Maaflah ye, post mengenai Hari Raya belum tamat lagi. Haha. Maklumlah tahun ni banyak berjalan-jalan. Hari Raya pertama di Peterborough, kemudian disambung dengan aktiviti kenu di Brantford, kemudian pada 25 Ogos lalu (Sabtu), berkesempatan untuk berhari raya bersama komuniti besar Malaysia di Ottawa.
Majlis Hari Raya ini dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia di Ottawa. Kebanyakan yang hadir adalah daripada pelajar Malaysia yang belajar di Carleton Universiti, keluarga yang menetap di Ottawa dan juga pelajar-pelajar Malaysia dari tempat yang lebih jauh seperti Alberta dan New Brunswick. Boleh dikatakan majlis Hari Raya seperti ini diadakan setiap tahun. Tapi tahun ni baru berkesempatan datang ke Ottawa, maklumlah perjalanan daripada Hamilton ke Ottawa sahaja sudah mengambil masa 5 jam 😀
Seronok pulak bila tengok ramai orang Malaysia. Bila sebut “orang Malaysia”, maknanya ada jugalah beberapa orang Cina dan India. Makan pun boleh tahan, roti canai, lemang, rendang dsbnya 😀
Jalan-jalan di Ottawa
Alang-alang dah sampai di Ottawa, habis je majlis raya, kami sempat berjalan-jalan sekitar Ottawa. Memandangkan semua kepenatan, kami hanya sempat singgah di bangunan Parliament of Canada.
Oh ya, Ottawa merupakan ibu negara bagi Kanada.
Kemudian, malam tu sambung berjalan-jalan sekitar bangunan Parliament of Canada, sehingga ke Nepean Point. Gambar di bawah adalah Alexendra Bridge.
Kemudian, menikmati pemandangan sekitar bandar Ottawa. Kira-kira pukul 2 atau 3 pagi, baru sampai rumah (menetap di rumah kawan).
Bersambung dengan pengalaman berjalan-jalan di Quebec City, Kanada pula selepas ini 🙂
Kredit gambar: #1, #3, #5, #8, – Nazmi. #4 – Affan. #2 – Ezzah Nawawi. #6, #7 – Amiruddin.
iqbalhakimi
baru tahu ottawa ni ibu negara kanada…bila hang nak bawak aku jalan2 ke sini?
btw, 5 jam tu jarak kl- terengganu..tak jauh mana pun..haha
lewisdotmy
aku pun baru tahu, tak pernah pergi kanada lagi
Jebeng Otai™
saa la ingtkan quebec..huhu
Affan Ruslan
Tunggu entry lepas ini 😉
Affan Ruslan
Hahaha ok la 5 jam. Tapi aku tak gi sana straight, tido rumah kawan aku kat Peterborough. So tinggal 3 jam je ke Ottawa.
Cikgu Hairul
Amboi beraya sakan. Sekarang cuti ke bro?
Affan Ruslan
Haritu cuti. Minggu lepas baru start kelas. Haha
anif
Raya kat oversea. Tentunya satu pengalaman yang menarik! 😀
Affan Ruslan
Dah beberapa kali, rasanya tahun ni paling best. Alhamdulillah
Hafizul
nmpak best jer beraya di perantauan…wahh gambar pemandangan malam tu menarik sgt..penuh bermakna.
Affan Ruslan
Hehehe kamera cikai je, selamat kawan2 lain ada bawak kamera. So tu pinjam gambar kawan hehe
Amirez
pengalaman beraya di perantauan memang menarik
Affan Ruslan
Alhamdulillah, best2. Bila ramai2 beraya kat sini, takdelah rasa sedih sangat. Hehe
Fadzmie
Memang meriah habis student-student oversea kalau beraya. Ramai!
Affan Ruslan
Haha kebetulan tahun ni batch aku memang ramai tak balik. So jalan2 la sikit hehe
topo
hahaha aku baru tahu Ottawa tu ibu negara Kanada.. Geografi aku memang fail sikit haha
Affan Ruslan
Aku kat sini baru tau. Actually sblm publish artikel ni, aku search balik. Takut salah. Hahaha
muazfaris
haha, bila nak beraya di Malaysia plak ??
Affan Ruslan
Lepas grad lewww :p
Eizil
Cantik-cantik gambar yang diambil… Macam menarik jer kalau boleh berjalan-jalan di sebelah sana pula…
shraqs
Aku berminat ngan Alexandra Bridge tu…
Affan Ruslan
Malam2 memang lawa bridge tu. Lepak atas bukit, memang nampak jambatan tu. Selamat kawan aku ada ambik gambar cun2 sikit hehe
nurmisnan
Honestly tak sampai lagi ke Ottawa.. Nampak mcm cool jer kerana
ada sejarah dan bangunan lama.. best2.. kalau aku datang sana
ada lemang + rendangkah?? har3
Affan Ruslan
Alhamdulillah. Dah lama dok Kanada, baru berkesempatan ke sini. Dapat jejak kaki satu kali, cukuplah.
Haha lemang dan rendang raya je 😉
Hazmin Hamudin
Dah macam nama jupun pun ada Ottawa ni. Baru la tau ibu negara Canada ni.
Affan Ruslan
Eh ye ke ada bunyi2 jepun? Tak pnh terlintas camtu haha
Hairul Azni
Seronok beraya di perantauan..dapat pengalaman baru,pemandangan baru ..tapi mesti tak sama dengan kemeriahan di negara sendiri..betul tak bro?
** Aku suka gambar yang last sekali.. 🙂
kimmie
menarik nya tempat – tempat diatas. satu pengalaman berbeza menyambut hari raya di rantauan kan
titan
wahh, bestnya dapat jenjalan merata..
hatiputera
wah..tahniah affan beraya sampai ke kanada.
azura
best beraya di tempat orang… lagi meriah di tempat sendiri
akubiomed
Tak banyak gambar suasana Raya lebih kepada pemandangan sekitar Ottawa. Hendak tengok aksi Raya mana tahu ada buat tarian Oppa Gangnam Style oleh pelajar-pelajar Malaysia. 🙂