Akismet tak berfungsi dengan baik, apa alternatifnya…?

Ada sesetengah blogger mengadu, komen spam dapat tembus plugin Akismet. Rata-rata pengguna wordpress akan gunakan plugin ni untuk menghalang komen spam. Komen spam yang terlalu banyak dalam sesebuah blog adalah tidak bagus kerana ia akan menjatuhkan ranking atau kedudukan sesebuah blog dalam enjin carian. Daripada apa yang dibaca dari laman web plugin WordPress, Akismet akan cek komen yang dihantar oleh pengomen dengan database Akismet dan komen spam yang telah di senaraihitamkan akan dimasukkan ke dalam folder spam. Tapi bila dah ramai mengadu, akismet tak bagus, jadi apa alternatifnya? Ada sesetengah plugin memang bagus, tapi bila ada masalah theme compatibility, terpaksalah cari alternatif lain kan?

.

1. Growmap Anti-Spambot Plugin [Download]

Nampaknya sekarang dah ramai guna plugin ni Malaysia. Pengomen hanya perlu “tick” pada kotak yang disediakan. Dah sudah tentu, spambot biasa tidak berkebolehan untuk menghantar komen. Namun, ada juga masalah plugin ni. Saya pernah cuba, tapi tak compatible pulak denga theme blog ni. Tapi Syahhrilhafiz pernah cakap Growmap Anti-Spambot pernah diceroboh.

growmap anti-spambot

.

2. Captcha Plugin

Sebenarnya ada banyak plugin jenis macam ni, pengguna hanya perlu menulis kembali CAPTCHA yang dipaparkan. Takpe plugin ni memang tak digalakkan, sebab menyusahkan! Kalau tersilap, kena ulang balik. Last-last, terus malas nak tinggalkan komen. Hehe. Antara plugin yang boleh dicuba:

.

3. NoSpamNX, NTZ AntiSpam dan Invisble Defender

“To protect your Blog from automated spambots, this plugin adds additional formfields (hidden to human-users) to your comment form” (WordPress.org)

Plugin ini akan menambah satu comment field di bahagian komen, tapi invisible. Kiranya korang tak akan nampak. Contohnya boleh tengok di bahagiang Contact di blog ni, cuma bezanya kalau guna plugin ni, korang tak kan nampak je.

invisible shield plugin

Kalau nak cuba, boleh download salah satu daripada berikut:

.

4. Math Comment Spam Protection

Simple Math Plugin

Screenshot dari cybernetics.com

Plugin yang keempat ni pun bagus dan lebih mudah daripada CAPTCH, sebab hanya perlu kira hasil tambah dua nombor, cuma susah kalau korang masih belum bersekolah je lah kot. Hehe. Kalau nak download sila download di bawah:

.

5.  TypePad AntiSpam [Download]

Yang ni lebih kurang macam Akismet, ada database untuk senaraihitamkan komen-komen spam. Boleh cuba. Haha.

Sebenarnya ada banyak lagi plugin untuk menghalang komen spam, cuma banyak yang tak diupdate untuk WordPress 3.0.1. No 1, 3 dan 4 adalah pilihan yang bagus, tapi bergantung kepada theme yang digunakan di blog masing-masing. Ada yang tak compatible.



Komen

  1. Menarik.. :) Bagus untuk pengguna WordPress.

  2. blog aku pkai GrowMap skrg ni.. setakat ni spam dah takde dah.. penceroboh pon masih blom dikesan lagi..

    • haah, perasan jugak. ramai orang pakai plugin tu. aku try guna, tapi nanti ramai org complain takleh komen. kesian pulak, last2 aku buang je. hehe

      • aku pon baru je pkai growmap. best2.

      • ni yang masaalah java script aritu ke Fan ?

        • haah bro. tapi aku pun pernah alami benda yg sama kat blog org lain. jadi skg ni try plugin invisible defender, ok lah. saja tak pakai plugin growmap tu, menyusahkan org lain pulak kalau ada problem. baru lah win-win situation :)

        • betul tu bro,
          teringat lagi aritu terpaksa guna shout box untuk komunikasi sebelum prob tu setel hehehe

      • Tapikan affan,bukankah komen-komen tu kita boleh tengok dulu di bahagian dashboard admin.kalau komen berbentuk spam kita boleh padamkan.

        • terima kasih kerana komen. memang boleh, betul tu. tapi ada sesetengah blog tu, sampai beratus2 komen spam masuk dalam sebulan. tak ke penat tu nak delete secara manual? hehe.

          memang ada sesetengah blog sikit je komen2 spam ni masuk, taktau lah kenapa. mungkin benda2 ni nasib jugak kot. jadi, sebagai persediaan sebelum kena serang, baik pasang apa2 yg patut dulu

  3. bagus pilih yg senang2 n cepat je, heheh, nice bro!

  4. setakat ni akismet boley tahan la..tapi ada gak yang terlepas…kalau kite perasan terlepas xpe..takut xperasan..nanti berlonggok dalam tempat komen tu…

    • betul, bila dah berlonggok, mungkin blog kita boleh kena penalti dari google sebab banyak komen spam

      • bro..aku try pakai spamnx tu..tp tak jadila..makin berlambak lak masuk..haha..xtaula kalau blog aku tak compatible..

        skang aku pakai akismet+growmap tu..stakat ni better drpd pakai akismet sahaja…

        • hahaha. risiko percubaan ditanggung sendiri. ekeke.
          aku pun masih cuba invisible defender. kalau pakai growmap tu, ok lah, mmg bagus dah. hehe

        • hurm camner tu…

          kena penalti dari google? blh tolong jelaskan…
          tq

          adakah ia bemaksud klu dlm blog kita byk spam kita akan didenda oleh pihak google ..bgtu ker?? erk….

        • haah, lebih kurang begitulah setau saya suri.
          sbb tu org nak elakkan spam.
          kalau tak baik biar je. heheh

  5. aku tak pasti yang mana terbaik.. erm… kalau captcha tuh memang lah dapat basmi banyak spammer..tapi kadang2 macam menyusahkan para pengomen… huhu..

  6. yeah! alternatifnya aku rasa tak payah pakai2 apa2 langsung biar je dia nak masuk terus..haha

  7. maklumat nih sesuai untuk blog self hosted je nih, tapi blogger blogspot pun bleh baca jugak kan, mana la tau untuk kemudahan belakang hari bleh refer sini balik kn.

    • betul. takpe, bagus jugak tau, kalau ada orang tanya boleh jawab sikit2. dulu saya guna blogspot juga, kadang2 tu baca juga entry pasal WP, kalau ada orang tanya boleh lah sikit bagi pendapat.

  8. setakat ni akismet yg aku guna masih tak buat hal lagi…tapi memang aku tertanya2 jugak alternatif selain akismet…akhirnya jumpa kat sini…terima kasih byak2 bro…terbaik dari ladanglah…hehe:D

    • sama-sama. saja listkan. masa tengah2 cari plugin alternatif kat website wordpress, jumpa banyak pulak. tu yang saja buat entry ni.

      Alhamdulillah, blog aku pun akismet berfungsi dengan baik

  9. biler lar aku nk tukar ke wordpress..
    tp aku lebih suke gune blogspot je

  10. Err nak tanya..antara banyak spam filter mana yang lebih baik. Buat masa ini saya pakai Akismet tidaklah meragam walaupun sekali-sekala terlepas

  11. Update! Akismet tak berfungsi dengan baik, apa alternatifnya…? http://goo.gl/fb/pBu6r

  12. komen LUV saya tak berfungsi huhu..

  13. haiya. hari ni bnyk org tulis pasal akismet ni. dkt 2,3 buah blog dh aku baca bende yg sama. haha. nice sharing bro.

  14. salam bro.
    dapat juga aku cari alternatif lain.
    trimas ya :D

  15. Buat masa ni blog aku masih boleh bertahan daripda spammer..Ancaman tak terok sangat..

  16. setakat ni tak ada masalah lg ngn akismet :-)

  17. Akismet tak berfungsi dengan baik, apa alternatifnya…? http://selangorbloggers.com/read/6873

  18. RT @affanruslan: Akismet tak berfungsi dengan baik, apa alternatifnya…? http://selangorbloggers.com/read/6873

  19. perlukah aku memasang satu lagi plugin, macam perlu sahaja je ni. hehe, thanks for sharing bro.

  20. klu pkai smua ape jadi?. huhu

    btw no 4 tu aku dh ske dh. simple masuk no n spam pn xde. hee :D

    • haah. yang math tu kan? senang, ok jugak lah.

      kalau pakai semua.. err, takde orang kot nak tinggalkan komen pasni. hahah. paling leceh captcha

  21. Assalamualaiku,wa menarik boleh dicuba sik.Thank q hehehehe

  22. ada plugin akismet itu ari tapi spam bots masuk gak, baru bape ari letak growmap blom ada spam so far… search plugin wp aritu pergh byk giler antispam plugin tatau mana satu bagus… decide guna growmap atas nasihat incik syafrizal http://syafrizal.net
    latest entry saye pun citer pasal spammers gak… kaco tul la autobots nih hahaha
    Transformers.. roll out n tranform… ngekngekkrekkkk

    • Affan Ruslan says:

      hahaa. autobots pulak. owh, tau2 syafrizal tu, penah berkunjung ke sana. Sorang blogger yang baik

  23. Akismet tak berfungsi dengan baik, apa alternatifnya…? http://bit.ly/f6IfL5

  24. Menarik! Buta la pasal spam protection ni. Ada ke spam nak masuk blog aku yg PR rendah tu. Hahaha.

  25. birakbatu says:

    blog aku kecik saja.. cukuplah guna akismet buat masa ni.. hehee :)

  26. Nanti aku try satu-satu. sbb aku mmg suka mencuba.

    skrg ni aku mmg menggunakan akismet

    • Affan Ruslan says:

      haaa. bagus lah. boleh lah cuba yang mana2 tak ramai blogger pakai. aku pun tengah mencuba plugin invisible defender ni. setakat ni tak pernah lagi nampak blogger Malaysia pakai, boleh lah tau kesan2 die bila cuba ni. he

  27. Terima kasih banyak2. Kadang2 plugin akismet aku juga ditembusi.

    Berguna maklumat ni. :-)

  28. Alhamdulillah Bro, aku dah pasang no.1 :-)

  29. ooo.. aku pki blogspot pye filter.. jd da moderation la.. takat ni, xde lg spam yg lepas masok blog aku.. haha..

  30. baru je install growmap malam tadi
    cuba tengok dulu kebolehannya

  31. maklumat yang bagus dan menarik ni
    aku pun ingat nak try salah satu lah, selama ini guna akismet je.

  32. Faisal says:

    wah.betul-betul berkualiti lah post ko bro..caya sama lu =)

    • Affan Ruslan says:

      erk. takde lah bagus mana bro. blog jarang update, jadi bila setiap kali update tu aku cuba lah buat entry yang berkualiti skt.
      erk, takpe takde lah berkualiti mana pun. haha!

  33. setakat ni masih setia dengan akismet :D

  34. aku dah deactivate akismet…dah tua akismet ni…

    • Affan Ruslan says:

      hahaha. yeah, dah ramai jugak org buang akismet ni. dulu akismet ni antara plugin wajib bagi pengguna wordpress

  35. ardzham says:

    memang agak terasa juga bahawa akimest kurang berfungsi sejak kenbelakangan ini bila banyak komen spam masuk keblog saya. Terima kasih atas perkongsian info. nak cuba juga nanti…

    • Affan Ruslan says:

      sama2 bro, blog saya Alhamdulillah takde lagi ko terlepas, tapi kena berjaga2 juga lah. kang tiba2 kena serang beribu2 sekali, menyesal tak sudah! huhu

      • ardzham says:

        saya dah guna growmap anti spambot, nampaknya tak ada lagi spam. kalau kena serang beribu-ribu itu yang tak boleh tahan….

  36. baguslah ada semua tu..
    malaslah aku terima komen spam tu semua

  37. Akismet tak berfungsi dengan baik, apa alternatifnya…? http://johoreanbloggers.com/read/3716

  38. aku pakai akismet je, jarang sangat spam yang terlepas, kalau ada pun boleh kata 1,2 je sebulan

  39. blog ko memang betul-betul berguna ar bro…

  40. salam affan…
    erm…nmpk menarik post awk..
    tpi sy xbpe phm laa..
    awk gne ape ea??

    http://akumia19.blogspot.com

  41. Faarihin says:

    pening bila ada spam2 ni..
    stakat ni guna kat blogsipot tak de lagi spam yang memeningkan sesangat… huhuhu..

    p/s: kamu di tag.. ada masa meh la jawab sbelum 30 november ni.. (^__^)

  42. aku memang cukup tak suka yang ada capt tu,

  43. wah..banyak betul yer…yang mana bro paling suka pakai gamaknya? :)

  44. Nice info bro.Tapi buat masa ni akismet saya masih berfungsi dengan baik.Tiada komen spam yang terlepas.Kalau ada bolehlah saya fikirkan semula untuk guna plugin di atas.

  45. da rmei da tgk gune yg ni..
    kne klik u r not spammer :)

  46. no 4 tu menarik bro hehe

    tapi, ni untuk wordpress je ke?

  47. affan.. untuk blogspot punye takde ke?? hehe.. :)

  48. Saya juga turut menggunakan Growmap Anti-Spambot Plugin.. Ternyata lebih baik :)

  49. good info affan… tapi plugin ni bergantung pada theme gak kan?? tu yg leceh tu…

  50. setakat ni akismet aku tak pernah buat hal lg..:)

  51. Faisal says:

    Invisble Defender x sesuai ar bro utk blog aku..still ada jgk spam yang terlepas..

  52. captcha dan lain2 mmg renyah…leceh..growmap lak..kadang2 terlupa nak tick…

    p/s:apa maksud hang akismet x run ngan baik? dalam case aku…banyak gila spam kebelakangan nie…tapi sempat ditapis…

  53. aku gune growmap tue..berkesan gak..spam tak lepas masok..hehe

  54. ramai betul komen. tabik kejap..nasib baik semua bukan spammers..hehe..

    aku masih lagi guna askimet sebab askimet still plugin yang ok untuk halang spam walaupun kadang2 gagal detect spam. Biasalah, mana ada benda yang perfect. Gmail produk milik google pun tak mampu halang spam apetah lagi produk yang biasa2..apa2 pun list tools kat ats bagus tuk mereka yang cari alternatif lain

  55. Akismet kuat tido… banyak jgak spam yg masuk, taip2 hari ade spam…
    lepas lantik je plugin Growmap Anti-Spambot Plugin (G.A.S.P)… dah tak ade lagi Spam2 yang masuk… :D

  56. thanks
    nak cuba plugins pertama tu
    plugins math tu pun ramai gak yg guna

  57. semenjak aku upgrade askimet jadi version baru ni makin banyak plak spam musykil aku.. hohoho sehari lebih kurang 500 spam tak tahan gak la.. hohoho

  58. pening la akismet ni tak paham lagi huhu

  59. pehh, blog aku sampai 300 sehari.. tiap hari memang kena tunggu masa nak clear msg spam jela
    ifwat recently posted..34 komen dalam 5 jam? Alamak, spammer dah menyerang!My Profile

  60. Hi there, I enjoy reading through your article. I like to
    write a little comment to support you.
    cottages.barfieldstud.co.uk recently posted..cottages.barfieldstud.co.ukMy Profile

Tinggalkan Komen Anda

*

CommentLuv badge