Beberapa hari lepas, ada seorang kawan di Facebook yang berkongsi link dari sebuah akhbar online Israel. Rasanya dah lama jugak blog ni tak tulis pasal Palestin dan Israel kan. Hehe. Tapi kali ini berkaitan bangsa Yahudi, bukan pasal Israel. Tajuk berita tersebut adalah Study: Seperate Classes Achieve Better Result. Jadi saya hanya akan ambil sedikit petikan je dari akhbar tu.
Pelajar yang belajar di kelas yang di asingkan mengikut jantina lebih berjaya
Saya tertarik dengan pendapat yang diutarakan:
“A young man during his adolescent years, when he is around the opposite sex, he feels the need to impress and does not give his full attention to studying. He does not listen. He has a lot of distractions. When we eliminate these distractions he can focus on learning.”
- Lelaki akan terdorong untuk menunjukkan kehebatan atau kelebihan mereka kepada perempuan, jadi mereka kurang beri tumpuan dalam kelas
- Perempuan merupakan penghalang (distractions) tumpuan lelaki, begitu jugalah sebaliknya
Ada benarnya dakwaan tersebut kan? Kalau ada perempuan dalam kelas, mesti lelaki asyik nak control macho je. Hahaha. Tu yang boleh hilang fokus nak belajar. Begitu jugalah sebaliknya, perempuan pun mesti ada yang macam tu jugak bukan?
Sekolah Pondok
Nampak tak persamaan dengan sekolah pondok dengan pendapat supaya lelaki dan wanita di asingkan. Cuba bayangkan kalau pelajar-pelajar sekolah pondok dicampurkan antara lelaki dan perempuan, sudah tentu susah nak hafal Quran. Sebab terlalu banyak dugaan penglihatan, macam mana hati nak terang. Jadi, para pelajar boleh menumpukan perhatian terhadap pengajian agama dan penghafalan Quran bila diorang diasingkan.
Antara agama dan sekularisme
Sedar tak sedar, majoriti sekolah di Malaysia adalah mengikut sistem sekular penjajah British. Jadi jangan tanyalah kenapa budak-budak, kecik-kecik sekolah rendah dah ada boyfriend, siap ada yang terlanjur lagi tu. Ada juga orang melayu Islam sendiri mendakwa
“Buat apa nak asing-asingkan pelajar, ekstrim sangat tu”
Kalau ada masa, boleh tengok pendapat Ustaz Azhar Idrus sendiri di youtube, tak lama, 2 minit lebih je. Korang tengok movie berjam-jam boleh je kan. Hehe
missnina
saya setuju pendapat ni.
bukanlah bermaksud bila ada pengasingan tu, menindas kaum wanita.
Affan Ruslan
betul. sepatutnya isu wanita ditindah tak timbul, malah memelihara pandangan mereka juga 🙂
paan
Setuju bro. Aku bekas budak sekolah lelaki and aku rasa benda ni betul. Bila semua lelaki, senang nak belajar, nak bertanya pun tak rasa malu kalau tak tahu. Kalau ada perempuan misalnya, ada subjek matematik tak faham tapi haram la nak tanya cikgu. Sanggup simpan sebab taknak malu depan perempuan. Hahaha.
Affan Ruslan
ahhaa. aku rasa aku malas tanya kat sekolah pun mungkin sebab ni dulu.
member aku die sekolah agama lelaki, die cakap relaks je takyah nak control2 macho dalam kelas. kan senang camtu, nak tanya soalan pun takdelah nak conver2
Eizil
Walaupun tak pernah berada dalam sekolah yang mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan, tapi bahagian terganggu atas faktor-faktor malu, segan dan sebagainya tuh memang wujud. Memang ada baiknya kalau asingkan, at least kurang sikit risiko untuk dorang bergaul bebas dan ingin mencuba sampai terlanjur
Affan Ruslan
betul. at least, asingkan sampai satu peringkat yang dirasakan sesuai, bila dah matang sikit ke. dulu kat sekolah pun segan2 nak tanya, mungkin ni lah salah satu faktor
Panduan Buah Pinggang Sihat
Memanglah itulah cara pembelajaran yang sepatutnya diamalkan di Malaysia ni,pelajar diasingkan mengikut jantina.Selain meningkatkan fokus ketika belajar,ianya juga dapat mengelakkan dari bermulanya perkara-perkara yang tidak diingini.
Rie
rasanya ttp ada pro n con
betul spt yg dikatakan
bila asing kelas boleh lebih concentrate
tp bila fikir ttg kerjaya
mungkin akan mgganggu pergaulan
sesama rakan kerja nanti
sbb tak biasa bergaul
maybe rs segan sangat2
lebih takut lg
kalau culture shock
dr yg baik jd terlampau tak baik
*just my 2cents 🙂
Affan Ruslan
terima kasih untuk pendapat tu bro.
betul, mungkin ada kekurangan kat situ.
tapi at least, mungkin blh diaplikasikan sehingga satu peringkat umur. contohnya sampai di peringkat sekolah menengah ke. ehe
rezy
Sebab itu lah guna adanya agama jadi dinding untuk mengawal sesuatu dr baik jd tak baik…
suffer8zine
rasanya asing lagi bagus, kurang jenayah seksual dalam kalangan murid ni
Affan Ruslan
betul, sebab tu kuar kat suratkhabar, kecik2 dah buat sumbang mahram. mana tak nya, kecik2 dah kenal perempuan, pastu gatal2 nak cuba
suri
erk bahaya… huu…baik ada ilmu agama ..kita akan sentiasa berada di bawah lindugannya..
ina nazir
saya sokong sangat-sangat..supaya diasingkan pelajar M and F….isu malu..segan …memang patut ade dalam diri F..banyak benda tak elok dapt dielakkan
Affan Ruslan
betul.
kang masa belajar tu, mata entah ke mana lah. hehe
adele
salam..
isu ini ada dalam draft posting sy..huhu
em, yahudi buat yg tebaik utk bangsa mereka..
tp apa yg terdapat di Malaysia skrg adalah didikan Yahudi jgk..
sgt jahat.
Affan Ruslan
Wa’alaikumsalam.
owh ye ke? post je, takpe.
nak juga tgk idea tu hehe
little daisy
setuju jgk ngan pendapat nih. biler asingkan class lbh senang nak focus. mudah nak tanyer, lg2 klau isu2 yg agak sensitif bg M dan F. hmm, maybe sistem persekolahan kiter ni patut di revise balik… for a start, just asingkan class. see how it goes…
Affan Ruslan
owh, betul gak tu kan. kalau isu2 sensitif perlu juga diasingkan, contohnya biologi. hehe
little daisy
yeap, tu la sbbnyer…bayangkan time sekolah dulu…malu nyer nak tanyer… hehehe
Ali ridha
bab masa ada perempuan dalam kelas
buat aku segan ni.setiap pergerakan terbatas.
takut tersilap.jadi bahan ketawa pula.
Affan Ruslan
ahaha. betul bro, setiap langkah, mesti jaga.
kalau tak, kang tak pasal2 jadi bahan umpatan.
(bukan semua orang mengumpat)
Mohd Hadihaizil Din
RT @affanruslan Belajar daripada Yahudi: Sebab kenapa pelajar Yahudi bijak http://bit.ly/e8o2nN
a-y-i-e
RT @eizil: RT @affanruslan Belajar daripada Yahudi: Sebab kenapa pelajar Yahudi bijak http://bit.ly/e8o2nN
yoy
distraction xde boleh lebih fokus kot..
Affan Ruslan
betul, tu lah antara idea yg diutarakan oleh penulis artikel tu. hehe
Faris Al-Muhandisu
menarik.. even sistem missionary school dulu pun sama. unisex.
Affan Ruslan
owh ye ke. thanks atas info tu bro. baru tau rasanya ni
lunaticg
Salam.
Betul juga yek? Ni nak kena forward perkara ni kat Kementerian pendidikan ni. Boleh juga membantu mengurangkan masalah pergaulan bebas budak-budak sekarang ni kan?
Affan Ruslan
Wa’alaikumsalam.
Hehe.. Mahu ke Kementerian asingkan pelajar, kang ada pulak cakap terlalu ekstrimis pulak tak pasal2?
hehe
sobrimansor
Aku setuju dengan pendapat ko nih. Kalau ikut pada result peperiksaan dari Kementerian Pelajaran, sekolah yang berasingan jantina lagi cemerlang dari sekolah yang campur laki2 dan pompuan.
* Aku dulu sekolah agama, kelas campur lelaki n pompuan. Memang tak boleh nak buat giler2 dalam kelas takut dikata tak ada moral…hehehehe
Affan Ruslan
1. Ye e ada fakta. Hehe. Thanks untuk info tu. Aku malas dan tak perasan pulak ada fakta camtu. menarik gak kan. hehe.
2. ahaha.
ST
orang bukan Islam lebih menggunakan ciri-ciri Islam dalam sistem pendidikan tapi yang mengaku Islam selalu mengatakan ianya kolot…
I rest my case… huhu.
Affan Ruslan
huhu.
byk dah jadi camtu tak silap aku
Affan
TQ for RT abg kacak! hehe RT @sumberterbuka Belajar daripada Yahudi: Sebab kenapa pelajar Yahudi bijak http://bit.ly/e8o2nN
Rie
haaa…yg itu setuju
mungkin pengasingan itu perlu bersederhana
bertepatan dgn agama
dan tak ketinggalan zaman juga
sbb skrg ramai wanita berkarier 🙂
Affan Ruslan
betul, secara sederhana lah hehe.
haah, wanita skg byk yg berkerjaya berbanding wanita dulu
mankuchai
Dalam agama islam pun disuruh lelaki duduk depan..perempuan duduk belakang..Allah dah atur untuk kita..supaya kita mengkaji sebab musababnya..
Orang Yahudi boleh buat kajian,walaupun benda ni nampak remeh…
Affan Ruslan
kadang2 memang camtu, dalam Al Quran dah ada panduan, tapi taknak ikut. Pastu bila orang lain dah aplikasikan, baru nak perasan benda tu dah ada dalam Al-Quran. haish
kami
bagus juga idea tu,asingkan lelaki dan pmpn..
disebabkan dari kecik dah satu kelas,tu yg gejala sosial mkn meningkat jer,
dlu bljar kat akademi mmg semua lelaki, ok je tkde hal pun..:)
Affan Ruslan
owh. akademik apa tu bro. hehe
nash
nice entri…
aku pernah baca entri pasal ni tp panjang berjela.. tp entri nie ringkas n padat..hehehe.. aku setuju pasal asingkan kelas..aku tengok kelas yang majoriti lelaki batch akaun lebih banyak top berbanding ngan kelas sikit lelaki… sbb sume nk bersaing sapa yg terbaik 🙂
Affan Ruslan
hehe. thanks kongsi pengalaman ko tuh.
Affan
Belajar daripada Yahudi: Sebab kenapa pelajar Yahudi bijak http://selangorbloggers.com/read/19122
tehr
sokong asingkan je kelas
tak perlu nak biasakan percampuran antara lelaki dan perempuan
lebih banyak buruk dari yang baik
Affan Ruslan
betul.
apa yang hendak dibiasakan, biar diorang fokus pelajaran dulu
Mohd Isa
aku rasa camtu gak, kebanyakan yg berjaya sekarang berasal dari sekolah yang berjantina. maksud aku macam MCKK, SMKE dll. memang ada kelebihan jika belajar dalam kelas yg berasingan jantina. dapat memberi tumpuan yang lebih. 🙂
Affan Ruslan
owh betul gak kan.
mckk dulu2 memang mantap
Mohd Isa
tahu takpa, aku ada gak g mckk time kat poli dlu. ada persahabatan bola sepak dengan dorg. mmg baguslah pelajar2 mckk ni, bukan sahaja pandai. malah diimbangi dgn kokurikulum. tambah pula pasukan rugbi dorg kuat juga. 🙂
mohamad nasrullah
RT @affanruslan Belajar daripada Yahudi: Sebab kenapa pelajar Yahudi bijak http://bit.ly/e8o2nN
zik
sebenarnya yahudi mengapa diaorang pandai… ibu bapa diaorang sejak dalam kandungan… dah start kasi pembelajaran… buat matematik… maknya.. aku ada baca.. tapi tak ingat… huhu
Affan Ruslan
member2 aku pun ada bincang pasal ni haritu.
nanti kalau ada, InsyaALLAH aku share
akubiomed
Elok juga ada pemisahan antara jantina supaya dapat memberi tumpuan lebih.
Cuma cabran agak besar hendak dilaksanakan didalam masyarakat majmuk di Malaysia. Penerangan perlu dibuat supaya tidak ada timbul salah faham macam krontoversi Interlok
Affan Ruslan
betul.
lagi2 ada berlainan agama dan kaum.
kalau nak amalkan, pastikan diorang tau tujuan sebenar, kang tak pasal2 dituduh bukan2
Affan
Tq for RT 🙂 @yanmie Belajar daripada Yahudi: Sebab kenapa pelajar Yahudi bijak http://bit.ly/e8o2nN
eastbullet
bagi aku, aku lebih suka sekolah campuran. Sebab bila semua lelaki, akan timbul rasa dengki sesama sendiri. Kadang2 bila bantu pun tak ikhlas. Bila lelaki dan perempuan ni lain sikit. Tapi kenelah niat betol. Jangan fikir bila belajar lelaki dan perempuan=bercouple. Distraction boleh datang dari banyak segi. Semua terletak pada minda masing2. Kalau kita tak boleh lawan gangguan tuh, maknanya kita lemah! Kalau ada ramai yang kata pelajar yang berasal dari sekolah satu jantina lebih berjaya, baik korang kaji balik apa yang korang cakap.. ITS ALL IN OUR MIND!!
Affan Ruslan
erk jauh sangat pikir tu sampai tolong satu sama lain pun tak ikhlas.
betul lah tu bro, semua tu bergantung pada niat masing2. hehe
LeeZha
rasanya betullah tu, saya pun tak pasti sebab dulu sekolah campur. tapi bila di fikir-fikirkan, budak lelaki selalunya memang akan fokus kalau sama-sama geng duduk tapi kalau bercampur lain hal pula jadinya. ada yang sibuk mengusiklah, bercintalah, macam-macam.
Affan Ruslan
hehe. pasal mengusik tu betullah kot.
ada je nak kacau perempua. ehe
LeeZha
hehe..tau xpe. macam de pengalaman je bro? hahaha
s.y.a.r.q
hurm…saya pon tak tahu berapa peratus betol idea ni. Tapi mmg ade betolnye, kalau ade lelaki dlm kelas nak tanye pon malu2.Kalau malau sesat jalan. Ha ha ha…
Tapi saya tengok kalau budak laki @ perempuan yg bile dia sekolah asing, bila nampak perempuan di luar seolah2 mcm tak pernah nmpk perempuan or lelaki. Macam gatal dye tu lebey sikit. Ni ape yg saya nampak la.he he he
Affan Ruslan
he he he. betul gak yg pasal gatal tu. pengalaman orang lain hehe. tapi tak semua kot
Nine
sebab tu banyak sekolah2 Agama di Malaysia yang buat asingan cam tu..contoh sekolah agama lelaki, sekolah agama perempuan..diorang nih kalau result spm pun bagus banyak, dan bahasa arab pun diorang maintain…
aku dulu masa form 4 till 5 sekolah lelaki ja gak. Cuma tak suka banyak kes bertumbuk..hehe..naik takut pun ada…
Biasa la sekolah teknik jer…huhu..
Affan Ruslan
hehe. biasa gak tu terjadi, bila laki semua, ada lah yang naik kepala nanti
balqis
suka duduk tepi dinding.
tknampak org. haha 😛
Affan Ruslan
ahaha. terbaik 🙂
decrewz
Yang ni Jai cukup setuju bro sebab Jai pernah merasa belajar sekolah pondok tahfiz di jerantut. Untuk hafazan diorang akan bagi student hafal 10 subject sehari dalam bahasa arab.. Mmg cepat masuk tapi jai baru lagi hanya dapat bawah 10.. Otak lembap lagi time tu..ha3
suri
kena byk buat latihan lagi nie hee..
tak pun kena bca doa penerang hati 🙂
Affan Ruslan
huhu. sekolah agama lagi2 yang tahfiz mmg diasingkan.
nak jaga penglihatan
Affan
TQ for RT @nashsmart @carnine9 Belajar daripada Yahudi: Sebab kenapa pelajar Yahudi bijak http://bit.ly/e8o2nN
AyieBlog
Assalamualaikum, bagi pendapat akulah mana-mana sama sahaja, masalah sosial or seangkatan bukan masalah pada sekolah or sistem itu, masalah datang dari manusia, kerosakan dimuka bumi oleh tangan-tangan manusia sendiri, sebab aku dulu sekolah agama pelajar tak bercampur, so bila masuk kolej or universiti aku jadi kekok nak berkawan dengan perempuan, ada jugak sekolah pondok yang bla and bla, sekadar pendapat….
Affan Ruslan
hehe. betul, cuma pengasingan ni bagi aku bagus untuk membendung di peringkat awal hehe
suri
salam..
dulu mmg masuk sek campur huuu..
skrg plk keje pjbat campur dagn org cina..
penting pokok pangkalnya hati…klu nak bljar2 tuntutlah ilmu biar serius,klu main2 mmg tak mjdi huuu
Affan Ruslan
Wa’alaikumsalam
Betullah, semuanya mula dengan hati. hehe
feedyoursoul84
mng ada dgr ttg kajian cmnih.. lg 1 ttg pengasingan plajar pndai dan krg pndai dlm klas yg berlainan. akibatnya yg bijak semakin bijak dan sebaliknya berlaku pd plajar yg jrg bijak. sbb 2la dieorang jd lbh bijak dr kita semua..
Affan Ruslan
hehe. pasal pengasingan camni, setuju. dulu kat sekolah pernah dibuat camtu.
rasanya budak pandai jadi pandai, budak kurang pandai terus ketinggalan
Affan
Belajar daripada Yahudi: Sebab kenapa pelajar Yahudi bijak http://kelantanbloggers.com/read/10343
fadwa
setuju!!
sekarang ni pun ramai pelajar yang datang sekolah bukan tujuan untuk belajar tapi nak jumpa rakan yang berlainan jantina..
benda macam ni lah yang menyebabkan kecenderungan pelajar untuk belajar terjejas:(
Affan Ruslan
hehe. tu namanya niat dah berubah tu.
syahrilhafiz
urm macam mana eh? rasanya kalau bab2 ni aku suka campur2..hehe
sebab masuk dalam dunia kerja nanti lebih confident nanti..
Affan Ruslan
dalam dunia kerja pun, tengok lah keperluan.
suka ye ko campur2. campur2 windows dan linux mau? hehe
Hadi Rofiee
Salam Bro.
Aku sangat sukakan hasil dapatan ini. Ia sangat bermakna untuk diteliti.
Benar, tidak kira lelaki @ perempuan, kadang2 bercampur kelas dapat menganggu tumpuan belajar. Hmm..
Ada sesetengah sekolah (lazimnya sekolah swasta) akan mengasingkan pelajar L & P. Bahkan jika sekalipun, mereka akan meletakkan penghadang pemisah seperti tirai contohnya.
i’Allah ilmu yang diperolehi akan diberkati. Itu yang tersangat3x penting. 😉
Affan Ruslan
betul, bahkan dalam satu program di sebuah masjid di toronto, dalam bulan lepas pun, lelaki dan perempuan diasingkan dengan tirai walaupun duduk bersebelahan.
sebenarnya banyak lagi cara untuk berkomunikasi dengan perempuan, bukan setakat waktu belajar je kan? hehe
Hadi Rofiee
Benar. Kajian telah dikemukakan. Jika benarlah ia, maka tindakah harus dilakukan sekarang.
Mungkin boleh sedikit demi sedikit kerana lama2 ia akan menjadi bukit. 🙂
intankuterpilih
masa form 1-3, saya dikelaskan di kelas khas iaitu semuanya pelajar perempuan berbanding dengan kelas2 lain… memang best… nak berbincang ke, nak bertanya cikgu takde rasa malu2…
bila masuk form 4-5, ada 5 org je lelaki, tapi mereka yang malu sebab kuantiti lebih kecik dari pompan… tp betul, masing2 nak control macho jer lagaknya…
Affan Ruslan
hehe.
kalau terlalu minoriti, saya pun malu kak.
pergh, kalau 5 je, mmg kena jaga lah. hehe
ARC™
tapi tapi
bbudak skolah yg x coed bile kluar skolah lagila renjatan budaya
Affan Ruslan
hehe. tu pun aku setuju juga.
mungkin ada peringkat2 umur tertentu lah sampai bila diorang perlu di isolate hehe
ARC™
agaknyelah kan. kena buat kajian psikologi ni. boleh buat thesis phd keh3
aQmam jaffar
betui2…boleh jaga pndangan..xde la yg main mata dlm kelas
Affan Ruslan
main mata? hehe. bahaya tu, dari mata jadi nafsu
Rie
minta izin ambil post ni jd my top 5 posts minggu ini 🙂
http://riezarchry.com/home/ajournal/5-posts-paling-best-di-rle-minggu-ini/
Affan Ruslan
terima kasih bro
Sir Marcello
aku ingat hang nak tulis lagi detail…takpe lah nice info…
Affan Ruslan
hehe. tu je lah idea yang ada masa baca artikel tu
fikryn
Bagus juga jika sistem pendidikan negara menggunakan kaedah ini. Namun setiap sesuatu itu ada pro dan con terutamanya dengan negara yg berbilang kaum dan berbilang pandangan. Selain itu faktor kemampuan kerajaan juga perlu diperhalusi jika sistem pendidikan sedemikian dilaksanakan spt, bilangan sekolah akan berganda dan keperluan guru juga akan berganda.
Namun jika kita mengikut kaedah Islam, memang ini lah sistem pendidikan yg dikehendaki terutamanya utk pelajar sekolah menengah.
Good info!
fitri
sekular memang satu kenyataan di Malaysia..walaupun kita menganggap kita negara Islam tapi pemisahan agama dalam urusan seharian memang perkara yang benar..
kita kena balik kepada Islam..cuma pemimpin politik kena ada political will yang mungkin akan menjejaskan karier politik diorang untuk mengubah keadaan sekarang..
teladan nabi Muhammad bukan sengaja dibuat-buat..tapi ada kebaikan yang kita sendiri tak nampak pada mata kasar..
eszol
make sense
Langkah Minda Positif
masa aku sekoalh dulu..cuma ada 2 orang pelajar pompuan, tu pun dah segan nak nakal2 lebih2. takut diaorg report kat pelajar pompuan kelas lain.
tumpuan memang akan terganggu, biasalah..darah muda remaja. tgh panas membara.
elok diasingkan supaya ianya boleh dikawal bukannya menindas. InsyaAllah
mikeon9
kalau ikut logik dan munasabah,memang betul dah. actually yahudi banyak guna pendekatan Islam tapi di’twist’kan sedikit biar nampak lain supaya nampak keaslian daripada buah fikiran diorang. apa-apapun nice research. Ingatkan tadi pasal cara pemakanan,rupanya pasal pembelajaran pulak. Thanks for sharing.
shida honey
bagus cara pembelajaran dorg! sokong sangat! kan bgus klu malaysia pun dorg wat mcm tu…baru laa negara maju…ish3! 🙂
phycrewz
yup..mmg btul artikel tu. mgkn berkesan klu wat gtu. aku xpnh rasa skolah xcampur gtu,campur ja dari kecik.. patutla xpandai..haha
chii
byk pro n cons nya..mcm chii sendiri dulu pun gurl school gak dr sek ren sampai men..mmg kwn laki xde melainkan adik2 sendiri n sedara mara..tp once masuk u..baru dpt bergaul ngan lelaki..tp alhamdulillah x berlaku nya culture shock..kadang2 ada certain org yg sblm ni x pernah bergaul ngn lain jenis..bila dpt peluang..haa..tu yg muncul masalah lain pula
Ammu ahmad
Sebenarnya memang itulah kaedah pembelajarn dalam islam…wanita dan lelaki tdk boleh dicampur satu kelas -di universiti azhar egypt,pelajar lelaki dan perempuan diasingkan…bukan kelas,tapi bangunan universiti…contoh: pelajar lelaki di gombak,pelajar perempuan di cheras…mcmtula…sebab mana mungkin apabila digabungkan,fokus akan bertambah baik…percayala…setiap kebaikan yang ingin kita lakukan,pasti ada yang anti dengan kita..siapa lagi kalau bukan IBLIS&Syaitan yg minta dengan Allah supaya menyesatkan anak2 Adam hingga hari kiamat-Ingat peristiwa kenapa iblis dicampak oleh allh dari syurga??krn angkuh dan bongkak tidak mengiktiraf Adam sebagai makhluk….wallhua’alam
Lenggang Kangkung
Orang Islam masa ini ramai yang malas belajar.. termasuk saya..