Belasungkawa buat penulis blog telordibasuh (Abdul Hakim)

telordibasuh

Beberapa hari lepas saya teringat si Hakim ni. Walaupun tak pernah jumpa, tapi kenal rapat melalui facebook. Beliau adalah penulis blog telordibasuh.blogspot.com , dan juga kawan rapat kepada penulis blog tubelawak. Tak sangka, bila cek kat facebook, rupa-rupanya beliau sudah dimasukkan ke ICU Hospital Putrajaya kerana mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Kesannya, paru-paru menjadi keras dan beliau tidak dapat bernafas sendiri. Baru sebentar tadi tiba-tiba tubelawak inform di facebook:

Abdul Hakim Bin Mohd Kamal atau lebih dikenali sebagai “telordibasuh” telah meninggal dunia sebentar tadi.. sama-sama kita berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. al-fatihah untuk Abdul Hakim Bin Mohd Kamal

Pesanan dari abang beliau:

Andai arwah ada melakukan kesilapn sepanjang hayatnya, saya selaku abgnya ingin menyusun jari memohon maaf mewakilli pihak arwah. Dan andai masih terdpt hutang yg belum arwah selesaikan. Bolehlah maklumkan dgn menghantar msj ke Fb saya. Syukran jazakallahu khairan! (Firdaus Kamal)

  • Hakim, sorry tak sempat jumpa hang, tahun ni aku tak balik cuti  :(
  • Macam ada maksud pulak gambar kat profile picture tu.

Cukuplah mati itu sebagai peringatan

Peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan blogger yang lain, cukup lah mati itu sebagai peringatan buat diri kita. Hakim pun baru berumur 20-an dan sudah menghadap ilahi, bagaimana pula dengan kita? Allahu’alam.

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya.” (Yunus:49)

Komen Pembaca

  1. Al-Fatihah , Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan hikmahnya dipinjamkan dikau sekejap di dunia bersama kami . Ampunkan dosa²nya Ya Allah..ampunkan dosa² kami ini…Ya Allah.

  2. Al-fatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Tak ada dah blogger yang boleh update dengan cerita-cerita/gambar lawaknya.fuhh!!

  3. fadah memang tiap-tiap hari datang ke blog hakim a.k.a telor ni nak layan entri beliau…
    cepat benar dia meninggalkan kita..
    Al-fatihah tuk arwah…

  4. salam takziah buat keluarga arwah… kita yg masih hidup nie msti laa meneroskan kehidupan.. yang hidup pasti akan mati.. ingat laa wahai hamba Allah sekalian… al fatihah~

  5. salam…

    dulu pernah bertandang ke blog arwah…tapi tak sangka berita pemergiannya yang membuatkan saya bertandang ke blognya kali kedua… al-Faatihah..takziah buat keluarga arwah..=(

  6. salam.
    saya follower blog arwah.. amat terkejut tadi bila mendapat berita arwah telah pergi meninggalkan kita semua. mungkin Allah lebih sayangkan dia. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah

  7. Daripada ALLAH kita datang dan kepada ALLAH jua kita kembali.

    Tapi memang betul, kita ni selalu lupa dan alpa, bila ada orang mati baru nak insaf. Huhu bulan May ni je Zida dah dengar 5 orang meninggal. Tapi diri tak insaf-insaf jugak.

    Peringatan buat diri sendiri dan semua. Ingatlah kematian itu menjemput kita bila2 sahaja~

  8. Inna Lillahi Wa inna Ilaihi Roji’uunn…Al-Fatihah buat arwah…smg arwah di tempatkan bersama2 org2 yg beriman…amiin…

    “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu, barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sungguh dia telah beruntung, kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (QS. Ali Imran/3: 185)

    Ajal kita juga pasti, tapi tidak terlihat oleh pandangan kita bilakah tibanya nanti. Ajal yang Allah janjikan itu tak kan tertangguh sesaatpun, malah Izrail sesekali tidak akan alpa dalam urusannya…

    sama2 kita muhasabah diri..

    http://nurmujahiddahsolehah.blogspot.com/2011_02_01_archive.html

  9. walaupun tak rapat mana, aku dapat rasa arwah nie baik..semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..sayang sebab tak dapat jumpa or lepak2 dengan dia..

  10. siti azizah

    al-fatihah.semoga rohnya dicucuri rahmat..tadi baru je rasa nak baca blog telordibasuh tapi rupa-rupanya owner blog tu dah pergi buat selama-lamanya :(

  11. Alfatihah dan ucapan takziah kepada keluarganya.. aku pernah jumpa si arwah.tapi tak bersembang lagi.. masa malam graduation tuh aku sembang dengan tubelawak jer..

  12. al-fatihah utk arwah..
    walaupon aku tak kenal arwah..
    tp sbg saudara seIslam..
    moga2 arwah di tempatkan dikalangan orang2 mukmin..
    semoga kuarga arwah tabah menghadapi dugaan ini..

  13. mati tu tak kenal usia. muda ke tua, tak ada siapa yang pernah tau umur sebenar nyawa mereka akan dicabut. alfatihah buat arwah. semoga dosanya diampunkan Allah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

  14. baru tau sbb knp arwah meninggal..rupa2nya sbb paru2 dia.. huhuhu.. (*sedih dgr..walaupun x knal arwah personally tp dia prnh dtg blog suri..)

    tubelawak dan busuk ada gak ke blog suri..tp tulah… suri ni blogger baru..pastu buta huruf gak ttg it nihh.. tu yg meraba raba jek memanage blog… tq ye affan sudi jenguk blog suri… :)

Komen Anda

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.