Lama betul tak update blog ni kan. Jadi blogger ini pilihan, nak tulis atau tak pun pilihan, takde siapa yang paksa. Rasa kali terakhir mengemaskini artikel di blog ini pun kira-kira 2 minggu lepas. Selamat blog ni tak ramai orang baca, jadi takdelah risau sangat kalau tak update blog π
Peperiksaaan Akhir Semester dan Projek
Jadi blogger dan pelajar pada masa yang sama bukan senang. Terpaksa bahagi masa. Ada blogger yang mudah update blog, dalam 10 minit dah siap satu entry. Tapi saya bukan camtu, paling kurang 30 minit, tapi selalunya lebih 1 jam baru siap satu entry. Jadi bila kesibukan dengan projek/assignment/test/exam, kena fikir 2 3 kali jugak bila nak update entry baru. Tapi selalunya memang tak update lah hehe.
Bila dah upper level ni, memang banyak projek. Untuk subjek kejuruteraan Kimia je ada 3 projek (untuk 3 subjek berlainan), ditambah satu projek untuk subjek elektif.
Wootmedia dan Busuk.org
Sedar tak sedar, hampir setahun juga Wootmedia dan Busuk.org ditubuhkan. Dua-duanya masih belum kukuh dah belum memuaskan. Lately saya selalu fikir projek baru untuk Wootmedia dan Busuk.org. Harap-harap apa yang dirancang terlaksana.
Projek Baru
Selain itu, saya juga sibuk mencari sumber/ilham/resources untuk memulakan projek baru berkaitan blog/sosial media. Rasanya dah sebulan gak lah. Mungkin nak try blog niche pula, dan sudah semestinya blog dalam bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, blog ini akan kekal macam biasa walaupun lama-lama makin merudum sebab tak update π
Sebenarnya ada beberapa sebab nak memulakan blog baru, antaranya:
- Manfaatkan ilmu. Saya gemar belajar dan membaca artikel mengenari SEO, tapi kadang-kadang rasa rugi kalau tak praktikkan. Memandangkan blog ni pun blog personal, kadang-kadang je lah nak aplikasikan SEO. Takkan nak tulis artikel ala-ala Kosmo? π . Tak berbaloi nak nak campurkan artikel-artikel peribadi dengan isu-isu semasa semata-mata kerana hendak mengaplikasikan SEO π Jadi rasanya lebih baik buat blog niche, barulah dapat aplikasikan semua teknik SEO dengan baik.
- Minat. Bila dah lebih 2 tahun berblogging, kita seharusnya tau minat dan kecenderungan kita dalam dunia blogging. Nak memulakan blog niche bukan senang, perlukan minat yang mendalam terhadap sesuatu topik, barulah mudah nak update artikel selalu. Haha.
- Buat duit. Memang tak dapat dinafikan, bila dah lama berblog, antara satu benda yang saya rasa paling rugi adalah tak menjana duit dari blog. Nak tulis suka-suka kerana minat tak salah, tapi sampai bila? Sekurang-kurangnya buatlah duit dari blog. Bagi saya, kalau serius, better try blog niche. Lagi baik, blog dalam bahasa Inggeris. Sebabnya, pembaca untuk blog berbahasa Inggeris lagi ramai dan tidak terbatas.
Final Exam dan Cuti Summer
7 April ni hari pertama final exam. Semester ni ambil 5 subjek, tapi satu subjek takde final exam. Jadi, 4 je lah. Alhamdulillah jadual tahun ni sangat best, ada gap beberapa hari untuk 3 subjek killer dalam kejuruteraan Kimia. Harap mempunyai masa yang secukupnya untuk study.
Lepas exam, maka bermulalah cuti summer 4 bulan. Tahun ni takde perancangan nak balik bercuti kat Malaysia, ambil beberapa subjek elektif dan cuba merealisasikan beberapa projek baru yang telah dirancang π Rasanya takde masalah kalau tak balik pun sebab banyak perkara yang telah dirancang untuk dilakukan.
Lama tak menulis, sekali tulis panjang pulak. Ok lah, kena fokus untuk final exam. Selamat tinggal dunia blog, kalau ada rezeki jumpa lagi bulan Mei nanti. Hahaha.
izwannizam
selamat berfinal exam.lama lagilah dapat jumpa abg kacak π
Affan Ruslan
Abang kacak? My pleasure. Kahkahkah π
nurmisnan
Betul tuh.. ambil kesempatan dari apa yang kita boleh dapat
dgn berblogging seperti jana wang. Rugi jika membuang masa
begitu saja..
Lama ke bercuti??
Affan Ruslan
Haha betul tu.
Lama, 4 bulan. Tapi ambil beberapa subjek (summer course), selain buat kerja online, belajar sikit-sikit. Takde lah rasa rugi tak balik π
sumijelly
ala… ilang la trafik macam ni…
Good luck yek …jawab exam elok2…. FB pun kene tutup gak…..bukan blog jer…..hahahaha
iqbalhakimi
goodluck final exam..cuti nanti jom lah kita buat apa yang patut yer untuk perancangan akan datang..haha
akubiomed
Kira okay lah bro ambil masa untuk menulis entri blog diantara 30minit hingga 1 jam. Saya mengambil masa hampir 3 jam untuk mengarang entri kerana tidak simpanan draft. π
arrizz
all the best bro..nak buat macam mana dah memang tanggungjawab sebagai student, kenalah utamakan dulu kan..blog bahasa inggeris..aku memang ada terfikir gak nak buat satu..yang ada niche tapi tak ada idea mantap g setakat nie..lagi satu bila fikir balik blog aku yang satu nie pun tak seberapa, nak buat blog lain pulak..tapi its not a big deal-lah..tengok obe, start dengan FOA tapi succeed dengan blogserius..someday aku rasa aku patut try juga buat blog lain..setuju dengan point2 bro tue..
azman
cuti berblog? he3..ok2 dont worry..ada entri baru aku singgah..salam dari Msia he3..
muazfaris
gud luck for ur exam ye bro affan.. benda tu mmg dalam fikiran aku gak..hehe
aman
waaa. banyak projek. caiyok-caiyok~
lynn
woootzz.dah nak exam!all the bestttttt!;p
oooooo.huntungglaa banyak projek.
tak balik,so boleh la send e-kad raya nnt. (^_^)
yas
Setakat ni aku pun tak tau arah tuju blog aku…dari personal dh jadi mcm kosmo dahhh…he3x!!!
tehr
kesian kat aku
masih tak tahu ke mana arah lagi dengan blog ni
masih ikut suka hati je
selamat menjawab soalan, bro
auc dot com
moga berjaya dlm exam nanti
azura
lepas exam yang bersusah payah…memang patut bercuti seketika…selamat bercuti Affan
Jomtonton
Selamat menempuh final exam.. Selamat maju jaya π
Dah 10 tahun tak bergelumang dengan exam, final project ni.. rindu pulak huhuhu
incik
huishh boleh rindu. kalau saya cukup laa. petak kepala
Amirez
semoga dapat result cemerlang dalam exam nanti dan juga projek kej. kimia.
pernah buat blog niche, memang terasa cabarannya. dah biasa dengan blog personal, nak biasakan untuk blog niche agak susah. last2, tak berupdate mana pun. minat yang sangat mendalam dalam niche tersebut tu pun memang betul mesti ada baru boleh start buat
akhiyy
wahh..ade projek baru la ntuk wootmedia apakah agak2nye?? perh nak buat blog niche sendiri..mantap..kene bnyk belajar lagi ngan abg neyh…hhehe..gud luck for final exam..
cik kasih
wah..banyak perancangan nih,moga dipermudahkan…
utamakan yg lebih utama,lepas ni boleh la fokus kpd blog plak..hehe
Denaihati
good luck untuk exam, pelajaran sangatlah penting n mesti diutamakan. moga berjaya dan dapat keputusan yg terbaik, insyaAllah
rahman
selamat berjaya……………
samanosuke_04
huhu, aku pon bercita2 nak buat blog niche gak.. tapi takde masa lagi. :D.. btw, aku baru tau pasal busuk.org.. .:D
dzuandiey
bercuti dari dunia blog adalah satu penyiksaan…huhuhu….meronta2…
aimannajmy
salam lama tak singgah sini memberi komen, arini ada mood lak sambil blogwalking sambil bagi komen.. sebelum singgah baca jer pastu blah hehe… apa2 pun gd luck bro dalam menempuh alam peperiksaan
Ana Farha
maan najah! good looking. nope. good luck for your exam. ^_^
cikgu naman
selamat bercuti..hehe
jangan lupa hafal formula paracetamol dan struktur lewisnya..haha
incik
good luck final exam. jangan cuti berblogging lama-lama.. hihi
klcitizen
lamanya nak cuti affan .. π nanti bulan 5 update setiap jam ya … hehehe
adam narzuan
selamat berexam….
chii
all da best n gud luck untuk final xm =)
hafizmd
Walaupun aku jarang singgah, tp aku ttp peminat blog ni. Jadi, janganlah cuti lama2 sangat…rugi kalau jejaka kacak cuti lelama…hohohoho
good luck utk exam =)
eiela
utamakan apa yang perlu diutamakan. gud luck exam.
Farish Ishak
selamat maju jaya dalam exam dan next project bro.. btw, lama x tinggal komen di blog abe kacak nie..
p/s: still ingat aku bro?
Akulah.com
hehe, blog pun ada jadual gak ye.. kena wat gak camni la
adamfaiz
Selamat berjaya dalam exam.. pastu boleh spend time untuk blog semula…
muhammad fakhruddin
Bittaufiq wan najah π
Saya pun sebenarnya mahu berhibernasi, mungkin menyelesaikan beberapa catatan dahulu.
izwanyusof
best jadual exam kau. serius best! jadual final exam aku sem ni adoyai. kejung otak .. ada 3 hari straight exams.
aku tengah plan nak tukar hosting. dah tak boleh buat apa dah since diskspace overlimit. ketagih menaip sangat dah ni. =.=’
LilyNrman
Setuju pasal ketiga2 point di atas. Kalau nak buat blog berniche ini agak susah jugak laaa kan..ianya menuntut kecenderungan yang tinggi terhadap sesuatu topik. Saya kata susah kalau diri tidak punyai kecenderungan dan minat segala semua benda ekoran sifat curiosty kita yang ingin tahu semua benda, menyebbakan kita ada bermacam passion. Semoga berjaya dengan plan anda!
Sya Isya
sama dengan lah. Sya pun lama tak update blog. takde mood. down sudah mood blogging.
sweetkurma
moga berjaya dalam kedua dua bidang, pelajaran dan penulisan blog…aamiinn…
Hafizul
Semoga berjaya. Emm sedap baca entri ni..maybe ada makna tersirat kot..hehehe
pinkbubblegumprincess
gambateh!! and gud luck!! =)
Ummi Hanie
salam,
tak ape, tak update sbb sibuk dgn pelajaran.. itu lebih pnting.
gudluck utk exam final ye π
ye, sy setuju sgt… blog niche memerlukan minat yg tinggi , barulah boleh konsisten update. tp sy bantai juge SEO dlm blog personal tu. sbb fokus sy mmg byk ke situ. xsempat nk update blog2 lain :p
Fazreen
banyak projek. passing sikit.
Affan Ruslan
Projek budak2 je haha π
Mohd Isa
wah, banyak juga projek nak buat ya. kalau ada, nak join venture boleh? hehe
Mus
semoga apa yang bro rancang menjadi semuanya ya..
Affan Ruslan
Amin. Harap2 tak procrastinate haha.
Hanif
Kongsi la skit projek tu π
Affan Ruslan
projek kecik2 je hahah
Encik Bukit Besi
Mana ade takde ramai yang baca…ramai yang baca dan tertunggu update dari tuan..hehe. Sekali update panjang dan berinformasi..itu yg ramai pembaca suka lepak sini..
annisa
selamat berjaya dlm mengejar cita-cita…….