Bermulalah Semester Baru Pengajian Kejuruteraan Kimia

Salam sejahtera kepada semua pembaca hehe. Nampaknya blog ni dah lama tak dikemaskini, entry terakhir sebelum ni Seni Ambigram Sempena Aidilfitri pun ditulis kira-kira seminggu sebelum raya. Sekarang ni dah nak habis raya, baru ada masa sikit nak update blog. Lebih kurang sebulan jugaklah blog tak dikemaskini dengan entry terbaru. Agak sibuk kebelakangan ini dengan beberapa perkara dan masalah peribadi, jadi perlukan sedikit ruang.

 

Sesi pengajian di Kanada untuk semester baru bermula pada musim luruh (fall) dan musim sejuk. Jadi sekarang ni saya baru je dua minggu mula belajar setelah cuti musim panas selama kira-kira 4 bulan. Bila dah start kelas ni rasa macam sekejap je cuti 4 bulan tu berlalu hehe. Apa-apa pun, lepas sebulan dah tak update, memang terdapat penurunan yang ketara dari segi trafik dan ranking alexa blog ni dah jatuh ke 71k (semasa entry ini ditulis). Blog tak update, sapa nak baca, ye tak?

 

Kejuruteraan Kimia

Bagi pembaca yang belum tau, saya masih belajar. kikiki. Sekarang ni di tahun 3 kejuruteraan Kimia. Jadi seperti dijangka subjek-subjek yang diambil lebih mencabar dari subjek yang diambil pada tahun 2 pengajian. Untuk semester ini sahaja, ada 5 subjek yang perlu diambil.

  • 3 subjek Chemical Eng
  • 1 subjek Civil Engineering
  • 1 Subjek elektif – Geografi :D

Jadual kelas? Alhamdulillah, tak berapa padat. Tapi ada kelas malam selama tiga jam, tu yang kurang menarik tu haha.

 

Class Timetable

 

Hidup seorang blogger

Alhamdulillah blog dapat dikemaskini seperti biasa. InsyaALLAh lepas ini saya akan cuba update seperti biasa, kira-kira 2 hingga 3 entry je seminggu, itu je yang termampu. Apa-apa pun, kalau ada sebarang pertanyaan berkaitan dunia blog, saya sudi bantu. Kalau ada pertanyaan tentang wordpress, SEO, tips blogging dan sebagainya yang berkaitan boleh la hubungi saya. Kalau yang mana mampu saya tolong, kalau tak mampu tu harap maaf ye. Pengetahuan manusia adalah terhad, sesungguhnya Allah SWT je yang Maha Mengetahui.

  1. Twitter @affanruslan
  2. Profil Facebook
  3. Facebook Page : Critical Angle
  4. Email

p/s: maaf kepada rakan-rakan blogger kerana jarang menziarah dan meninggalkan komen di blog kalian

Komen Pembaca

  1. aku punya jadual untuk sem ni pihak fakulti sediakan. biasalah budak dgree baru, tak tau pape haha. start sem depan baru kena buat sendiri. tapi leceh kena amik kokorikulum. kena kawad la pulak hadoi

  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri,
    Selamat menempuh sessi pengajian yg baru.
    Semoga lebih bersemangat dan berazam utk menempuh kehidupan ke fasa selepas Ramadhan. Moga2 segala amalan baik dpt diteruskan sepanjang masa. InsyaAllah.

  3. “p/s: maaf kepada rakan-rakan blogger kerana jarang menziarah dan meninggalkan komen di blog kalian” <—– ayatretis.

    #retis dah update belog! haha
    ur punya schedule tak pack sgt pon.. tapi kelas malam 3 jam tu memang OHSEM laaaa.. selamatttt lah ye encik apannn. :P
    *goodluck study!*

  4. Salam.. lama juga aku tak jenguk sini affan.. :D
    ko ambek chemical engineering ek.. sama la kte.. :D
    tpi aku dkt malaysia jew la..

    p/s: tak lewat lagi kan nak ucapkan.. selamat hari raya. :D

    • Lol. Sebab tu aku malas belajar programming, kalau tak lama dah aku belajar programming. Bak kata LinuxMalaya, nak jadi hackers kena pandai programming. Aku tak pandai programming, camne nak jadi hackers ni

      :lol:

Komen Anda

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.