Semalam saya tweet sebuah pertanyaan di Twitter mengenai bagaimana hendak mengetahui saiz jari perempuan untuk membeli cincin. Ialah, bagi sesiapa yang hendak berkahwin dan membeli cincin, kenalah pastikan saiz cincin tersebut muat untuk jadi perempuan. Kalau tak muat kan dah susah. Haha.
Soalan serius: Macam mana org lelaki nak tau saiz jari perempuan bila nak beli cincin? Atau main agak2 je? Haha. Ada org tanya.
β Affan (@affanruslan) September 19, 2012
Tak sangka ramai yang memberi respon. Terima kasih kepada semua yang memberi respon. Hehe. Jawapan-jawapan ini mungkin membantu bagi anda yang tertanya-tanya (terutama bagi lelaki lah)
1. Bawa pasangan anda ke kedai
Jawapan paling mudah. Bawa je pasangan anda ke kedai. Pastikan bawa sekali bakal mak mertua sekali atau ahli keluarga pihak wanita. Tak elok keluar berdua-duaan π
@affanruslan tanya jer terus perempuan tu… Tak pun bawa sekali gi kedai….
β Mohd Hadihaizil Din (@eizil) September 19, 2012
2. Ukur jari kelingking
Bagi lelaki, ukur jari kelingking anda sendiri. Kemudian belikan cincin yang sedikit kecil saiznya, atau muat-muat. Mungkin anda dapat agak, kalau anda berbadan besar tetapi pasangan anda kecil dan comel, maka belilah cincin yang sedikit kecil dari saiz jari kelingking anda.
@affanruslan ada cakap, ukur ikut kelingking laki tu. Tapi xsemua sama. β Jannah Suhaimi (@jannahahahaha) September 19, 2012
Β 3. Tanya kawan
Tanya kawan rapat atau kenalan pasangan pasangan anda.
@affanruslan @luqeem tanya kawan2 dia
β gp(@HeyAzwan) September 19, 2012
4. Minta bantuan emak mertua
Lebih kurang dengan jawapan no 3. Minta tolong mak anda sendiri yang belikan. Pandai-pandailah diorang nak mengagak, ye tak? π
@affanruslan @eizil kak jie dulu tak ukur pun, mak mertua yg belikan sedangkan masa tu kami belum pernah berjumpa pun.muat je.
β kujie (@kujie) September 19, 2012
Jangan…
Jawapan yang sangat tak membantu. Haha. Saja kongsi disini, jangan ambil serius π
Potong tgn buat smple. Ahah. RT @affanruslan: Soalan serius: Macam mana org lelaki nak tau saiz (cont) tl.gd/jbcqtr
β Mardiana Abdullah (@Nana_Ohsem) September 19, 2012
Ada sesiapa lagi ada jawapan yang lebih menarik? Boleh lah kongsikan dalam bahagian komen di bawah ye.
ps: Selamat ulangtahun perkahwinan ke 21 buat rakan blogger, Kakjie, pemilik Kujie2.com. Bagi yang sudah berkahwin, jangan lupa sertai contest mudah di blog beliau dan anda berpeluang memenangi hadiah penginapan di Legend Cherating Resort.
Kredit gambar:Β soyahchanteq.blogspot.com
kujie
time affan esok, tak yah masuk contest, kak jie bagi je terus hadiah pi bulan madu kat Cherating tuuu………. tapi macam tawaran ni perlu ada due date, lah…
hihihih……
Affan Ruslan
Wahahah terharu kejap.
Kalau dua date die lagi 3 tahun, boleh kut hahah π
Denaihati
tahniah, hadiah besar mudan madu dah menunggu.
Mak lagenda
Pinjam cincin sedia ada pasangan tu then bawak ke kedai utk amik saiznya. Like amik cincinnya sebagai contoh lah…kan mudah?
Linda
Nak lg senang… Bg je duit kat perempuan tu biar perempuan tu beli sendiri. Hhhh
sunah sakura
tanya je pompuan tu sendiri..suh dia pi kedai cincin, ukur…lepas tu gitau lelaki tu…kan senanggggggg…hahaha
Sya Isya
jawapan potong tangan tu paling best. pastu mesti kahwin dengan perempuan tu lah. kalau tak, sian dia. alaa.. tanya je size. apa susah.
Man
tahniah affan sebab nak kahwin. =)
Syafiq ΠomoΡΠ΅Ρ Π½
aku suka jawapan ni haha
Eizil
Nak tumpang suka gak, sebab affan dah nak kahwin… π
Affan Ruslan
Mai dah die panggil geng-geng. Haha
akubiomed
Masa beli cincin bertunang memang ngam tidak longgar atau ketat. Saya bawa orang tua ketika membeli cincin. π
Affan Ruslan
Mereka lebih tahu bab-bab ni π
DaHLia
sis hr tu, g ukur kedai dan bg saiz cincin tu kat Si Dia..
almaklumlah duk berjauhan.huhu…
alhamdulillah muat walaupun risau gak sbb masa tu bulan puasa, mengecut sikit π
fayyusof
sememangnya semasa saya diperi gkat remaja awal duapuluhan, saya memang difahamkan jawapan nombor dua tu memang diterimapakai. Itu zaman sayalah…
Hafizul
Haha..kerat tangan terus..ada jugak yang bg pendapat mcm tu..kesian la kalau yang kena kerat tu bakal isteri kita..haha..tak pasal2 dapat status OKU..
nurdani
hahahaha yang last tu lawak gila
Azah
jangan guna tips no 2. cth macam aku ni, harap je badan kecik cikeding, tapi jari gemok2 jugakk.. haha
Affan Ruslan
Hahahahah kena exercise sikit jari ko tu. Haha
Azah
haha.. kalau betis ke paha ke boleh la aku berlari2 ke jogging ke.. kalau jari jemari aku nk exercise cemana? main piano? haha
Shahrul
belai je agak2, kalau tak muat pegi tukar π
Affan Ruslan
Nak tukar pun kena ada duit juga, berat die dah lain hehe
wanayu.com
info yg menarik… haha
hazman aka species1980
petua jari kelingking memang ramai yang orang guna…. anyway tips yang bagus gak nie
beckhr00y
beli satu cincin pakai suka2 utk dia kemudian mesti igt saiz apa
Noorikmal
Assalam, yang no. 2 tu rasanya boleh juga… hehehe… tapi yg terbaik baik ajak sekali bakal isteri dngn mak mertua tu senang sikit… terbaiklah..
daddydee
Memang terbaik lah yang last tue…hahahha
syazlinaiza
Macam kakjie tu best.
Anyway,tahniah!kahwin nnt jemput okeh. π
Affan Ruslan
Tulis kad kahwin, hantar kad diri sendiri. Ok? Haha.
muazfaris
hihi, kak jie dah kasi green light tu.. untung la dia.
bardboo
bawak pergi kedai sekali je senang..hehe…
sara
nombor 1 yg paling tepat!
KiD
tak payah… tak payah… bawak je kedai emas dan tokey emas dengan cincin-cincinnya ke rumah… semua boleh pilih nanti.. π
Haz
yg jangan hrp jangan la dibuat ye..hehe
nurmisnan
Masa aku nak kena lamar tuh mr. hubby cuba2 pinjam cincin konon
nak tgk lah.. tapi sebenarnya dia ukur ikut jari kelingking.. agak2 jer..
tapi ngam plak selepas disarungkan semasa majlis..
anisfasha
Ukur jari si dia dgn benang,bawak g kedai. Taw la dorg nak buat apa.
Izwanyusof
nak cincin? PM me. ads text kejap.
hehehehehehe.
ala,tanya ar sendiri. berkias2. baru macho weh!
mohd hanifah
kalau nk surprise, suruh si dia gi belikan cincin tu kat kdai. konon best friend kita nk kawin, tp tak tau mcm mana nk ukur jari awek dia. then kononnya jari si dia tu lbh kurang sama kot dgn awek kpd best friend kita.. padahal sbnrnye si dia tgh beli cincin utk dia sndri… bnde ni pnh ade org buat.. π
Affan Ruslan
Ini sangat awesome. Nice idea gak haha π
Naziman
Potong tangan tu best. haha. tak la. Saya rasa itu ikut pasangan juga. Kalau pasangan jenis pemalu atau nak berahsia, suprise, boleh tanya kawan-kawan dia. Kalau rapat dengan mak mertua, boleh tanya mak mertua. Untuk ukur jari sendiri tu, susah sikit. Tak boleh nak agak. Saya dah cuba. Kalau nak paling selamat, boleh saja-saja tanya, cakap ja saja nak tahu. Nanti pandai-pandai buat suprise. hehe
kimmie
kalau beli cincin untuk buat suprise mungkin perlu dirisik dengan kawan2 yg rapat dengannya. Kalau tak boleh je tanya terus kat tuan punya jari π
cikgu naman
haha..’orang’ yang bertanya tu Affan Ruslan ke nama dia?
pinjam je cincin yang dia pakai sekarang kalau ada..haha..
nakha
salam bro, da lame saya xblogwalking kt blog bro, bz! sori =)
Hairul Azni
Test kat jari dia guna getah gelang,pastu bawak getah gelang yang dah diukur tu ke kedai jual cincin….errkkk..boleh ke?
Affan Ruslan
Boleh. Tapi tak surprise lah π
Bro Framestone
Yang pernah bro buat….
Bawa dia sama pergi pilih dan ukur cincin, jika tak muat atau terlebih mintak kedai adjustkan
Affan Ruslan
Hehehhe.
Baru tau bro dah bertunang dan akan berkahwin. Dengar citer hujung tahun ni ye?
Semoga semuanya dipermudahkan.
iAwani
ya, saya juga dengar khabar bro akan berkahwin hujung tahun 2012. Tahniah untuk Bro Framestone.
Dulu Lain Sekarang Lain
Adehh.. mcm mana kawe buat dulu err? Dah lupa.. Nampak benor dah lama tak belikan bini cincin. Next month lah…
iAwani
… teringat semasa membeli cincin tunang kami (Mei 2012) saya dan tunang sama-sama pergi membelinya. Dia cuba sendiri di jari manis. Begitu juga apabila saya dan tunang membeli cincin kahwin sebelum hari pernikahan kami sekitar Ramadhan 2012. susah mau teka-teka sebab cincin kawin akan dipakai untuk jangka masa panjang.
permatarich
assalamualaikum..tumpang lalu.kebetulan terjumpa site ni,nak share sikit tips. untuk bakal pengantin lelaki mengukur cincin bakal isteri tu senang jer..Insya-Allah.
seelok-eloknya,guna cincin di jari bakal isteri.bakal suami cuma perlu cuba sarungkan cincin bakal isteri tu kat mana-mana jari bakal suami.
contoh,jika cincin itu muat pada jari kelingking bakal suami,itulah saiz cincin sebenar. bakal suami cuma perlu ke kedai emas dan cuba mana-mana cincin yang muat pada jari kelingking tersebut.
untuk mereka yang tinggal di Bangi,kajang,Putrajaya,boleh hubungi saya untuk ukur cincin percuma.nak ukur saiz cincin untuk anak atau ibu pun boleh.guna teknik yang sama..sebab set pengukur saya boleh mengukur dari saiz 1 hingga 33. ( 016 393 6058 -permata )
permatarich
tips ni sangat berguna untuk mereka yang nak buat surprise..khasnya untuk ibu sempena hari ibu atau nak beri pada isteri yang tersayang sempena ulangtahun perkahwinan
Timah timun
ukur jari kelingking lelaki punya pasal.cincin longgar.adoi.laki tu tnya baik2…ak kata ikut jari kelingking dia.blum smpat amek ukuran kat kedai emas, cincin da dibeli. si lelaki excited sgt.tgh hri beli, mlm terus merisik…speechless