Beberapa minggu lepas, saya ada terbaca sebuah entry menarik dari Ustaz Ikhram AlMukminun yang bertajuk Berhadapan dengan Pujian. Tak sangka ye, Imam Imam Al-Ghazali, salah seorang ulamak terkenal yang bermazhab Syafie’ telah pun menggariskan 6 keburukan pujian. Rupanya pujian juga ada keburukan ye.
kredit: thekidswindow
* * *
Peminat 1: Weh, mantap lah blog hang ni syah.
Syahrilhafiz: Alhamdulillah. Biasa-biasa je tu. Hehe
Peminat 2: Rajin ko update blog ye. Banyak masa ko.
Syahrilhafiz: Kalau ada masa aku update lah. Aku pun bukan rajin sangat pun.
* * *
Watak takde kena mengena sama ada yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Hehe. Pernah tak berhadapan dengan orang macam ni? Sikit-sikit nak puji orang. Kadang-kadang risau jugak, takut jadi bangga dengan diri sendiri. Tapi ada juga orang yang mahu dirinya dipuji, sikit-sikit nak dirinya dipuji, takpun dia akan puji diri sendiri. Berikut merupakan keburukan pujian terhadap orang yang memberi pujian dan orang yang mendapat pujian.
.
Keburukan terhadap orang yang memberi pujian:
- Pembohongan: Berlebih-lebihan dalam memuji sehingga mengatakan sesuatu yang tidak ada, yakni menipu.
- Munafik: Orang yang memuji kadangkala menampakkan rasa senang secara lahir padahal dalam hatinya tidak, sehingga dia menjadi munafik, natijah bersikap kepura-puraaan.
- Mengatakan sesuatu yang tidak ada kenyataannya sehingga dia membicarakan dengan omongan kosong, misalnya dia mengatakan bahawa orang yang dipuji itu adil, wara’ dan sebagainya, sedangkan realitinya tidak.
- Pujian yang diberikan berjaya membuatkan orang yang dipuji berasa senang, padahal orang itu adalah orang zalim, sehingga dia semakin zalim kerana pujian itu.
.
Keburukan terhadap orang yang menerima pujian.
- Menimbulak kesombongan dan bangga diri : Pujian boleh menimbulkan kesombongan atau kebanggaan pada diri yang dipuji, sedangkan kesombongan dan kebanggaan akan membinasakan diri sendiri.
- Lupa diri: Orang yang dipuji akan merasa senang dengan pujian itu sehingga dia berhenti beramal, kerana merasa sudah cukup baik dan puas dengan apa yang ada pada dirinya.
Syeikh Hamza Yusof dan Habib Ali-Al Jufri, via muxlim.com
.
Berhadapan dengan pujian
Terdapat sebuah doa yang dibaca oleh sahabat Nabi Sallallahu’alaihi wasallam, Saidina Ali Radiallahuanh:
‘Ya Allah,ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui dan jangan hukum aku atas apa yang mereka katakan dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan kepadaku’.
Memuji dilarang jika kita tidak tahu orang yang dipuji atau kita tahu bahawa orang yang dipuji itu adalah orang zalim namun kita tetap memujinya. Sebaliknya, jika kita faham orang yang dipuji tidak akan bangga diri kerana kealimannya, boleh-boleh sahaja kita memujinya bahkan mampu pula menjadi sunnah yang dapat diganjarkan pahala oleh Allah SWT.
.
*Artikel penuh blog baca di blog Ustaz Ikhram Al-Mukminun. Artikel di atas telah diringkaskan dan sebahagiannya telah di copy-paste serta susun atur ayat serta ada yang diubah sedikit.
suffer8zine
nice entri bro! LIKE
Terkini : Contoh Gurauan ‘Manja’
Affan Ruslan
sila tekan butang LIKE kat atas tu kalau nak like. haha
anif
Sentiasa merendah diri..
Affan Ruslan
InsyaALLAH, tu yg terbaik
syahrilhafiz
erm itu la aku malas gak..
asal ko tak taruk…entri ni tiada kena mengena dengan sesiapa..
ianya bersifat open source..hehe
nice weh..=)
Affan Ruslan
hahah. erk, buka ko lah. haha
syahrilhafiz
aku taw..haha..<—wekk..
etomyam
setuju dengan ulasan ni, aku tak pernah ambik pot dengan apa sahaja pujian, pasal dalam dunia realiti esp dunia pekerjaan sudah banyak lalui kes2 puji tak bertempat ni..alamak panjang la pulak
Affan Ruslan
haha. takpe panjang2.
lagi2 kalau yg dok bodek2 bos tu. kadang2 takde lah bgs mana pun, puji nak lebih je. hehe.
*takde pengalaman, pengalaman dari drama2 melayu je kot 😀
zik
puji2 lebih boleh datang satu sifat kepada yang selalu dapat pujian…. takbur.. so beringatlah… kalau kena caci pulak…sabar2..
Affan Ruslan
betul tu bro zik.
kalau dah puji keterlaluan, kang tak sedar diri pulak
dnoBiz
betul tu tapi yang penting orang yang dipuji tu, kalau yang jenis mudah perasan habih la
Affan Ruslan
betul, sebab tu tak digalakkan. kecuali pada org alim.
sbb kita blh agak diorg takkan lupa diri (InsyaALLAH)
mizzapple
kdng2 org yg memuji 2 pn xikhlas.
Affan Ruslan
biasalah. ada nia lain agaknya nak puji tu.
Hadi Rofiee
Kadang2 pujian boleh menipu diri kita sendiri & kadang2 ia juga boleh menaikkan semangat diri. Hmm.. 🙂
Affan Ruslan
sekadar keperluan je lah kan 😀
Hadi Rofiee
Yup. 🙂
one2paii
bai..lu puji la gua cantik..gua xkan kate ape kat luh..gua anggap pujian ituh berasaas..gua anggap lu bihjak menilai gua..haha..
Affan Ruslan
hahaha.
macam siot.
zool
pandai2 la kita mengawalnya. kalau asik kena kutuk je sakit gak kan,
sesekali kena puji tak salah rasanya
Affan Ruslan
huhu.
takde lah sampai asyik kena kutuk je.
hehe.
pujian sekadar keperluan 😀
intankuterpilih
tak suka kalau ada org puji2 aku…rasa macam org tu menipu je dlm pujian dia..sekadar nak jaga hati aku je kot…hakikatnya…
Affan Ruslan
huhu. mmg ada org mcmtu.
hipokrit.
intankuterpilih
kalau in real, kita boleh agak pujian tu sekadar pujian sinis atau sebaliknya hanya dgn tgk air muka, tp kalau di alam maya ni, agak sukar…
Cik Norfa
kekadang kita puji sbb takmo org tu kecik hati…kire menipu jgk kan.
tp tu la..pujian yg menipu tu pun kena la pada kadar dan tempatnya kan..
entry yg bagus. =)
Jom Join contest :
Contest : Ulangtahun Sekilass.com yang pertama!
Affan Ruslan
sekadar keperluan jelah pujian 😀
swagger
huh,”nice blog”..ni bkn pujian ekk..hehe
tgh tnggu entry trbru Affan “brhdpan dgn kutukan dan keburukan kutukan”.. jokes 😛
Affan Ruslan
hahaha. adoi.
Affan
Update! Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan Pujian http://goo.gl/fb/XvyWH
meysha
segala yg berlebihan mmg tak baik…
puji sj sekedarnya yg sesuai dgn kenyataan..
seperti ” post affan yg ini oke dan bermanfaat…’
selamat….
ada buruknya ke? 🙂
Affan Ruslan
Hehe.
Tak kot.
Betul, sekadar keperluan. Entry ni pun saya share dari org lain. Moga die dapat pahala hasil perkongsian ini
Izulman
RT @affanruslan: Update! Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan Pujian http://goo.gl/fb/XvyWH
Rose Nazihah
RT @affanruslan: Update! Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan Pujian http://goo.gl/fb/XvyWH
tengkorak emas
Like bro, tapi takde fb pula :p
pujian yg bermutu sekiranya org yg dipuji terus memandang pemberi nikmat dan memulangkan pujian kepadaNya,
ketagihan pujian memang akan membinasakan, ada satu kisah dalam buku ‘U-turn ke jalan lurus’ tentang kura-kura yang dibawa terbang 2 ekor itik dengan hanya menggigit sebatang ranting,
kerana terlalu bangga dgn pujian, kura-kura mahu mengatakan sesuatu lalu membuka mulutnya dan terlepas dari ranting dan jatuh ke bawah
Affan Ruslan
Takpe bro.
Macam pernah dgr nama buku dah kisah ni.
Terima kasih berkongsi
dnoBiz
aku kalu yang puji tu aku tak ambil pot sanga tapi kalau yang kutuk tu memang penting pada aku, supaya senag aku nak perbaiki kelemahan yang ada
Ps: tapi bukan yang kutuk buta tuli la…, (mau cacat seumur hidup tu)
Affan Ruslan
huhu. betul, teguran yang membina itu perlu 😀
kalau cacian dah lain tu. he
Affan
Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan Pujian http://selangorbloggers.com/read/4596
nash
Alhamdulillah..sejak aku berblog nie,jarang aku menerima kritikan negatif….syukurlah..harap2 aku xriakkan diri n lupa diri…
dan bagi mereka yg bagi pujian,ikhlaslah bagi pujian tue…
pst- napa ip address aku xleh masuk dlm shoutbox ko,affan? isk3
latest entri:
Apa itu ‘Anak Ikan’ dan ‘Anak Ayam’??
Affan Ruslan
taktau. ip ko dah kena ban lah tu.
g reset router tu.
acapz
kne sentiasa humble kn diri. ehe. terima pujian jgn kmbng sngt. kng susah. ngee. nice entri bro 😀
Affan Ruslan
betul.
*abg ni hensem lah”
dah2, jangan nak kembang2 hidung pulak. hehe
acapz
hahaha. jap nk cek de kmbng x. ermm. bro. mmng dh kmbg. sedih T_T
hee. gurau jek. 😛
suri
halai..cam apa pula memuji ni..buat cara ikhlas puji jgn diharap kans bagus heee..
acapz kembang semangkuk ke?? tak kuasa nyah
naem
btul..kdg2 tkot trima pujian sbb risau nnti tmbul rsa riak..just anggp pujian sbgai kutukan n ktukan sbgai pujian..huhu..btw, nice sharing 🙂
Affan Ruslan
betul tu bro. kang amalan tak diterima
pawaka19
ada juga keburukan di sebalik pujian ni…nice info..
Affan Ruslan
betul, aku pun baru tau juga bro 😀
suri
bhwa klu kena puji karg nnti lupa diri camner huuu.. senyum dan bersederhana trma puian tu mungkin ok kot
tehr
semuanya kena ikhlas
kalau tidak, rosak habis
Affan Ruslan
ikhlas – rahsia dalam rahsia. malaikat pun tak tau
kami
kami sokong kalau tak ikhlas apa pun tak dapat..:)
Johari Hamzah
betol jugak kan… pas nie nak puji2 kena tengok betol2 la..:)
Affan Ruslan
hehe. betul bro. sekadar berpada2 je lah
suri
pujian harus dikwal..bahasa biarlah baik jangan seakan menyindir atau ada sebab di sebaliknya
azmil bahrin
#rt Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan Pujian http://bit.ly/cMZRDw
x-po
selalunya org yg suka puji ni sbb nk bodek je sbnrnya hehe
Affan Ruslan
haha. kalau dalam alam pekerjaan selalu dgr pasal org bodek2 ni.
tapi aku takde pengalaman lagi
abu luqman
salam,ziarah pagi sini…….di pagi subuh yang dingin
Affan Ruslan
Wa’alaikumsalam 😀
Affan
Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan Pujian http://kelantanbloggers.com/read/1924
Posh76
pujian ni ada pro & kontra & kdg2 buat kita lupa diri…
Affan Ruslan
betul aku pun baru tau, Imam Ghazali dah gariskan pun keburukan2 die.
Satu usaha yang terpuji 😀
hafizmd
menerima pujian atau kritikan..lumrah hidup..dan apa yg imam ghazali gariskan ni…lehla sama2 kita ambil jadi kayu ukur..
terima kasih bro kongsi artikel ni…
Affan Ruslan
sama2 bro. mmg pujian dan kritikan lumrah hidup. cuma kita lah kena pandai tangani perkara2 negatif
pN.rOs
nak puji boleh, tapi biar ikhlas,
nak bangga sebab terima pujian juga tak salah
tapi jangan riak…
insyaallah.
suri
setuju dgn sahabat pn.ros..
ingat dimana kita bermula dulu distulah asal kita yg sebenarnya..
Affan Ruslan
insyaALLAH, sekadar bersederhana 😀
darkbatman
ade pro n kontra dia bro.
xsume bende elok 2 elok n xsume bende x elok 2 xelok..
dnoBiz
betul tu,
semua bergantung pada kita
Affan Ruslan
jadi pandai2lah tanganinya
MR.Z
salam..
adeh.. model syahrilhafiz juga dibuat sebagai contoh. kah3..
btw memang pun.. ada bahaya juga.. kadang2 kita sedar tak sedar mungkin akan timbul rasa riak kan.. hope kita dijauhi la dari perkara tu ye affan 🙂
Affan Ruslan
Wa’alaikumsalam.
Betul, takut tak sedar je. huhu
syahrilhafiz ke tu? hhaaha
Kujie
kadang2 org memuji just to be nice
macam berbahasa basi…. kita yg terima ni pun kena lah ingat2 juga
sebab pujian tu ada 4 peringkat ( dulu2 ustazah ckp )
pujian Allah untuk diriNya
pujian Allah untuk makhlukNya
pujian makhluk untuk Allah
pujian makhluk untuk makhlukNya
kita yang bawah sekali…
Affan Ruslan
terima kasih kak jie untuk peringkat2 pujian tu. huhu
Hadi Rofiee
Menarik. Seorang rakan pernah menegur kami yang sering memujinya. 🙂
fendidahada
stuju….jangan lena diulik pujian..lama bongkak jadinye
Affan Ruslan
😀
zul
puji yang berupa perli pun banyak juga.. jangan cepat perasan la ye.. hihihi..
Affan Ruslan
ahhahaha. komen yg bgs.
betul, ada yg berupa perli, kang tak pasal2 terperasan lebih pulak kan.
Pejuang Kesenian Extreme
Yang memerli dalam bentuk pujian ni dah banyak jumpa..hi
Affan Ruslan
hehe. double meaning? hehe. macam pernah je nampak orang buat macam tu
Hadi Rofiee
Betul tu. Kadang2 kita boleh tahu. Hehe.
zul
memang kita boleh tahu pun, sebab kita biasa puji/perli kan?.. Statement ‘nice comment’ pun belom tentu maksud tu dia puji kita kan?…
Hadi Rofiee
Yup, setuju sekali. 🙂
akubiomed
Kalau dipuji melambung boleh sampai lupa diri sangat bahaya.
Affan Ruslan
betul, jadi kalau ada org yang kita tau cepat berasa bangga bila dipuji, tak perlu lah puji die sgt. huhu
Hadi Rofiee
Teapt sekali. 🙂
samanosuke_04
adab simple yang ustaz aku ajar.
1. nak puji jangan puji depan2, tapi bagitau kebaikan tue kat orang lain (bgtau belakang).
2. nak tegur, tegur laa depan2.. supaya tak malu orang yang ditegur tue, jangan mengumpat plak..
Affan Ruslan
wah. thanks bro. ilmu lagi tu.
betul, cerita kebaikan org yang hendak dipuji tu kat org lain pun cukup bagus
TheSharkox
Ada sesetengah manusia, memuji orang supaya orang memuji dia…bosam
Affan Ruslan
haha. hipokrit.
catzer
aku paling takutkan pujian kerana aku takut nanti aku perasan bagus..so bile orang puji aku akan cepat2 tukar topik 🙂
Affan Ruslan
satu strategi yang bagus. aku pun macam pernah buat macam tu
adamfaiz
Aku pun same..aku nampak pujian sebagai sesuatu yang menakutkan kerana aku tahu aku ni manusia yang banyak kelemahan…
Affan Ruslan
samalah bro, aku pun manusia yang lemah
suri
sedikit sebanyak ia dapat menginsafi kita..
klu nak puji biarlah ada asas yang kukuh..
kalau ada pujian yg bagi semangat ok juga 🙂
Affan Ruslan
betul, kadang2 sedikit pujian menaikkan semangat.
tapi jangan sampai naik riak pula ye. hehe
Mohd Hafiz محمد حافظ
sama2 kta renung kembali….lihatlah dgn mata hati..agar kalian mengerti… salam ukhuwah…
Affan Ruslan
Salam ukhuwah hafiz 😀
hanz
affan ramai orang puji x iklas talam dua muka lagi ramai : nice entry bro, suke hanz baca
Affan Ruslan
terima kasih bro. entry terbaru bro pun bagus 😀
syafi
nice entry 🙂
fndrocka
Selalunya aku anggap pujian tu sebagai joke
Affan Ruslan
haha. nice idea gak tu.
rockinsudu
puji yg melebih2 tu bodek. hehe
Affan Ruslan
hahaha. betul tu bro, selalunya macam tu lah. ada udang di sebalik mee
Tuan Jo Qusary Yg Teramat Stylo
aku suka pujian walaupun aku tak mudah termakan pujian… hehehe
Affan Ruslan
kalau macam tu bagus lah bro, kerana ujian itu boleh dijadikan pendorong dan semangat
azizan4444
mungkin sebab tu jgk la aku payah nak puji orang…bila2 btol2 bagus br puji..kot2 jd mcm ko tulis tu la..wahaha..
Affan Ruslan
hahaha. bagus gak tu bro, bila nak puji biar ikhlas betul baru puji
Fitrihadi
puji sekadar cukup rasa sudah..lebih2 kang tambah dosa lak, kan?
Affan Ruslan
betul bro, tambah dosa sebab menipu
Faisal
mmm..semua isu-isu yg dibincangkan disini sgt menarik utk dibawah..well done=)
Affan Ruslan
terima kasih bro
KM7
tahniah.
sila emailkan alamat anda
mghazali7@gmail.com
Affan Ruslan
ok baru email bro. maaf kerana lambat
Pejuang Kesenian Extreme
Kalau memuji biar ikhlas..
dnoBiz
ramai yang puji kerana bersebab,
“puji ada makna tu……”
RedBoys
betul tu.. srkg ramai yg puji tak ikhlas.. hurmm.. semuanya ada makna di sebalik pujian itu..
Affan Ruslan
hehe. ada makna tu, jangan puji bos nak naik gaji pulak ye bro. hehe
kulanz
orang lebih senang dipuji daripada dikeji.. tapi kalau puji pun biarlah ikhlas, kan?
suri
betul2 pasti orang yang menerima tu akan senang hati hee..
Affan Ruslan
betul bro, rasanya takde orang yang suka sentiasa dikeji, tapi puji tu biarlah berpada-pada
syak-kikilalah
memuji biar kena waktunya la kan . terima kasih informasi nie . sangat berguna
Affan Ruslan
Betul. Sama-sama, ni saya ambil dari seorang ustaz, saja berkongsi dengan pembaca lain
Nine
ada manusia boleh jatuh dengan 1 pujian..ada manusia boleh bangkit dengan 1000 cacian..renung2kan…
hehe nih aku amik dari al kuliyahh tak silap 🙂
RedBoys
wah.. baguslah bro ni.. bnyk ilmu.. hehe
Affan Ruslan
baguslah, ada ilmu baguslah kongsi dengan orang lain. jangan kedekut ilmu sudah hehe
Affan Ruslan
wow, thanks bro, input yang berguna
fitri
kalau asik memuji je memanjang tau da yang die tu mengampu…hehe..
moga Allah lindungi kita daripada pujian berlebihan…
RedBoys
betul tu.. tak ikhlas.. tak elok mcm tu..
Affan Ruslan
InsyaALLAH ikhlaskan diri 😀
Affan Ruslan
betul bro, takkan tiap-tiap hari asyik nak puji kita je kan. mesti ada sebab tu. hehe
InsyaALLAH
secantikmanis
kadang-kadang tak tahu seseorang itu memuji ikhlas atau tidak,,tetapi yang pasti menerima dengan ikhlas
Affan Ruslan
menerima mestilah kena ikhlas 😀
Fuziani JSR
Terimalah pujian sebagai satu pendorong untuk menjadi lebih baik….
Affan Ruslan
betul, asalkan jangan lupa diri
ProfHariz
SubhanaAllah.. Kena berjaga-jaga nie >.<
Affan Ruslan
InsyaALLAH bro, sama-sama jaga
Faarihin
paling risau bab puji memuji ni.. bahaya2…
Affan Ruslan
bahaya takut lupa diri. kalau boleh elakkan daripada orang lain memuji kita secara keterlaluan
Sir Marcello
nice entry…memuji yang ada keburukan juga dikenali sebagai…mengipas orang lain~
Affan Ruslan
haha. betul, mengipas.
suri
puji pada kebaikan dan jadikan ia sebagai motivasi..jgn suka mengkeji kelak khdupan kita takan kemana-mana..
Affan Ruslan
betul, mengkeji sgt pun tidak elok, takut nanti asyik nampak keburukan orang je, keburukan sendiri tak nampak
Faris Al-Muhandisu
Puji biar ikhlas,
Jangan sampai terbang melayang,
lalu lupa daratan
Affan Ruslan
betul bro, jangan puji sebab nak membodek, memang menipu namanya tu
mankuchai
Kalau baik saya kata baik dan puji,kalau buruk saya berdiam diri sahaja…sebab tak semua org suka dikritik kan 🙂
Affan Ruslan
haah. kalau kiritik pun ada adab die bro 😀
mahfudzah
saya kalau orang puji malu2 tapi mahu lagi dipuji.haha..senyum dan ucapan terime kasih jangan lupe!: D
missnina
betul tu, kadang2 serba salah bila orang puji.
sudahnya..senyum je (agak kelat 🙂 itu)
diden
emmm.. btul tu
wan
Wah, hebat ar bro. Apa-apa pun memang ada keburukan dalam memuji ni. Ada pepatah mengatakan, “jangan hidup dengan pujian orang, jangan mati dengan kutukan orang”. Anggap la bonus kalau kita mendapat pujian. Yang penting hati ikhlas…
Panduan Buah Pinggang Sihat
Nabi juga pernah memuji sahabatnya iaitu Umar dan Abu Bakar.Pada Umar dikatakan oleh Nabi sekiranya ada Nabi selepas baginda maka Umarlah orangnya.Dan kepada Abu Bakar dikatakan pula kalaulah ditimbang iman seluruh manusia dan iman Abu Bakar,maka berat lagi iman Abu Bakar.
Nabi memuji dua sahabatnya ini kerana baginda tahu bahawa pujian itu tidak akan mendatangkan bahaya pada keduanya.Dan pujian Nabi itu juga adalah atas dasar realiti,bukan pujian yang diada-adakan.
Pendek kata pujian itu dibolehkan tapi biarlah kena caranya dan mengikut landasan Islam.
Izwan
memang takut bila dipuji..
bila dilayan pujian tu boleh buat kita leka.. macam dah perfect je padahal semakin kita rasa diri kita sempurna, semakin byk kebodohan yg dilakukan nnti.. hati, nak menjaga hati kadang2 tak terjaga..
teratai
jgn puji lebih2, berpada2 ajelah puji!
kerja kosong
kekeke.. kalau terima pujian berlebih, mestilah diri berasa ada tanggung jawab lebih besar.
adele
imam ghazali juga menyatakan jangan sesekali puji anak-anak kalau mereka banyak makan sebaliknya pujilah mereka jika makan sedikit kerana dari situ kita mengajar mereka untuk bersederhana di dunia fana ini…
dayana
hee tq 🙂
afifaa.
thanks for sharing.
kadang-kadang bila dipuji selalu je bimbang. takut bangga diri. huuhu.
Ali ridha
buat biasa jika ada orang
puji kita.
Affan
Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan Pujian http://bit.ly/cMZRDw
Affan
RT @affanruslan Berhadapan dengan Pujian dan Keburukan Pujian http://bit.ly/cMZRDw
kimmie
puji – puji kadang2 perlu untuk memberi semangat, tapi kalau berlebihan lain pulak jadinya.
luqeem
just be humble bila orang puji. 😀