Bercuti Daripada Dunia Blog

Lama betul tak update blog ni kan. Jadi blogger ini pilihan, nak tulis atau tak pun pilihan, takde siapa yang paksa. Rasa kali terakhir mengemaskini artikel di blog ini pun kira-kira 2 minggu lepas. Selamat blog ni tak ramai orang baca, jadi takdelah risau sangat kalau tak update blog :lol:

Peperiksaaan Akhir Semester dan Projek

Jadi blogger dan pelajar pada masa yang sama bukan senang. Terpaksa bahagi masa. Ada blogger yang mudah update blog, dalam 10 minit dah siap satu entry. Tapi saya bukan camtu, paling kurang 30 minit, tapi selalunya lebih 1 jam baru siap satu entry. Jadi bila kesibukan dengan projek/assignment/test/exam, kena fikir 2 3 kali jugak bila nak update entry baru. Tapi selalunya memang tak update lah hehe.

Bila dah upper level ni, memang banyak projek. Untuk subjek kejuruteraan Kimia je ada 3 projek (untuk 3 subjek berlainan), ditambah satu projek untuk subjek elektif.

Jadual Peperiksaan

Wootmedia dan Busuk.org

Sedar tak sedar, hampir setahun juga Wootmedia dan Busuk.org ditubuhkan. Dua-duanya masih belum kukuh dah belum memuaskan. Lately saya selalu fikir projek baru untuk Wootmedia dan Busuk.org. Harap-harap apa yang dirancang terlaksana.

Projek Baru

Selain itu, saya juga sibuk mencari sumber/ilham/resources untuk memulakan projek baru berkaitan blog/sosial media. Rasanya dah sebulan gak lah. Mungkin nak try blog niche pula, dan sudah semestinya blog dalam bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, blog ini akan kekal macam biasa walaupun lama-lama makin merudum sebab tak update ;)

Sebenarnya ada beberapa sebab nak memulakan blog baru, antaranya:

  • Manfaatkan ilmu. Saya gemar belajar dan membaca artikel mengenari SEO, tapi kadang-kadang rasa rugi kalau tak praktikkan. Memandangkan blog ni pun blog personal, kadang-kadang je lah nak aplikasikan SEO. Takkan nak tulis artikel ala-ala Kosmo? :lol: . Tak berbaloi nak nak campurkan artikel-artikel peribadi dengan isu-isu semasa semata-mata kerana hendak mengaplikasikan SEO :) Jadi rasanya lebih baik buat blog niche, barulah dapat aplikasikan semua teknik SEO dengan baik.
  • Minat. Bila dah lebih 2 tahun berblogging, kita seharusnya tau minat dan kecenderungan kita dalam dunia blogging. Nak memulakan blog niche bukan senang, perlukan minat yang mendalam terhadap sesuatu topik, barulah mudah nak update artikel selalu. Haha.
  • Buat duit. Memang tak dapat dinafikan, bila dah lama berblog, antara satu benda yang saya rasa paling rugi adalah tak menjana duit dari blog. Nak tulis suka-suka kerana minat tak salah, tapi sampai bila? Sekurang-kurangnya buatlah duit dari blog. Bagi saya, kalau serius, better try blog niche. Lagi baik, blog dalam bahasa Inggeris. Sebabnya, pembaca untuk blog berbahasa Inggeris lagi ramai dan tidak terbatas.

Final Exam dan Cuti Summer

7 April ni hari pertama final exam. Semester ni ambil 5 subjek, tapi satu subjek takde final exam. Jadi, 4 je lah. Alhamdulillah jadual tahun ni sangat best, ada gap beberapa hari untuk 3 subjek killer dalam kejuruteraan Kimia. Harap mempunyai masa yang secukupnya untuk study.

Lepas exam, maka bermulalah cuti summer 4 bulan. Tahun ni takde perancangan nak balik bercuti kat Malaysia, ambil beberapa subjek elektif dan cuba merealisasikan beberapa projek baru yang telah dirancang ;) Rasanya takde masalah kalau tak balik pun sebab banyak perkara yang telah dirancang untuk dilakukan.

Lama tak menulis, sekali tulis panjang pulak. Ok lah, kena fokus untuk final exam. Selamat tinggal dunia blog, kalau ada rezeki jumpa lagi bulan Mei nanti. Hahaha.



Komen

  1. izwannizam says:

    selamat berfinal exam.lama lagilah dapat jumpa abg kacak :D

  2. Betul tuh.. ambil kesempatan dari apa yang kita boleh dapat
    dgn berblogging seperti jana wang. Rugi jika membuang masa
    begitu saja..

    Lama ke bercuti??
    nurmisnan recently posted..DOA NABI YUNUS PENAWAR SEGALA MUSIBAHMy Profile

    • Haha betul tu.
      Lama, 4 bulan. Tapi ambil beberapa subjek (summer course), selain buat kerja online, belajar sikit-sikit. Takde lah rasa rugi tak balik :P

  3. ala… ilang la trafik macam ni…

    Good luck yek …jawab exam elok2…. FB pun kene tutup gak…..bukan blog jer…..hahahaha
    sumijelly recently posted..Kisah Seorang isteri yang tidak bekerjaMy Profile

  4. goodluck final exam..cuti nanti jom lah kita buat apa yang patut yer untuk perancangan akan datang..haha

  5. Kira okay lah bro ambil masa untuk menulis entri blog diantara 30minit hingga 1 jam. Saya mengambil masa hampir 3 jam untuk mengarang entri kerana tidak simpanan draft. :-)
    akubiomed recently posted..SENYAP Vol #1.1 menampilkan Altimet dan Bro FramestoneMy Profile

  6. all the best bro..nak buat macam mana dah memang tanggungjawab sebagai student, kenalah utamakan dulu kan..blog bahasa inggeris..aku memang ada terfikir gak nak buat satu..yang ada niche tapi tak ada idea mantap g setakat nie..lagi satu bila fikir balik blog aku yang satu nie pun tak seberapa, nak buat blog lain pulak..tapi its not a big deal-lah..tengok obe, start dengan FOA tapi succeed dengan blogserius..someday aku rasa aku patut try juga buat blog lain..setuju dengan point2 bro tue..
    arrizz recently posted..Review Awek Chuck TaylorMy Profile

  7. cuti berblog? he3..ok2 dont worry..ada entri baru aku singgah..salam dari Msia he3..
    azman recently posted..Qadho’ Blog WalkingMy Profile

  8. gud luck for ur exam ye bro affan.. benda tu mmg dalam fikiran aku gak..hehe
    muazfaris recently posted..Biasiswa HELP SPM Merit 2012My Profile

  9. waaa. banyak projek. caiyok-caiyok~
    aman recently posted..Pelayar Web Pembangunan Google Chrome Mencapai Angka Versi 20My Profile

  10. woootzz.dah nak exam!all the bestttttt!;p
    oooooo.huntungglaa banyak projek.
    tak balik,so boleh la send e-kad raya nnt. (^_^)

  11. Setakat ni aku pun tak tau arah tuju blog aku…dari personal dh jadi mcm kosmo dahhh…he3x!!!
    yas recently posted..Seksanya Nak Pergi ke Kuil Buddha niMy Profile

  12. kesian kat aku
    masih tak tahu ke mana arah lagi dengan blog ni
    masih ikut suka hati je

    selamat menjawab soalan, bro
    tehr recently posted..Tokoh ASUS 2011My Profile

  13. moga berjaya dlm exam nanti
    auc dot com recently posted..Proton PrevéMy Profile

  14. lepas exam yang bersusah payah…memang patut bercuti seketika…selamat bercuti Affan

  15. Selamat menempuh final exam.. Selamat maju jaya :)
    Dah 10 tahun tak bergelumang dengan exam, final project ni.. rindu pulak huhuhu
    Jomtonton recently posted..Lelaki Kacak Suka Melepak?My Profile

  16. semoga dapat result cemerlang dalam exam nanti dan juga projek kej. kimia.

    pernah buat blog niche, memang terasa cabarannya. dah biasa dengan blog personal, nak biasakan untuk blog niche agak susah. last2, tak berupdate mana pun. minat yang sangat mendalam dalam niche tersebut tu pun memang betul mesti ada baru boleh start buat

  17. wahh..ade projek baru la ntuk wootmedia apakah agak2nye?? perh nak buat blog niche sendiri..mantap..kene bnyk belajar lagi ngan abg neyh…hhehe..gud luck for final exam..
    akhiyy recently posted..Blog Kene Hack!!My Profile

  18. wah..banyak perancangan nih,moga dipermudahkan…
    utamakan yg lebih utama,lepas ni boleh la fokus kpd blog plak..hehe
    cik kasih recently posted..KehilanganMy Profile

  19. good luck untuk exam, pelajaran sangatlah penting n mesti diutamakan. moga berjaya dan dapat keputusan yg terbaik, insyaAllah
    Denaihati recently posted..Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi DenaihatiMy Profile

  20. selamat berjaya……………
    rahman recently posted..10 mata di Qatar tahniah zulfahmi khairuddin dan team AirAsia-Sic-AjoMy Profile

  21. huhu, aku pon bercita2 nak buat blog niche gak.. tapi takde masa lagi. :D .. btw, aku baru tau pasal busuk.org.. .:D
    samanosuke_04 recently posted..Teknik Beli CD Game Ps3 Dengan Murah Kat Ebay!!!My Profile

  22. bercuti dari dunia blog adalah satu penyiksaan…huhuhu….meronta2…
    dzuandiey recently posted..Cara Tumbuk Cabai Dengan Betul!My Profile

  23. salam lama tak singgah sini memberi komen, arini ada mood lak sambil blogwalking sambil bagi komen.. sebelum singgah baca jer pastu blah hehe… apa2 pun gd luck bro dalam menempuh alam peperiksaan

  24. maan najah! good looking. nope. good luck for your exam. ^_^
    Ana Farha recently posted..Kata OrangMy Profile

  25. selamat bercuti..hehe

    jangan lupa hafal formula paracetamol dan struktur lewisnya..haha
    cikgu naman recently posted..Agak Susah Tanpa Laptop KesayanganMy Profile

  26. good luck final exam. jangan cuti berblogging lama-lama.. hihi
    incik recently posted..Langkah bijak jaga keselamatan barang kemasMy Profile

  27. lamanya nak cuti affan .. :) nanti bulan 5 update setiap jam ya … hehehe
    klcitizen recently posted..berpelukanMy Profile

  28. selamat berexam….
    adam narzuan recently posted..Sayangku..Bahagiakah Kita??My Profile

  29. all da best n gud luck untuk final xm =)
    chii recently posted..Cerita Kedai KopiMy Profile

  30. Walaupun aku jarang singgah, tp aku ttp peminat blog ni. Jadi, janganlah cuti lama2 sangat…rugi kalau jejaka kacak cuti lelama…hohohoho

    good luck utk exam =)
    hafizmd recently posted..Bagaimana nak jadi lebih kacak dan anggun?My Profile

  31. utamakan apa yang perlu diutamakan. gud luck exam.
    eiela recently posted..Kebaikan Asid FolicMy Profile

  32. selamat maju jaya dalam exam dan next project bro.. btw, lama x tinggal komen di blog abe kacak nie..

    p/s: still ingat aku bro?

  33. hehe, blog pun ada jadual gak ye.. kena wat gak camni la
    Akulah.com recently posted..Cerita budak paling bodoh yang sebenarnya paling bijakMy Profile

  34. Selamat berjaya dalam exam.. pastu boleh spend time untuk blog semula…
    adamfaiz recently posted..Lain Yang Bersukan Lain Yang PenatMy Profile

  35. Bittaufiq wan najah :)

    Saya pun sebenarnya mahu berhibernasi, mungkin menyelesaikan beberapa catatan dahulu.
    muhammad fakhruddin recently posted..Berguru dengan Lelaki Kacak di S.M.I.L.E 2012My Profile

  36. best jadual exam kau. serius best! jadual final exam aku sem ni adoyai. kejung otak .. ada 3 hari straight exams.
    aku tengah plan nak tukar hosting. dah tak boleh buat apa dah since diskspace overlimit. ketagih menaip sangat dah ni. =.=’

  37. Setuju pasal ketiga2 point di atas. Kalau nak buat blog berniche ini agak susah jugak laaa kan..ianya menuntut kecenderungan yang tinggi terhadap sesuatu topik. Saya kata susah kalau diri tidak punyai kecenderungan dan minat segala semua benda ekoran sifat curiosty kita yang ingin tahu semua benda, menyebbakan kita ada bermacam passion. Semoga berjaya dengan plan anda!
    LilyNrman recently posted..Beta Testing SmartPhones berakhir dengan Nokia Lumia 900My Profile

  38. sama dengan lah. Sya pun lama tak update blog. takde mood. down sudah mood blogging.
    Sya Isya recently posted..CARA SEMAK ONLINE PEPERIKSAAN PTD M41 SESI MEI 2012My Profile

  39. moga berjaya dalam kedua dua bidang, pelajaran dan penulisan blog…aamiinn…

  40. Semoga berjaya. Emm sedap baca entri ni..maybe ada makna tersirat kot..hehehe
    Hafizul recently posted..Bola Bayang-BayangMy Profile

  41. gambateh!! and gud luck!! =)

  42. salam,

    tak ape, tak update sbb sibuk dgn pelajaran.. itu lebih pnting.

    gudluck utk exam final ye ;)

    ye, sy setuju sgt… blog niche memerlukan minat yg tinggi , barulah boleh konsisten update. tp sy bantai juge SEO dlm blog personal tu. sbb fokus sy mmg byk ke situ. xsempat nk update blog2 lain :p
    Ummi Hanie recently posted..Tips melajukan Internet di komputer desktop (PC) dan komputer riba (Laptop)My Profile

  43. banyak projek. passing sikit.
    Fazreen recently posted..Terinspirasi Daripada Model Perniagaan TomsMy Profile

  44. wah, banyak juga projek nak buat ya. kalau ada, nak join venture boleh? hehe
    Mohd Isa recently posted..Perhentian Bas Yang KreatifMy Profile

  45. semoga apa yang bro rancang menjadi semuanya ya..
    Mus recently posted..Kereta Unik Di Sabah, Gabungan Kayu Dan KeluliMy Profile

  46. Kongsi la skit projek tu :)

  47. Mana ade takde ramai yang baca…ramai yang baca dan tertunggu update dari tuan..hehe. Sekali update panjang dan berinformasi..itu yg ramai pembaca suka lepak sini..
    Encik Bukit Besi recently posted..Hukum Sambut Hari Ibu Dari Ustaz Azhar IdrusMy Profile

  48. selamat berjaya dlm mengejar cita-cita…….

Tinggalkan Komen Anda

*

CommentLuv badge