Alhamdulillah pada awal bulan September yang lalu, saya dan rakan-rakan dah berpindah ke rumah baru. Termasuk yang ini, dah 3 rumah lah semenjak daripada 1st year di Kanada ni. Haha.
Kalau diikutkan, memang rumah ni yang terbaik setakat ni, nampak macam rumah baru dari dalam dan luar.
Rumah ini mempunyai 5 bilik. Tapi kami hanya berempat, sebuah bilik lagi disewa oleh “mat salleh”. Nasib baiklah orang tu bukan tipikal mat salleh yang minum arak dan selalu bawa balik girlfriend dalam rumah.
Haish, bila lah ye nak beli rumah sendiri pulak ni? Hehe.
Housewarming ‘Party’
Hari Sabtu baru-baru ini, ada buat jamuan makan kecil-kecilan, atau dalam bahasa orang putih, Housewarming Party. Jemput kawan-kawan-kawan yang tinggal berdekatan. Kebetulan pada hari tersebut, kawan-kawan daripada Toronto pun ada datang (ada program lain), jadi kami pun jemput sekali datang makan pada malam tersebut.
A housewarming party is a party held within approximately 90 days of moving into a new residence. It is an occasion for the hosts to present their new home to their friends. (Sumber: Wikipedia)
Oh ye, vlogger Aiman Azlan pun turut sama datang. Dia belajar di University of Toronto kampus Missisauga, hanya kira-kira 45 minit sahaja dari McMaster University.
Man
Orang kita lebih suka guna tangan kalau basuh pinggan. Baru puas tengok kebersihanya. =)
Affan Ruslan
Kitorang basuh pakai tangan juga. Selalu tempat dishwasher tu jadi tempat letak pinggan/cawan/sudu/garfu yang dah dibasuh je. Haha
muazfaris
weyyy, apesal ada mat salleh tu.. bahaya tu.. hhaa
Affan Ruslan
Hahaha. Ok je die, selalu dinner dengan kitorang.
lynn
Macam best je. Comel gileee rumah. Haha.
Ps,buat party tu,awak masak kewww? Hikhik
Affan Ruslan
Tengok orang die lah. Haha.
EHEM. Haritu dapur penuh. Saya tolong rebus telur je untuk nasi lemak. Haha.
lynn
Hahahaha! Tergelak bebetul. Pomboley la tolong rebus telur. *sambung gelak*
Affan Ruslan
Kalau semua nak masak, sape nak rebus telur? Nampak tak peranan penting tu? Haha
iqbalhakimi
pandainya affan rebus telur.. ^^
Denaihati
simple tapi cantik design rumah kat sini. best rumah mat salleh ni sbb garajnya tertutup.
masuk rumah baru nak kena baca yassin…
Affan Ruslan
Mesti kena tutup, kat sini kan ada musim sejuk 🙂
Sobri Mansor
Betul tu @denaihati. Makin sejuk rumah dari luar dan dalam.
koongsi
Affan, nak request gambar bilik boleh? hahaha
Affan Ruslan
Haritu terfikir gak nak letak, tapi masa nak tulis artikel ni tadi bilik belum kemas. So, aku malas. Haha
Jawatan Kosong Kerajaan
Cantik pemandangan nya.
iqbalhakimi
senang r lepas ni aku nak g melancong tido rumah hang je..haha..tapi mana gambar ko? xde dalam tu pun..
Affan Ruslan
😉
shraqs
Aku sensitif bila sebut dishwasher tu. Orang rumah aku mintak beli benda tulah, padahal kat rumah ni jarang2 je masak. 🙂
Affan Ruslan
Haha, Kat M’sia dulu tak pernah nampak orang guna. Kat sini hampir setiap rumah ada. Tapi kitorang bukan reti pun nak guna 😆
Hairul Azni
Memang diakui rumah ni nampak cantik dan selesa..mana satu Encik Aiman Azlan ye?
Affan Ruslan
Dekat dengan pintu, pakai baju kemeja 🙂
Naziman Blogger Malaysia
Simple ja tapi lawa. Ruang tamu dia panjang tau. Kalau nak main bola boleh lagi kot. hehe
Amirez
cantik rumah. dalam pun nampak selesa
arrizz
5 bilik? perghh tengok gambar depan rumah tak nampak macam ada 5 bilik..magic?haha
kakak manis
eh..eh…kat over the sea..wahhh..
mula la akak nik jakun nih…
cantik la umah..
first time akak ke blog nih..
nak kena usha lagi la nih..
ada lagi ke gmbr kat luar negara..
hehe..
Hafizul
Hehehe..memang menarik design luaran rumah tu..suka sebab nmpk ceria..wahhh party meraikan rumah baru yer..haha..best kan berkumpul ramai2 di perantauan..
iAwani
hmm.. idea menggunakan dishwaer seakan idea yang baik. Sekarang ni saya dan isteri tak banyak pinggan mangkuk. Baik beli awal-awal mesin dishwasher tu untuk kegunaan masa akan datang bila berpindah ke rumah kami sendiri. Sekarang masih menetap di rumah kluarga.
Izwanyusof
perasaan aku setelah tengok gambar rumah ni.
rasa nak menetap kat sana. satu hari nanti. hik3
titan
mana satu ko nih. haha..
cidutciput
jauh panggang dari api dengan rumah kat egypt.. untunglaaa 🙂
akubiomed
Cantik rumah sewa bro. Seronok dapat berjumpa pelajar-pelajar Malaysia lain yang turut belajar di bumi Kanada. Tidak dinafikan hubungan persaudaraan lebih kukuh ketika diluar negara mana tidaknya bukan ramai pun komuniti Malaysia diluar negara.
ciknor
hujan emas di negeri orang…
tapi rumah tu memang lawo
raihana
wah, cumilnya rumah, nampak dr luar kecik tp ada 5 bilik jugak..=)
fatin
cantik sgt umah tu! jeles ah ngn student oversea nih..-.-“