.28 while in Malaysia it is 22.06.
Haha. Rasanya memang betullah. Orang barat taksuka anak ramai-ramai agaknya. Semua anak sikit-sikit je. Rasanya nak jumpa keluarga yang mempunyai 4 5 orang anak pun susah. Berbeza kat Malaysia, cuba tanya kawan-kawan. Mesti ada yang mempunyai 7 8 orang adik-beradik. Barulah ramai umat Nabi Muhammad. Ye tak? Hehe
Apa-apa saya bersyukur kerana hidup di Malaysia, walaupun ada segelintir pemimpin yang tidak amanah dalam menjalankan tugas. Kat akhirat jawab sendiri ye π
Kujie
Duit & Anak – bab lain komenlah sikit lagi.
dia orang anak sikit tapi jaga baik2…kt M’sia dia org letak tepi longkang atau perdu pokok buluh…nanti jadi Anak Buluh Betong.
Itu belum kes anakΒ² ‘ minta sedekah’ kat bapa di mahkamah.
Anak Kak Jie 3, lahir melalui pembedahan, kalau normal mungkin 13! hahaha.
Affan Ruslan
hehe. ada betul gak tu ye cakap kakjie.
cubalah bandingkan Malaysia dengan algeria (betulkan algeria?)
haha. ramainya 13!
syahrilhafiz
jangan algeria saja, tengok belah2 india dan sewaktunya
area ni kilang paling aktif..haha
canada ni anak sikit, jaga la konon. msia nampak gaya nak tiru dah cara 1 keluarga 2 anak tu..adeh
~more production, more active life~ muehehe π
sjiehan
ahhaha… setiap barang di kene kan cukai?
pergh…
kaya2!
Eizil
Setakat ni, kalau semua warna hijau kat negara lain, aku tetap pilih Malaysia… π banyak sangat benda yang kat negara kita ni takder kat luar…
bak kata bidalan “Hujan emas di negeri orang, hujan baru di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”
Affan Ruslan
hehe betul tu bro.
lagi satu, cuaca kat sini sejuk agak ekstrim. struggle gak sejuk2 ni, byk betul cabaran
tengkorak emas
live 7.74 years longer? mungkin sebab jarang berlaku kemalangan jalan raya macam di Malaysia kot..so melalui pemerhatian bro sendiri?
Affan Ruslan
erm, pasal kemalangan tak pasti pulak.
sebab tak pernah travel jauh2. setakat travel sejam lalu highway tu ada gak.
Rasanya ok kot.
Tapi tak pasti pulak tu ke antara sebab orang sini hidup lebih lama. Mungkin lebih kepada pemakanan kot
sherylelife
Mak cik saya tinggal kat sana. dia kata orang2 kanada memang mementingkan kesihatan. Even dorg tak sakit, dorg akan selalu pergi jumpa doktor & check kesihatan dorg. So, mungkin dorg akn lbh cpt prevent & kesan penyakit. kalau kita, kbanyakannya time sakit teruk je baru jumpa doktor.
– pemakanan pun sama, π
TheSharkox
Make 2.6 Times More Money (troll face)..hahaha
jenhuj juga kalau beli roti kena tax sampai 13%
Affan Ruslan
haha.
saja letak trollface tu, selamat ko perasan hehe.
hehe. tapi ada gak, kadang2 makanan tak kena charge kalau beli di supermarket.
tapi kalau beli kat kedai2 kecik kena charge hehe
alyrds
ada kat gombak…. service charge 10%! …. bayangkan teh ais RM3.50!…. kene + 10% lagik! …… babun la punya kedai (opssssssss….)
telor
hmmmm kat kanada xde telordibasuh hahahahaa
Affan Ruslan
hahaha cis ini bukan blog lucah
Ahmad Fikrizaman
Dah try Malaysia dengan Japan?? Kalau Malaysia dengan Japan, kita akan gunakan 92.38% more electric… Kanada ngan japan pulak cena ek…
syahrilhafiz
lol, japan lebih banyak..ekek
Affan Ruslan
tak try pulak. hehe.
kalau camtu kira kadar elektrik kat malaysia mahal lah ye
Ahmad Fikrizaman
eh silap, kalau kita ada kat jepun, kita akan gunakan 92.38% elektrik berbanding berada di malaysia..
little daisy
2.6 times more money…surely a plus. tapi klau dh tax tinggi cenggitu, hehehe takde makna nyer …. ^_^
Affan Ruslan
hehe. betul gak tu.
tapi mungkin tax tinggi tu akan disalurkan kepada benda2 lain
Amanina
yang last sekali tu menarik jugak. 20% less likely to have HIV/AIDS. hoho..
sama ada, kat kanada banyak sangat precaution. takpun, kat malaysia, hiv/aids memang merata2
Affan Ruslan
rasanya pasal precaution. sebab mat salleh lagi mengamalkan seks bebas (biasalah tu kan)
yoy
Taknak la aku dok sane..hehe macam la ada peluang..
Affan Ruslan
hehe. kalau ada peluang apa salahnya
Affan
RT @affanruslan Beza Hidup di Kanada dan Malaysia | Critical Angle http://bit.ly/g8sOVv
anif
Fakta yang menarik.. perbandingan antara dua buah negara π
Mahu duit banyak kerja di Kanada.. mahu anak ramai balik lah ke Malaysia π
Affan Ruslan
hehe. boleh gak dapat byk anak kat kanada π
nursyafiq mohamad
RT @affanruslan: RT @affanruslan Beza Hidup di Kanada dan Malaysia | Critical Angle http://bit.ly/g8sOVv
Mr.Kerro
eheheh dlu pon ada buat psl nih hehehe
http://mrkerro.com/malaysia-lagi-bagus-dari-indonesia-australia/
Affan Ruslan
rasanya dapat idea dari ko lah kot.
dah lama aku bookmark, tapi baru nak menulis.
thanks sebab bagi inspirasi dan web yang best ni
Harith Iskandar
BETUL BETUL SETUJU π
Shaffik
Sekarang pun, ibubapa sudah plan untuk anak..Ada pasangan yang hanya mahukan tidak lebih dari 3 anak. Kalau dulu selalu kita dengar pasangan mempunyai lebih dari 5 orang anak. But tak kisah laa anak sikit ke banyak ker yang penting di jaga amanah yang di berikan. ANyway nice entri. Malaysia tetap best
Affan Ruslan
hehe betul.
yang penting anak2 dipelihara, sebab tu amanah ALLAH.
muhammad fakhruddin
Bab tax tu pun Malaysia apa kurangnya…tambah-tambah nak bina Menara Warisan katanya
Affan Ruslan
hehe. isu panas ni, tapi sekarang tiba2 senyap pulak
zik
taxnta boleh tahan jugakla…. nanti balik malaysia, jangan lupa ole2 yang aku order (ntah bila aku pesan, )
Affan Ruslan
erk? haha
yas
Setakat jenjalan atau keje sementara okeh la kot?
Camne ngan pengemis kat sana ye bro? Macam yg tgk kt tv atau jauh berbeza?
Affan Ruslan
homeless ramai hehe.
takpernah pulak tgk dalam tv
yas
Dah kene ikat la ni kot?
Izwan
kalau kat malaysia dah kahwin,jumpe je soalan pertama ditanya..dah brape anak skrg ?..
so,jadi competition sihat kat malaysia.. π
Affan Ruslan
hehe betul tu, aku banyak kali dah dengar soalan tu ditanya kat orang lain (bukan kat aku hehe)
fitri
saya sayangkan tanah air saya!hehe
syahrilhafiz
saya pun. KITA ANAK MALAYSIA! haha
syahrilhafiz
apasal ada trolololol tu kat money? haa dok enjoy dengan minah canadian ye..hehe!
Affan Ruslan
haha. mana ada enjoy ngn diorang, tegur pun tak hehe
asyaari
nice blog affan..long time no see…
Affan Ruslan
ni asyaari mrsmkkb ke? lama tak dgr citer hehe
tehr
bagus mana pun negara orang
dah pasti tak sama dengan kenangan indah yang telah dilalui selama ini
sehingga kini aku masih suka malaysia
tak tahu la di masa akan datang
Affan Ruslan
hehe. Malaysia jugak yang best kan.
faiz_slur@yahoo.com
saya nak kerja di kanada tapi nak makan dan beli barang di malaysia..hiks! huhu..
Affan Ruslan
hehe. kalau boleh aku pun nak camtu
iqbalhakimi
yeess..saya bangga jadi rakyat malaysia!
samanosuke_04
huhu, nice sharing.. pasnie aku nak try banding moscow ngan malaysia plak.. hehe, nice2.. tapi xdelaa interesting sangat yang hijau2 tue… yang paling bestnye 2.6 times more money jer laa.. XD!! haha, semua mata duitan kat sini
Affan Ruslan
hehe.
Affan
Beza Hidup di Kanada dan Malaysia http://johoreanbloggers.com/read/20343
wazy
RT: @affanruslan: Beza Hidup di Kanada dan Malaysia http://johoreanbloggers.com/read/20343
Affan
RT @wazy84: RT: @affanruslan: Beza Hidup di Kanada dan Malaysia http://johoreanbloggers.com/read/20343
zuls
menarik ada website banding2 macam ni.. π
Aku nak cuba banding dengan negara mana nanti ye… fikir.. fikir
Hafism
ape aku nak tulis ni.opss..dah tulis dah pun.huhu..
Mohd Isa
intership jer dah $3000 memang berbaloilah kalau makan megi je tiap2 hari. hehe, simpan bawa balik malaysia. π
Affan Ruslan
hehe, kalau ada duit lebih mesti simpan bro, buat hantaran kahwin. lol
akakcomey
Malaysia…Kanada….Malaysia tanahair kita,,,,tapi ada sumber internet menyatakan kediaman yang baik boleh didapati di KANADA….fikir-fikirkanlah.
Affan Ruslan
hehe. mungkin sebab di Kanada ni lebih tenang agaknya
akubiomed
Lama tidak tinggal komen disini kerana kesihatan tidak mengizinkan. Ada beberapa kawan expatriates dari India ajak berkelana ke Kanada. Menurut mereka senang mendapat kerakyatan. Macam best kerja disana. Bagaimana dari segi kadar jenayah disana?
Affan Ruslan
Wow menarik tu bro hehe.
Kadar jenayah? Rasanya sgt rendah, rasa lebih selamat di sini.
Walaupun sebelah US, tapi memang jauh beza dgn US dalam soal keselamatan ni.
PakarBuahPinggang
Salam bro,
Benarlah pepatah melayu mengatakan hujan batu dinegeri sendiri,hujan emas di negeri orang,baik lagi negeri sendiri.Malaysia negaraku tercinta.
Tetapi suka dengan ayat akhir tu.Dari segi politik di Kanada macam mana bro?
Affan Ruslan
Entah lah, tak ambil tau sangat hehe.
cik tom
hehe…macam2..lagi best duk malaysia kot…tapi lagi bagus merantau selagi berkemampuan…perbezaan boleh tolak tepi..yang penting cari pengalaman…pasal anak,hiv,aids semua tue depends pada individu bukan pada tempat..hehe
Affan Ruslan
hehe betul, semua tu bergantung pada individu. hehe.
kalau nak anak ramai, pandai2 lah rancang sendiri. hoho
MDHAFiZ.NET
hahah..baru dpt merasa udara di alam maya..lama x bw…
bila lg agaknya saya dpt menjejak kaki kesana… π
Affan Ruslan
hoho. busy ke bro?
hehe. InsyaALLAH kalau ada rezeki.
Mana2 pun lebih kurang je bro, cuma pengalaman mungkin berbeza
heliantuse
Fakta yang best. Nak bandingkan Malaysia & Czech la pula. Salam singgah ^_^
Affan Ruslan
Owh study sane yek? hehe
Denaihati
khidmat retweet : RT @affanruslan Beza Hidup di Kanada dan Malaysia | Critical Angle http://bit.ly/g8sOVv
Ali ridha
Selesa duduk di Malaysia ni.
cukai punya la tinggal.
anak tak boleh ramai.jualan
ubat kuat mesti tak laku.
Affan Ruslan
hehe. cukai kadang2 rasa terbeban jugak.
Anak tu, terpulang lah kat individu tu.
Kalau nak anak ramai, apa salahnya hehe
ohcikgu
tak mau la. dok malaysia tetap lagi bestt..
ariff
Kalau dapat kerja kat Kanada best gak kan.. http://j.mp/ecxuBQ via @affanruslan
decrewz
Wuish.. Boley hidup lebih lama..hu3
Nine
tax mahai no..13% huhu…takpa kira syok la ko ada chance duk sana…ko kije sambilan tak kat sana Affan ? sana kalao buat bisnes mmg ok tak ? nih saja aku nak tahu…ada student wat pasrt time bisnes tak kat sana ?
Affan Ruslan
setakat ni aku tak kerja part time lagi, mungkin summer kalau ada chance boleh lah kot.
student aku tak sure lah, tapi ada sorang budak Malaysia ni, die and family die buat business part time import barang2 dari Malaysia macam maggi, kicap dsb dan jual kat kedai2 orang asia kat sini. Kawan2 aku pun ada beli dari diorang. Ok gak rasanya kalau nak buat part time business camtu kot hehe
Hadi Rofiee
Melihat kepada gambar rajah itu, warna hijau lebih satu daripada warna merah. Hmm…
Walau bagaimanapun, saya bangga menjadi rakyat Malaysia. π
p.s: politik, oh..politik.
Sabahan Bloggers Club
Kira bertuah juga duduk kat Malaysia ni kan?
Tapi kalau saya kena menetap kat luar negara lama-lama, memang tak tahan. Rindu dengan makanan kat Malaysia.
aimannajmy
malaysia tetap lagi best dari suma huhu.. eh bro amik kos apa kat kanada
Affan Ruslan
Ambil course chemical engineering π
Sir Marcello
pendapatan kat sana lebih masyuk…tapi peluang menganggur pun dah kategori parah tue…70% wow…kat Malaysia pun aku rasa tak tinggi cam tue…
atau unemployed yang diberi itu tergolong dalam sektor professional?
p/s: boleh bincangkan lagi isu nie…excited kot…
Amirez
erk, 70% chance of being unemployed? ish ish.
tengok daripada result, rasa bersyukur juga di malaysia π
dalilakadir
syukur Malaysia xmacam mesir ni..kalau kat hospital tu kesian je..orng sakit merata-rata kat luar hospital..minta sedekah untuk beli ubat..syukur kat malaysia tu ada klinik kerajaan..atleast banyak membantu ..sini mesir pon tax makan 12% xmasuk lagi tax services..minimum charge 35 egyption pound..nak lpak2 minum teh pon kne byar 35..tp rasanya kanada best kot.. π
Fiza Apani
birth rate kat malaysia ni mmg tinggi sket berbanding negara membangun yg lain…lagipun dasar kerajaan mmg menggalakkan bilangan penduduk yang ramai utk pembangunan ekonomi negara…tapi kadar kelahiran di malaysia pulak sedang menurun setiap tahun..bahaya nih..rate ni dijangka akan terus menurun jika trend lambat kahwin, merancang keluarga & busy berkerja terus diamalkan…jeng jeng jeng
Zety
assalamu’alaikum..
what a nice experience.. which I could have been in other country
bertuah badan dapat belajar.. course apa ya awak ambil?
but thou Malaysia is not perfect.. I rather live in Malaysia.. for no reason..
as the old saying “hujan panas di negara orang, hujan emas di negara sendiri”.
Affan Ruslan
Wa’alaikumsalam.
Hehe, Malaysia tetap di hati.
Saya ambil course chemical engineering
rimau
sy penah ke kanada(ontario)selama 3 bulan hujung 1997 hingga awal 1998.kerja dgn bombardier.masih senangkah sekarang nk jadi warga kanada?dulunya sampai je d airport dia org dah bagi flyers utk jadi warganya.syaratnya senang,ada ijazah @ bawa tunai 200k dollar.sekarang camne??
Affan Ruslan
syarat2 die saya tak pasti secara tepat, tapi secara umumnya mereka masih lagi menggalakkan immigrant jadi citizen die rasanya. Even di universiti pun ada bengkel khas bagi students tentang cara2 nak apply PR
Hakim
Assalamualaikum
@affanruslan
Adakah possible (economically good) seorang student malaysia yg ditaja untuk balik Malaysia twice every year? Like balik every winter and summer?
Patty
Lain orang lain pandangan dia. macam saya anak sorang, keja gomen, hubby keja swasta bukannya besar sangat gaji pun. walaupun anak sorang tapi saya dok ngan mertua yang dua2 tak bekerja. ibu saya sendiri adalah ibu tunggal dan saya masih bagi duit kat adik saya yang belajar kat UiTM. walaupun, ada sorang anak tapi dengan komitmen di sekeliling saya rasa saya macam beranak 10! — kat rumah mertua, bil utiliti, groceries, etc etc… utk ibu sendiri saya bagi elaun paling kurang RM300, adik saya lagi…
jebom
Duduk di negara orang jgn La kutuk negara orang , Dan jangan la meyombong dgn orang di sana .. Macam kita ni bagus sangat pula … Buang La Mentaliti macam tu …
Hakim
Assalamualaikum
@affanruslan
Adakah possible (economically good) seorang student malaysia yg ditaja untuk balik Malaysia twice every year? Like balik every winter and summer?
Faiyum
Macam mana nk start kerja kat kanada?