Triberr.com merupakan sebuah aplikasi yang kini popular dalam kalangan pengguna twitter Malaysia. Bagi tweeple luar, saya kurang pasti. Bagi yang tidak tahu, Triberr adalah aplikasi two-ways autoretweet.
- Setiap pengguna boleh membentuk tribe atau kumpulan masing-masing.
- Jika salah seorang ahli tribe update blog mereka, ahli-ahli tribe yang lain akan turut sama Retweet entry tersebut.
- Jadi, dengan kata lain, ahli akan auto-retweet entry sesama mereka.
Kelebihan Triberr.com
Ada beberapa kelebihan triberr ini, antaranya:
.
1. Lebih pendedahan.
Apabila ahli tribe anda retweet entry anda kepada follower-follower mereka, secara tidak langsung mereka akan lebih mengenali (familiarize) dengan blog anda.
2. Meningkatkan trafik.
Ini memang diakui oleh pengguna-pengguna triberr. Mungkin takde siapa yang dapat nafikan fakta ini.
Kekurangan Triberr
Walaubagaimanapun terdapat beberapa kekurangan yang akan menyebabkan Triberr ini, suatu hari nanti, akan ditinggalkan oleh pengguna:
.
1. Entry yang tidak sesuai
Saya merupakan seorang yang cerewat bab-bab retweet ni. Sebabnya, bukan semua entry di blog rakan-rakan yang sesuai dikongsi kepada follower di twitter. Ada kalanya, ada entry yang meletakkan gambar kurang sopan seperti tidak menutup aurat dan sebagainya. Ada juga entry yang mungkin “tidak senonoh” atau dengan kata lain tidak sesuai dibaca oleh semua orang. Jadi, bila guna aplikasi Triberr ini, kita mungkin akan TER retweet entry-entry seperti ini. Jadi, nak ke promote benda-benda maksiat?
2. Spam
Cuba bayangkan sebuah kumpulan yang mempunyai 50 orang, dan setiap orang auto-retweet entry masing-masing. Kemudian, setiap ahli juga update lebih dari dua kali sehari. Secara kiraan mudah:
49 ahli lain x 2 entries – 98 tweets
98 tweets banyak tak? Bagi seorang follower anda, mereka akan rasa ianya amat banyak. Cuba bayangkan kalau follower anda itu follow 10 orang lain yang juga menggunakan triberr. Cuba darab 10 pulak 98 tu, banyak tak? har har har. Cer tengok ni:
Tips menggunakan Triberr.com
.
1. Jangan buat tribe dengan ahli yang terlalu ramai.
Rasanya ini yang terbaik. Kalau ahli tribe anda sekitar 5-6 orang, itu sudah cukup baik. Ini untuk mengelakkan terlalu banyak retweet , dengan kata lain, SPAM. Kalau nak buat tribe yang besar pun tidak salah, cuma pastikan tidak tweet terlalu kerap (baca tip no 3)
2. Buat tribe dengan blogger yang mempunyai niche yang sama.
Setiap pengguna twitter mempunya pengikut masing-masing. Contohnya, @amanfirdaus, pemilik blog amanz.my mungkin mempunyai ramai follower yang ingin mengikuti update mengenai berita teknologi semasa. Jadi takkan die tak tweet pasal dunia Hiburan pulak? Betul tak. Jadi, saya perasan @amanfirdaus mempunyai group tribe yang disertai oleh blogger lain yang memiliki blog yang mempunyai niche yang sama (niche teknologi)
3. Tukar setting auto-retweet
Anda juga boleh menukar tetapan asal Triberr. Secara default, anda akan auto retweet entry ahli tribe anda setiap lima minit. Jadi, kalau taknak nampak seperti anda sedang spam timeline, sila tambah masa. Contohnya, setiap 30 minit atau 60 minit.
- Account > Content Setting > Tukar pada bahagian “Maximum frequency you’ll share tribemates posts? “
*Β Harap semua pengguna triberr, atau follower kepada pengguna triberr beri sedikit komen sama ada korang setuju atau tak.
Entry dari Azah.my –Β Annoying Triberr β Tribe Besar, SPAM Banyak
Pemenang Giveaway 4 Premium WordPress Themes akan diumumkan Rabu ini paling lewat π
adrinaqamarina
ha! tadi baru nampak ada sorang ni guna triber, baru nak gugel cari, tapi dah awak buat dulu entry ni. hehe! thanks!
tak best tak best! π
*second time komen sini*
Affan Ruslan
Haha. Tak best? ya, mmg ada risiko.
Kalau pandai buat tribe, takde hal
Azuan
Sebenarnya baru faham guna triberr ni.. patutlah pelik jer tgk byk lak yg aku tweet.. lepas ni kene setting balik la..
Kujie
Belum ada akaun triber walau ada jemputan – sedang menimbang baik dan buruk sebab akaun Twitter tu digunakan utk bersosial dengan kawanΒ².
Sesiapa yang ada triber kalau tiba2 follower Twitter berkurangan, jangan emo..jangan sentap…adalah sebabnya orang tak follower sebab kita semulajadi akan ikut aliran yang sesuai dengan diri kita… Kak Jie yang dah ‘warga emas’ ni tak kan nak tweet entri hiburan, entri terlalu personal – kita ada ‘zone’ untuk diri sendiri.
Affan Ruslan
Hehe. saya semalam cek, ada kawan unfollow.
Mesti ada something wring kat situ.
Takpelah, dah setting dah. hehe
yanmie
kdg2 ada jgk entry yg kita xnak org RT bnyk2 mcm entry personal, pndek kata utk bacaan sdiri, hehe bila ramai yg RT jg segan sbb entry tu bukannya entry berilmiah, sehari biasa update bnyk2, jadi terbantut nak update bnyk2 dek kerana ini.
perasan nama asik keluar tiap 5minit, maybe setting tak betul, takpelah removekan duku, tak berapa selesa sebenarnya bila dah jafi spam link nie, takpelah tak semua org sama kan, bg akak takpelah cukup dengan bersederhana.
kadang2 ada entry kita tak perlu RT, bg akak RT nie mcm tanda setuju, bila ada auto RT ke entry kurang sedap mata memandang secara tak langsung auto RT seolah2 kita setuju dengan entry tersebut, takpelah akak amalkan bersederhana, entry menarik dan berilmiah pasti akak RT kan, jgn risau…hehehe
apa pun terima kasih buat DH atas jemputan beliau. akak sokong network yang cuba dikembangkan oleh beliau walau dalam bentuk apa pun. cuma triberr nie akak nyerah kalah, hehe ada pro and cons nye.
ehhh panjang lak komen…hahhaa
Kamil ace
bab post personal tu yang tak best tu kalau tengok orang asek RT memanjang..kadang2 bnyk merepek je kalau yang personal..haha
Affan Ruslan
haha ye betul.
RT tu boleh kata macam tanda setuju, sama macam like.
Bila RT benda ngarut2, mula lah org tanya kat twitter pasal benda yg kita tweet, padahal kita tak baca pun entry tu heheh
mancai
dah tau tapi tak lagi datang minat nak gunakan… rasanya cara biasa lebih menyeronokkan… dan memuaskan… huhuhu… tutorialnya menarik bro… tq2
kid
tu laaaa.. ada kebaikan dan keburukan.. ada join satu tribber je dulu.. π
adele
mcm menarik..em,ada sape2 nk join sy buat triberr?hehe
izwannizam
apapun aku dah retweet entri ni.opss.haha
memang aku dah fikirkan soal ini sebelum dapat apa2 invitation pun…kalau niche blog yg tak sentuh langsung pasal peribadi,aku rasa memang patut ada triberr ni sebab memang kita fokus nak buat duit.tapi kalau blog rojak yg ada segala macam isi,kurang sesuailah.takut entri sumpah seranah atau political judgements kita pun heboh satu dunia.tak ke haru?haha
personally,aku retweet entri kawan2 yang aku rasa tak akan menyentuh peribadi kawan itu sendiri.maksudnya,dengan retweet itu,tak akan ada side effect yg tak diinginilah..
mencegah itu lebih baik π
Affan Ruslan
hehe. thanks for RT bro.
Btw, dah join triberr ke lepas baca entri ni?
anif
Nampak macam menarik.. tetapi tak berminat untuk mencubanya buat masa ni. π
Affan Ruslan
Hehe takpe, sesaja nak test
Denaihati
Setiap blogger ada prinsip dan mungkin sebelum ini tak berapa faham sangat triberr ni apa bila dah faham tak sesuai. Kepada rakan tribe DH yg rasa nak menarik diri no hard feelling just say tqvm before leaving. Untuk menjadi sesuatu network itu sukses memang akan melalui proses pematangan itu biasa.
Affan Ruslan
Hehe. Nak join tribe besar boleh, cuma perlu lah setting dengan baik.
Saya bersyukur sebab ada dalam tribe denaihati sehingga saat ini. Terima kasih bro, harap tak berkecil hati dengan entry ini, cuma saya nak bukak minda org yg dah join atau baru nak join. Sekurang2 nya diorang tau serba sikit.
π
Azah
betul tu, sekurang2nya ahli tribe yg lain dapat sama2 faham dan manfaatkan tribe DH dengan sebaiknya.
naim marinin
memang berguna kalau utk update benda2 yg berguna. kalau setakat nk tweet bnda2 alah gedix2.. memg menyusahkan. kalo nk gedik2 xpyh nk guna triberr. buat semat kt tweet org lain je. =P
chuu
haihh., twiter pun x bape nak aktif. err, bila pulak la akn guna application nih π
akubiomed
Triberr ini bagus untuk berkongsi entri sesama blogger cuma disebabkan dia auto retweet tidak sempat hendak menapis mana yang boleh berkongsi dan yang mana tidak. Walau bagaimana terima kasih kerana memberi peluang saya mengunakannya walaupun seketika.
Affan Ruslan
Owh pernah cuba ye?
Ye, macam bro cakap, itu antara kekurangannya. Kalau nak elakkan benda camtu, kenalah pilih ahli tribe yg sebulu, takpun kumpul ahli dgn niche blog yg sama
sjiehan
baru paham sikit2 ttg twitter ni..thanks bro… nk RT pon x reti lagi..hahahha
zulkbo
salam..
setakat nih saya
pun pening dengan triberr
apapun kalau menghasilkan
trafik saya on je..
harap tak menyusahkan
orang lain..maaf di pohon..
π
Affan Ruslan
salam.
Hehe. ya ada orang cakap trafik meningkat, cuma saya takde statistik nak tunjuk. malas nak cek dan bandingkan sebenarnya
zulkbo
saya akui..mood nak
updated blog kadang kala
mencecah 5 eny-tri sehari..
π
zuls
baru jer nak menulis pasal ni, dah ada orang tulis… π
Saya memang setuju pasal baik buruk triberr ni..
Affan Ruslan
hehe tulis je bro, mungkin ada lagi yg tertinggal di entry ni
iqbalhakimi
aku dah perasan benda ni..tapi baru tahu nama dia…ahaha
Ezany-Kun
annoying giler bila ramai org yg aku follow ade dlm tribe yg sama.. asek2 kluar entri yg sama.. setting auto RT tu leader jer boleh tuka atau setiap ahli dlm tribe tu pun boleh tuka ek..?
p/s: sensor pic awek cun ker.. :p
Affan Ruslan
semua boleh tukar.
p/s: gambar kurang sesuai haha π
Izwan
lagi satu kan.. bila kita auto RT orang tanya aku respon dari apa yg aku RT tu..padahal tak baca lagi tapi sebab auto RT kan.. so tak tau nak jawab camane.. aku senyap je.. π
Affan Ruslan
haha sama lah π
syahrilhafiz
yeaa, network affan paling sikit aku rasa..haha
TL aku ok je, denaihati yang banyak pun π
Affan Ruslan
Eh, hang dalam aku nye tribe kan? 3 org je tribe tu rasanya kehkeh. Nak jemput org lain pun blh, tapi pilih yg ok2 sikit. Aku takmo subahat entry tak senonoh haha
anies hisham
ilmu baru walaupun x guna twiter
Lizz
salam, nice sharing. memang tengah fikir macam mana nak kurangkan spam. sebenarnya bagus menda ni sebab saya boleh nampak trafik meningkat jugak untuk certain topics. cuma, itulah bila RT entry ada contain agak lucah or pelik sikit..saya kurang selesa. maybe kena setting timing tu. thanks a lot!!! suka entry ni
Affan Ruslan
Salam.
Thanks. Ni pun baru gak tau bila godek2 setting tu haha
Syazwan
kalau aku tanak orang lain spam RT entri aku, aku unassign je feed aku dulu. contoh masa aku banyak update entri join giveaway/kontest/segmen
bila aku tulis balik entri berguna aku assign balik.
Affan Ruslan
haha good way. itu la, kadang2 entry join contest merapu rapu cam tak sesuai lak nak soh org RT, jadi kita lah kena pepaham sendiri
Mohd Isa
aku x sempat lagi nak godek2 triberr ni…ada masa nak kena ushar gak…main retweet jerk masalah gak…haha
Twit N View
kepada pemilik blog download yg tidak sah jgn join mana2 triberr yer kerana anda nanti org lain dapat susah…
MuJE
sebenarnya aku pon malu kalau ramai yang RT post mengarut aku.
Yela, takkan setiap kali keluar post berkualiti kot. So kena pandai-pandai la adjust setting tu.
FD
tak ada masa nak main.. fullstop !! wahahaha
Shahrulsite
Yang paling x best dia send emel bila ada ahli spoken dan ahli baru…penuh inbox
Affan Ruslan
Itu lah blh tukat setting rasanya
Mariuca
Thank you for the tips, me too cerewet about RTs!
madammondoq
ermm.. still mencuba guna triberr ni.. so far ok.. and kalau dah rasa macam annoyingkan followers mungkin setuju dengan pendapat yang lain..
Affan Ruslan
owh, ye. kena try and error. kalau ada follower complain, atau follower berkurang tu, ada something wrong lah tu
kakyong
yup. akak pun rasa terganggu ni triber nih…
lebih2 lagi bila dlm 1 jam timeline penuh dgn RT yg sama… hampeh sungguh la.. π
Affan Ruslan
hahah. ye, bila sume yg kita follow tu dalam kumpulan (tribe) yang sama, memang akan jadi annoying. Jadi diorang kenalah pepandai tukar setting, bg lama sikit time interval tu
nC
wah, ane baru dengar ni aplikasi kyak gini. hehe
mklum ane gak suka maen tweeter. π
Jumir
Menarik ni….akan mencuba tips tersebut.
Ekspresi Ruang
isu ni makin menjadi perdebatan. tp baguslah. at least dpt bertukat2 pendapat dan solusi. artikel yg bagus, bro. keep it up!
Affan Ruslan
thanks bro. Ye, mungkin ada yang setuju, ada gak yang kurang setuju dengan artikel ni. Takde masalah, cuma aku harap orang2 yang dah join atau baru nak join berfikir dulu. hehe
MDHAFiZ.NET
belum ada buat lagi nih… nak cuba gak nanti π
bro faisal ada bgtau aku haritu.. sampai sekarang tak terbuat π
namaakulynn
nice entri.yup.totally agree with u encik.
p/s:last week,ninja hitam penuh TL.mggu ni tak smpat usha lagi. HAHA
Affan Ruslan
Haritu ada mention @namaakulynn kat twitter, tapi tak berbalas. Nampak sgt byk auto RT entry org tuuuuu hahah. Bila dah byk, mention pun kadang2 terlepas pandang
namaakulynn
uhuk!patut la ada sense masuk balik sini.
ada mention yg tak berbalas ke?(pikir2kejap)
auto RT @namaakulynn tak sebanyak @affanruslan.(retis pulak tu)
HAHAHA. #kbai
Sir Marcello
rasa cam dah lama triber nie..tapi dia by invitation…aku selalu jumpa blog sembang triberr nie bagus…but tak pernah lg sembang ttg keburukannya i.e tweet benda maksiat etc…well done~
Affan Ruslan
Hehe. Itu yang aku terfikir dulu la, cane kalau sorg ahli tribe suka post entry2 lucah ke, confirm aku kuar group tu. Takmo aku subahat hehe
adrina
belom berkesempatan nk bertwit2
tp bleh share info ni tuk kegunaan masa hadapan
lallalala
jue
π
tehr
pilih yang mana sesuai je
tapi kalau dalam group ramai, memang dah pasti akan jadi semak je
Kay Masingan
huu…tak tahu pun apa benda triberr ni…nice info…tq
muhammad fakhruddin
Nasib baik tribe yang saya join tak besar mana…kurang jugalah masalah spam dari triberr ini.
Terpulang kepada masing-masing untuk melihat sama ada gelas itu separuh kosong, atau separuh penuh. Pilihan dan setting account di tangan kita π
jiwagua.com
Analisa Triberr.com : Antara kelebihan dan kekurangan http://twrt.me/lbanw via @affanruslan
Affan
Analisa Triberr.com : Antara kelebihan dan kekurangan http://twrt.me/lbanw via @affanruslan
lin azlina
owh..baru paham psl triber ni..rasanya cam taknak jer join…nnt byk sgt tweetnya
Affan Ruslan
tu bergantun pada jumlah ahli tribe dan jugak setting gak, kalau pandai, InsyaALLAH tak nampak macam spam hehe
cik peanut
Analisa Triberr.com : Antara kelebihan dan kekurangan http://twrt.me/bx1f6 via @affanruslan
TeknologiMY
Analisa Triberr.com : Antara kelebihan dan kekurangan http://twrt.me/vmas2 via @affanruslan
Ayie Network
Analisa Triberr.com : Antara kelebihan dan kekurangan http://twrt.me/uhhw1 via @affanruslan
Pacifista
Analisa Triberr.com : Antara kelebihan dan kekurangan http://twrt.me/zcg0p via @affanruslan
sjiehan
camne nak buat ruangan trackback?
Affan Ruslan
ni theme wordpress.
blogspot aku tak pasti lak bro, sorry :/
Affan
Beberapa perkara yg perlu anda tau sebelum join Triberr – http://t.co/bjozL0U
Jiejah Gorjes
tak reti ler nk guna twitt2 nih..huhu my twitdeck pun dah bersawang. mula2 jer cam batak sket pastu bosan sbb tatau guna ngeeee
titan
aku dah tawar hati benda yang berkatan dengan twitter atau tribber nih..malas dah nak layann..
Affan
Berfikir sejenak sebelum join triberr http://t.co/bjozL0U
β( Λ_Λ)β
Berfikir sejenak sebelum join triberr http://t.co/bjozL0U
wazy
Boleh tahan juga tribber ni
wrizuan
bro macam mana nak join tribber nie…:)
Affan Ruslan
Ada twitter tak?
Nak join hanya boleh atas jemputan (invitation)
Kalau ada twitter, add @denaihati , pastu cakap kat die nak join tribe die
yudi
baru tau kalo ada Triberr, thanks for information.
Bargain Desire
Winding down from BlogHer β11 β Just checking in! http://twrt.me/ui2j5 via @theCouponista
anastasyea
Yg bhgn SPAM tu la yg paling tak best dkt triberr..