Bagaimana Mengetahui Saiz Jari Perempuan Ketika Hendak Membeli Cincin?

Cincin pertunangan

Semalam saya tweet sebuah pertanyaan di Twitter mengenai bagaimana hendak mengetahui saiz jari perempuan untuk membeli cincin. Ialah, bagi sesiapa yang hendak berkahwin dan membeli cincin, kenalah pastikan saiz cincin tersebut muat untuk jadi perempuan. Kalau tak muat kan dah susah. Haha.

 

Tak sangka ramai yang memberi respon. Terima kasih kepada semua yang memberi respon. Hehe. Jawapan-jawapan ini mungkin membantu bagi anda yang tertanya-tanya (terutama bagi lelaki lah)

1. Bawa pasangan anda ke kedai

Jawapan paling mudah. Bawa je pasangan anda ke kedai. Pastikan bawa sekali bakal mak mertua sekali atau ahli keluarga pihak wanita. Tak elok keluar berdua-duaan ;)

2. Ukur jari kelingking

Bagi lelaki, ukur jari kelingking anda sendiri. Kemudian belikan cincin yang sedikit kecil saiznya, atau muat-muat. Mungkin anda dapat agak, kalau anda berbadan besar tetapi pasangan anda kecil dan comel, maka belilah cincin yang sedikit kecil dari saiz jari kelingking anda.

 3. Tanya kawan

Tanya kawan rapat atau kenalan pasangan pasangan anda.

 

4. Minta bantuan emak mertua

Lebih kurang dengan jawapan no 3. Minta tolong mak anda sendiri yang belikan. Pandai-pandailah diorang nak mengagak, ye tak? :lol:

Jangan…

Jawapan yang sangat tak membantu. Haha. Saja kongsi disini, jangan ambil serius :)

 

Ada sesiapa lagi ada jawapan yang lebih menarik? Boleh lah kongsikan dalam bahagian komen di bawah ye.

 

ps: Selamat ulangtahun perkahwinan ke 21 buat rakan blogger, Kakjie, pemilik Kujie2.com. Bagi yang sudah berkahwin, jangan lupa sertai contest mudah di blog beliau dan anda berpeluang memenangi hadiah penginapan di Legend Cherating Resort.

 

Kredit gambar: soyahchanteq.blogspot.com

Komen Pembaca

  1. time affan esok, tak yah masuk contest, kak jie bagi je terus hadiah pi bulan madu kat Cherating tuuu………. tapi macam tawaran ni perlu ada due date, lah…

    hihihih……

  2. sis hr tu, g ukur kedai dan bg saiz cincin tu kat Si Dia..
    almaklumlah duk berjauhan.huhu…
    alhamdulillah muat walaupun risau gak sbb masa tu bulan puasa, mengecut sikit :D

  3. fayyusof

    sememangnya semasa saya diperi gkat remaja awal duapuluhan, saya memang difahamkan jawapan nombor dua tu memang diterimapakai. Itu zaman sayalah…

  4. Masa aku nak kena lamar tuh mr. hubby cuba2 pinjam cincin konon
    nak tgk lah.. tapi sebenarnya dia ukur ikut jari kelingking.. agak2 jer..
    tapi ngam plak selepas disarungkan semasa majlis..

  5. kalau nk surprise, suruh si dia gi belikan cincin tu kat kdai. konon best friend kita nk kawin, tp tak tau mcm mana nk ukur jari awek dia. then kononnya jari si dia tu lbh kurang sama kot dgn awek kpd best friend kita.. padahal sbnrnye si dia tgh beli cincin utk dia sndri… bnde ni pnh ade org buat.. :)

  6. Potong tangan tu best. haha. tak la. Saya rasa itu ikut pasangan juga. Kalau pasangan jenis pemalu atau nak berahsia, suprise, boleh tanya kawan-kawan dia. Kalau rapat dengan mak mertua, boleh tanya mak mertua. Untuk ukur jari sendiri tu, susah sikit. Tak boleh nak agak. Saya dah cuba. Kalau nak paling selamat, boleh saja-saja tanya, cakap ja saja nak tahu. Nanti pandai-pandai buat suprise. hehe

  7. … teringat semasa membeli cincin tunang kami (Mei 2012) saya dan tunang sama-sama pergi membelinya. Dia cuba sendiri di jari manis. Begitu juga apabila saya dan tunang membeli cincin kahwin sebelum hari pernikahan kami sekitar Ramadhan 2012. susah mau teka-teka sebab cincin kawin akan dipakai untuk jangka masa panjang.

  8. assalamualaikum..tumpang lalu.kebetulan terjumpa site ni,nak share sikit tips. untuk bakal pengantin lelaki mengukur cincin bakal isteri tu senang jer..Insya-Allah.

    seelok-eloknya,guna cincin di jari bakal isteri.bakal suami cuma perlu cuba sarungkan cincin bakal isteri tu kat mana-mana jari bakal suami.

    contoh,jika cincin itu muat pada jari kelingking bakal suami,itulah saiz cincin sebenar. bakal suami cuma perlu ke kedai emas dan cuba mana-mana cincin yang muat pada jari kelingking tersebut.

    untuk mereka yang tinggal di Bangi,kajang,Putrajaya,boleh hubungi saya untuk ukur cincin percuma.nak ukur saiz cincin untuk anak atau ibu pun boleh.guna teknik yang sama..sebab set pengukur saya boleh mengukur dari saiz 1 hingga 33. ( 016 393 6058 -permata )

  9. Timah timun

    ukur jari kelingking lelaki punya pasal.cincin longgar.adoi.laki tu tnya baik2…ak kata ikut jari kelingking dia.blum smpat amek ukuran kat kedai emas, cincin da dibeli. si lelaki excited sgt.tgh hri beli, mlm terus merisik…speechless

Komen Anda

Emel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi. Sila gunakan bahasa yang sopan.