Salam. Ilmu baru tentang Air Liur. Mula-mula ย saya ingatkan air liur dan air liur basi adalah dua benda yang lebih kurang sama, cuma dibezakan dengan warna air liur basi yang sedikit kekuningan berbanding air liur. Rupanya tidak, terdapat perbezaan lain dari segi hukum antara keduanya.
Air liur atau dalam bahasa Inggerisnya, saliva adalah cairan yang ada di mulut kita. Kalau pelajar yang ambil subjek biologi mungkin lebih arif bab ni, sebab masa di sekolah dulu siap ada buat experimen lagi guna air liur ni. Hehe.
Beza Hukum Air Liur dan Air Liur Basi
Seperti yang saya katakan sebelum ini, terdapat perbezaan antara air liur dan air liur basi. Terima kasih kepada Ustaz Nor Amin kerana berkongsi di blognya:
Air Liur Basi:
Imam Syafie berpendapat bahawa air liur basi adalah air yang keluar secara langsung dari perut manusia dan air tersebut adalah najis. Bagi sesiapa yang keluar air liur basi hendaklah ia membasuhnya sehingga bersih seperti membersih najis mutawassitah.
Air Liur:
Air liur biasa bukan datang dari perut manusia dan lazimnya air liur biasa ini berwarna putih. Tidak perlu membasuh air liur tersebut jika ia terkena kepada pakaian. Tidak terbatal wuduk atau solat orang yang mempunyai air liur biasa.
Sumber: ustaznoramin.com, Gambar: emphower.com
anif
๐ Terima kasih kerana berkongsi info. Memang ada kekeliruan di situ. Sekarang semuanya sudah jelas.
mr_right
tanx for the info..
sangat berguna (:
FD
maksudnya peta lakar benua asia yang ada kat atas bantal budak2 hostel tuh najis la ye…. suka sgt budak2 tuh duk peluk bantal tuh mcm peluk ******
Affan Ruslan
tu lah ko suka sangat peluk bantal busuk kan? hehe
Kujie
Selama ini beranggapan air liur basi adalah datang dari air liur
anies hisham
lg 1…air liur x kasi peta kat bantal tp air liur basi.. ye.. ada peta ๐
Affan Ruslan
haha. betul, peta dunia ๐
crayon
hahahahaha.. dahsyat jugak research hang.. air liur basi kalau kat utara, stngah orang panggil ‘nira’ jugak.. masa sekolah dulu, air liur basi juga mampu mempercepatkan proses pereputan meja yang ada di dalam kelas.. sayangilah sekolah anda..
Affan Ruslan
fuhh. nira? hahah.
padan lah meja2 mereput, mungkin macam cakap hang lah, air liur basi haha
arrizz
waa nice info bro..baru kini ku tahu dua jenis air ini berbeda darjatnya..hehe
Johari Hamzah
sharing yang bagus.. ramai sebnarnya tak thu dan tak ambil tahu tentang benda ni sebenarnya.. ๐
adele
baguslah dah tahu perbezaan antara keduanya. ๐
air liur basi najis sbb ia berasal dr perut..
suri
heee.. ingat klu nak sarapan pgi apstikan mdi dan gogk ggi dulu =)
little daisy
oohhh…ingatkan sama. just yg basi tu bcoz kuar time tido… :p rupa2 nyer bkn eh..tmbh pengetahuan am nih
iza
Ia juga sebagai ubat pelali utk tidur.
Kalau tak cium bau bantal yang ada peta tu, mesti diorang ni susah nak tidur…
iza
@crayon
Hahahaha…
Patutla, meja dulu2 asyik reput je.
Skrg ni dah guna mena plastik kot…..
SARA TSALAFOUTAS
baru ku tahu.. ๐
kiranya air liur basi ni boleh membatalkan solat la
djambu
batal solat kalau kentut, berak, kencing, mazi dan mani.
ikut logik, nak keluar air liur basi mesti la tido lena. baru la air liur basi meleleh keluar. org tgh tido boleh solat ke?
bab najis bukan membatalkan solat, cuma solat tak sah. bukan nak kata solat tak sah, tapi kalo tido lena sampai keluar air liur basi, sah2 la tido baring, wuduk pun batal…
Rama2Ungu
baru tau..thanks for sharing
nadwa
oooo.. Thanks:)
namaakulynn
terlaike laa!
what to do..entri best sape suruh..hahah..
anyway,thank you thank you for sharing this..
oohhh..baru ku tauuuuuu..hee~
teratai
ohh baru tau, tq berkongsi info ini
tehr
ia berbau busuk kerana ia adalah najis
harap lepas ni cuci bersih2
sarung bantal pun cuci sekali
suri
nnti jerawat tumbuh…
akubiomed
Ohh tidak pernah tahu hal ini. Ingat kedua-duanya najis juga
Affan
Beza Air Liur dan Air Liur Basi http://kelantanbloggers.com/read/15259
Mohd Isa
terima kasih di atas info yang menarik ni bro…baru aku ketahui air liur basi merupakan najis. ๐
fendidahada
ler..lain rupanye..aku ingat air liur yang terbiar lama diluar mulut..keke…nice sharing bro
Thoha
wah terima kasih banyak2 atas info menarik ni..saya pun baru tahu mengenainya.. ๐
zik
air liur basi keluar kebiasaannya ketika sedang tidur… tanpa disedari..
dyla
serius x tahu..bahaya gak ni..kdg2 x pasan kot ada air liur basi..hehe..
suri
air liur akan melelh tika gigi anak bunak tumbuh heee..
basah baju setiap hari heee
chii
owh..x pernah tau pun..
info menarik..thanks yer..
syahrilhafiz
air liur basi ni pun kita dah tahu daru bau tu
memang jauh beza bau dari air liur..
btq nice entri
Nine
baru faham…time dalam kelas kalau tidor pun keluar air liur basi nih…sebab dulu selalu tido juga dalam kelas…hehe
Pejuang Kesenian Extreme
La,aku ingat air liur basi ni merupakan air liur yang lama terdedah..Tu yg jadi basi..hehe
Apapun terima kasih diatas perkongsian ni..Dapat info terbaru pada hari ni..
joev
baru tau..air liur basi adalah najis..thank bro
yoy
baru ku tau air liur dan air liur basi adalah berbeda..
PakarBuahPinggang
Betul tu bro.Hukum air liur basi itu najis kerana ianya datang dari dalam perut.Berbeza dengan air liur biasa ni yang hanya berkumpul di dalam mulut sahaja.Terima kasih dengan perkongsian ini.
ira
suke info ni.. bgussssss~~~~
ceritalawak
alamak..najis plak ek..kena berus gigi la kalau
bgun solat tgah malam hehehehe
djambu
@ ceritalawak,
sebenarnya nabi memang suruh bersugi tiap2 kali nak solat. bukan setakat solat malam je…;)
sara tsalafoutas
tima kaseh2x ats pembetulan tu..
in case kalo tak sedar ada air liur basi melekat kat pakaian masa solat..tak sah solat ye dak
titan
terlalu berbeza..
Teenagerhousemaid
nice info..
arha~
Nana
nice info ๐
nobitasensei
bagus betul info ni. thanks!
Awanitubiru
Info yang sangat berguna. Thanks bro.
Rie
aku pun baru tahu air liur basi tu najis
alangkah jahilnye..huhu
thanks a lot!
yas
Kirenye air liur basi tu tergolong dlm najis kecik la kot…
Pada yg slalu tido ngan mulut ternganga tu…
slalu/belajar2 ler katup2kan mulut tu yekk….hehehe
Affan Ruslan
heheh. kadang2 bukan orang boleh kawal, tidur mati agaknya hehe
missnina
bertambah ilmu. terima kasih kerana berkongsi
decrewz
Owh, patutlah bila tidor dlm masjid masjid x dibenarkan takut dikuatiri air liur basi.. ๐
Affan Ruslan
erk, mungkin gak kot.
tak pernah terfikir pulak. hehe.
ingatkan sebab takut bersepah2
decrewz
Sebab najis la tu.. Tapi sebelum ni x taulah pulak najis..hu3.. Thanks bro sebb sharing info nih..
wazy
Thanks untuk info ni bro
Fitrihadi
aku rasa air liur basi tu adalah air liur yang terdedah kepada udara..dan lama-lama dia menguning jadi busuk.. erkk.. tapi lepas baca entry ni rasa apa yang aku faham tu dah salah kot hehe
Affan Ruslan
hahahaha.
samalah aku, air liur basi = air liur yg expired hehe
aimannajmy
penah terbaca pagi lepas bangun tidow.. pastu terus minum air suam/kosong bersama air liur basi leh jadikan sebagai penawar beberapa penyakit..ntah betul ke idak tak pasti
shah
niceee!!! i like
Sir Marcello
ludah pun kira air liur gak kan? camna lah taraf ‘bersih’ ludah tue?
ini persoalan ya…bukan troll…hehhee
Affan Ruslan
hahaha. taktau!
seny
oo..bru tahu lepas nbe entry ni..trime kasih…:)
razif
perkongsian yang menarik.. tq.. ๐
Amirez
baru tau juga…ingatkan sama.
kata orang, tak nak bg air liur basi mengalir time tidur jangan minum air panas sebelum tidur. rasanya betul kot
mancai
huhuhu.. terima kasih info… sesapa tahu bagaimana pulak nak menghilangkan tabiat keluarnya air liur basi terutamanya bagi kanak2… biasalah kanak2 selalu aktif sangat…. kalau ada boleh bagi info tak?
mekar
Harus la kena cuci sarung bantal lepas ni. huhu
hafizmd
Ringkas tapi padat. Jelas apa itu air liur basi dan air liur tak basi…hehe
pssst…apa eksperimen masa sekolah yg guna air liur ek?
hollowgram
maklumat berguna. air liur basi jelas membatalkan wuduk kan. erm…bagaimana kalau terkena air liur basi orang lain.
dhia bellamizam
nice info..folow cni.lucky num 1802 ๐
MuJE
ok, this is nice. aku baru tahu..
thanks for this info! ๐
namaakusiti
terbaek info…arigato…..
Mohamad Fairosza
hehe tergelak sorang2 plak baca komen ni…hehe
chulyen
haa..kwn2..ni ada informasi bru..jgn pndang rndah kat air liur basi…tau x sbnrnya i liur basi mujarab utk sistem pncernaan tbuh mnsia. i liur basi yg diminum bsama i biasa ktk bgun awl pg adalah pnawar smula jdi pling mjarab dlm mbentuk kesihatan kte.Nabi Muhammad saw sndri mngmlkan mnum i kosong slps bgn pg..
Affan Ruslan
ada gak baca sikit2 pasal ni.
Dulu ada gak dengar pasal amalan minum air kosong lepas bangun tidur, tapi dgr2 tu amalan orang cina.
Taktau pulak Nabi Muhammad pun buat camtu. Apa2 pun, boleh lah saya cari2 info sikit pasal ni. Thanks
nur
ingatkan in scentific way..tapi at least i just know yang air liur basi tuh najis..thanks ya
ohcikgu
info yang menarik. tak tahu plak benda ni..
yana halim
thanx dgn info nie….sgt membantu.
ahmad
macam mana menentukan air liur basi yang keluar dari perut tu/ada kah air liur keluar semasa tidur tu dinamakan air liur basi/kalau ia tolong buktikan
unknown
jadi kalau pakaian yang terkena air liur basi x boleh dibawa solat ?
Azwan
Assalamualaikum wbt. Apakah hukum air liur yang keluar ketika tidur dan ianya terkena pada baju. Adakah ia dianggap sebagai najis?
ย
Jawapan :
Waalaikumussalam. Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah swt. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Menjawab persoalan yang dikemukakan, asal bagi air liur yang keluar dari mulut seorang manusia adalah suci. Ini ย adalah berdasarkan firman Allah swt :
ููููููุฏู ููุฑููู ูููุง ุจูููู ุขุฏูู ู
Maksud : Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam.
(Surah al-Israโ :70)
Ia juga adalah berdasarkan hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a :
ุฅูููู ุงููู ูุคูู ููู ูุงู ููููุฌูุณู
Maksudnya :โ Sesungguhnya orang mukmin tidak bernajis.โ
Riwayat al-Bukhari (285) & Muslim (850)
Begitu juga peristiwa yang telah diceritakan oleh Saidatina Aisyah r.anha. Kata beliau
ููููุชู ุฃูุดูุฑูุจู ููุฃูููุง ุญูุงุฆูุถู ุซูู ูู ุฃูููุงูููููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููููุถูุนู ููุงูู ุนูููู ู ูููุถูุนู ููููู ููููุดูุฑูุจู
Maksudnya :โ Aku minum pada ketika itu aku datang haid. Kemudian aku bawakan bekas minuman tadi kepada Nabi saw lalu Baginda meletakkan mulutnya di tempat yang aku minum tadi lantas Baginda minum.โ
Riwayat Muslim (453)
Melalui ayat al-Quran dan hadis yang telah kami sebutkan maka dapat kita fahami apa sahaja yang keluar selain dari kemaluan adalah tidak bernajis sama ada air liur, peluh, daki dan lain-lain.
Berkenaan air liur yang keluar ketika tidur,para ulama menyatakan jika ianya dari mulut maka hukumnya suci. Jika ianya dari perut maka ia adalah najis.. Imam al-Nawawi menaqalkan daripada Imam Abu Muhammad al-Juwaini berkenaan perkara tersebut :
โAda di antara air itu yang keluar dari kawasan lahwat (anak tekak) maka ia adalah suci. Jika ia keluar mengalir daripada perut maka ia adalah najis secara ijmak. Dan caraย mengenalinya adalah melihat pada tanda dan kebiasaannya. Jika ia mengalir dari mulut sejak mula tidur dan basah serta terputus sepanjang dia tidur dan kering air tadi dari mulutnya dan dari tempat tidurnya maka ia adalah dari mulut. Manakala jika sepanjang dia tidur dia merasakan basah sentiasa maka ia dari perut.โ
Bagi mengelakkan was-was sama ada air liur yang keluar ketika tidur itu dari mulut atau perut, maka seeloknya dibasuh baju atau kawasan anggota yang terkena air liur tersebut sebagai langkah berhati-hati. Imam al-Nawawi menyatakan :
โPandangan yang dipilih adalah tidak perlu membasuh kawasan yang terkena air liur tersebut kecuali seseorang itu yakin bahawa air yang keluar itu adalah dari perut. Jika dia was-was tidak wajib membasuhnya dan harus membasuh sebagai langkah berhati-hatiโ
Beliau menyebut lagi :
โMaka secara jelas air liur yang keluar dari mulut ketika tidur adalah di antara najis yang dimaafkan (jika ianya sering terjadi) dan ia sama seperti darah nyamuk, baki kencing yang tidak lawas , darah istihadah dan lain-lain najis yang dimaafkan kerana ada masyaqqah.โ
Rujuk al-Majmuโ Syarh al-Muhazzab (2/570-571)
Kesimpulannya, air liur yang keluar ketika tidur adalah najis .Ia adalah antara najis yang dimaafkan jika sering terjadi. Namun begitu jika tidak yakin sama ada air tersebut keluar dari mulut atau perut maka seeloknya dibasuh baju atau pakaian yang terkena air liur tersebut sebagai langkah berhati-hati.
Wallahuโalam
Insan lemah
1) Jika bangun dari tidur dan tiada air liur basi keluar dari mulut. Kemudian kumur kumur tanpa gosok gigi. Ada kemungkinan kah air liur di dalam mulut itu ada sisa air liur basi? Kerana ketika solat, mulut sering rasa manis dan kdg2 masin walaupon tidak makan. Sewaktu solat, ludah air liur yang rasa manis itu dan air liur itu terkena pada pakaian solat.
2) Walaupon sudah gosok gigi, kumur kumur, minum air masak, masih rasa manis. Adakah kerana ada gigi berlubang air liur rasa manis? Solat jadi tidak kusyuk kerana asyik meludah untuk membuang air liur yang rasa manis tu. Rasa manis itu bkn setiap masa dalam solat, kdg2 shj dan cuma rasa sedikit manis. Tapi almost setiap waktu solat. Rasa manis itu ada terasa walaupon tidak makan (juga dalam bulan puasa). Adakah ianya waswas kerana terlalu memikirkan? Takot solat tak sah kalau telan air liur yang rasa manis.
Adam
Adakah air dari perut tu hanya keluar ketika kita tidur baring?
Macam mana pula kalau air liur itu keluar ketika kita tidur secara duduk menegak?
Adakah ia dikira air liur basi yang najis?
Minta penjelasan, terima kasih