Mungkin agak lambat, tapi hati tetap nak menulis mengenai segmen 5 blog paling kerap dilawati 2011 yang dianjurkan oleh Denaihati. Sebelum itu, terima kasih kepada beberapa orang rakan blogger yang turut menyenaraikan blog ini sebagai blog yang kerap mereka lawati (walaupun blog ni jarang update hahaha)
- 5 + 5 Blog Paling Kerap dilawati 2011 (Izwanyusof.com)
- 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 (Ikhwanshah.com)
- 5 Blog Pilihan 2011 (iniwootwoot.com)
Jadi sekarang saya nak senaraikan 5 blog yang kerap dilawati 2011 pulak. Sebenarnya mungkin ada lebih 5, tapi sebab malas, jadi saya senaraikan 5 je lah ye hehe.
1. Amanz.my
Blog berkaitan teknologi berbahasa Melayu paling berjaya di Malaysia. Dimiliki oleh Aman Firdaus, seorang yang sangat g33k. Sehari boleh sampai 4 hingga 5 artikel. Hehe.
2. Kujie2.com
Blog seorang makcik yang menulis dari perspektif seorang ibu. Bacaan yang lebih dekat pada diri sebab ditulis dari hati seorang ibu. Rajin update, kira-kira 1 – 2 entry setiap hari. Selain itu, terdapat juga tutorial-tutorial berguna buat para blogger sekalian. Hehe.
3. Denaihati.com
Antara blog yang mempunyai ramai pembaca, dan sudah beberapa kali menganjurkan contest untuk blogger yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Contest pada tahun ini sahaja menawarkan Ipad2 dan beberapa hadiah menarik yang lain. Blog denaihati.com memaparkan isu-isu terkini, artikel-artikel berkaitan Islam dan juga tutorial untuk blogger.
4. Blog.mohdisa.com
Blog yang menghimpunkan tutorial SEO dan blog, artikel-artikel berkaitan Islam dan juga drama-drama terbaru. Seorang yang aktif berblog, dan mempunyai beberapa blog lain.
5. tubelawak.blogspot.com
Tubelawak merupakan antara blog lawak paling popular di Malaysia. Mempunyai ramai follower dan juga komuniti yang besar di facebook. Kekerapan update pulak bergantung, kadang-kadang selalu update, kadang-kadang tak selalu.
Ok dah siap. Nanti mungkin next week nak try join dan post entry untuk segmen kedua denaihati, dengan tajuk “Kenapa blog ini boleh popular”
decrewz
Jai x sempat nak join pape, tenet kat umah baru coverage xde langsung..hampeh tul..hu3
Affan Ruslan
hehe. biasalah tu, internet selalu jadi penghalang
syahrilhafiz
g33k is cool!!!
amanz FTW, amanz NETWORK bersatu nanti eea..ekeke
Affan Ruslan
hehe. ko pun g33k gak
syahrilhafiz
^_^
aman
aku mana geek. baru jer belajar pegang komputer. hehe. π
Haru
amanz tu..hehe..aku pn mmg selalu masuk kalo die updte..artikelnye ringkas tp padat.
Affan Ruslan
hehe. betul tu
aman
thanks sebab support. yayy!
anies hisham
seme blog2 otai ni
Affan Ruslan
hehe. diorang tak suka digelar blogger otai hehe.
tapi blogger berpengalaman
suri
indahnya blog ..indahnya setiap tulisan yang d ketengahkan π
Affan Ruslan
hehe. setiap blog mempunyai kekuatan dan keunikan masing2
namaakulynn
encik,update selalu. @_@
Affan Ruslan
haha. InsyaALLAH. hang tak nak sumbang artikel ke? haha
iqbalhakimi
semua blog yang mantap2 ni bro…cayalah..haritu blog ko pun tercalon kat woot2..
Affan Ruslan
hehe. betul tu bro. oh tau2 ada aku letak link kat atas tu hehe
iqbalhakimi
aku tak perasan ko dah mention nama woot2 kat atas..hehe..
Affan Ruslan
erk takpe hehe
Nine
Amanz update hari2..semua info terkini…
wahh tubelawak pun ada gak…youtube dia top kan…
satu lagi aku suka blog telordibasuh..lawak giler kdg2 entri yer…:)
Affan Ruslan
haha. dua2 tu member. telurdibasuh lawak die selalu lucah sikit hahah
Nine
satu lagi Amanz pakai ads apa ek ? tgk takde jer…domain dot my mahal….
Affan Ruslan
rasanya die pakai innity.
domain .my standard rm100 gak mmg mahal
aman
pakai innity, kat sidebar nun. hehe. bayar setahun sekali jer kan domain tue. hehe.:D
reezluv
bukan tu je income nya..hahaha..mcm aku taktau..takat RM100 setahun apa la sangat je amanz?
Izwan
erkk..erkk… ada gak link aku.. thanx.. π
selalu update blog bukan kewajipan,cuma diharuskan.. hehe
Affan Ruslan
hehe. InsyaALLAH lepas ni akan lebih aktif bro, eh bila nak sumbang artikel ni? haha
Nine Shaari
RT @affanruslan Blog Paling Kerap Dilawati 2011 | Critical Angle http://bit.ly/jVjege
jackie koh
5 blog yang kerap dilawati 2011 http://iawtp.me/jlz1 via @affanruslan
Affan
RT @jackiekoh: 5 blog yang kerap dilawati 2011 http://iawtp.me/jlz1 via @affanruslan
Affan
RT @carnine9: RT @affanruslan Blog Paling Kerap Dilawati 2011 | Critical Angle http://bit.ly/jVjege
Affan
5 blog yang kerap dilawati 2011 http://twrt.me/jlz1
iqbal hakimi
RT @affanruslan: 5 blog yang kerap dilawati 2011 http://twrt.me/jlz1
chii
blog kak kujie mmg sntiasa jadi pilihan ramai π
Affan Ruslan
hehe. mungkin sebab isi2 die kot, tulus dari hati. ceh haha
Ikhwan
Hidup Aman!!!!!!
Affan Ruslan
ramai peminat aman rupanya yek hehe
aman
thanks ikhwan + affan. π
akubiomed
Semua di atas pernah dilawati kecuali tubelawak belum pernah lagi
Affan Ruslan
owh hehe
tehr
kelima2nya memang top tu, affan
memang tak rugi kalau singgah
Affan Ruslan
hehe. masing2 ada keunikan masing2.
blog bro pun apa kurangnya hehe
HS
haish.. blog aku xde pun.. =..=
Affan Ruslan
hehe. ni yang selalu singgah, blog2 lain pun ada gak aku singgah
zik
tubelawak tuh satu empire.. opss.. semua blog2 mantap…
Affan Ruslan
hahaa. tau
Kujie
ehem…ehem… rasa macam terlewat je
jet peribadi lewat mendarat lepas pergi LOndon tgok pengantin diraja.
semua kelima-lima blog tu selalu singgah dan baca
kat tubelawak tu tiap kali ada entri baru mmg singgah tapi tak pernah komen….situ pengkomen muda remaja….dah tua2 ni tengok dari jauh je lah :p
Terimakasih krn singgah blog Kak Jie…sekarang ni kurang update. Masa utk beronline makin kurang, ada aktiviti offline yg lebih menarik..hehehe
Affan Ruslan
hehe. biasalah tu, bukan semua blogger blh tumpu perhatian kat blog setiap masa. kadang2 tu aktiviti offline lagi penting dan menarik hehe
tubelawak tu tukang komen muda remaja je haha
tubelawak
sayang kakjie!! :>
Affan Ruslan
haha tampaq hang satgi baru tau
yangbaik
suke juga… cuma belum dapat seru nak buat entri cam nie…
Affan Ruslan
hehe. takpe, ni pun sesaje je buat
namaakulynn
amboi amboi amboi…
Juan
best blog ni, teruskan usaha
Amirez
kalau nak tambah pengetahuan dalam hal2 berkaitan teknologi ni mesti masuk amanz.my π yang tak faham pun kadang2 jadi faham eheh
aman
π thanks sebab support Amanz. yayy!
tubelawak
aku benci hang!! hang ada kekasih baru..
Legend
http://affanruslan.com/5-blog-yang-kerap-dilawati-2011/ @amanfirdaus first! haha. tahniah2 .
intankuterpilih
lama dah tak mengikuti perkembangan blog… maklumla, blog kite dah 2 bln tak update…
Hisyam
Semua memang best!
SuManje
baru dapat info kat sini
LuthfiMY
semua blog kat atas tu aku suka masuk..
hahaha tambah2 blog amanz..
aman
tenkiu abe luthfi. π
Khidhir
first time bukak tubelawak..
Hati Batu
hehe tubelawak mmg sy slalu g sne..haha kadang2 tertipu pun ad dgn tajuk2 post..haha
same like amanz, more information about technology at there…mmg best..=)
muhammad fakhruddin
Sebenarnya 5 je tak cukup.Itu yang tak letak tajuk 5 Blog yang kerap dikunjungi. Nantilah 31/12/11 kita buat entri Blog Yang Paling Kerap Dilawati 2011 π
ohcikgu
semua tu selalu dilawati. hehe..
ieda
kali pertama melawat ke sini…salam kenal.
fairuz
ahh takde2. aku tak puas hati. HAHAHA
shaharil
Semua blog aku pernah dilawati.
Yang kerap aku lawati blog amanz sebab hari-hari update.
aman
thanks beb. π
Izamir Ridzwan
blog kak kujie tuh IR pon selalu masuk.. tpi silent reader je
riff
hrp2 blog riff pn ramai org lawat..huhu
hafizmd
Semuanya mmg biasa sampai dah…kecuali blog no 5 tuh…nak kena p siasat juga ni…baca lawak2 terbaru…hehe
mancai
huhuhu… semuanya best2 belaka… blog ini pun
donha
yupp..memang 5 blog ni pom2 meletup..dah lama ikut diorang, smp sekarang tak jemu2..tapi dah lama stop blogging, dah kurang tengok apa ada kat sane.
blogger mane tak kenal denaihati, mmg rugi la..hadiah semua mahal2 o.o
zairy
Semua mmg best x dpt dinafikan.
Mr.PiNGu
selalu pasan blog tubelawak je.. sbb dia spam kat semua chatbox forum and blog I.. -_-
Mr.PiNGu
Kujie.com gak sy selalu lawat.. hehe
Princess MOMOY
mereka ini best. tapi dalam 5 tu ada 1 blog yang copy paste je kebanyakkan artikel nyer.
Katak Puru boleh dimakan???”
Perhatian Semua Photographer Amatur dan Profesional | ENPCβ11“
Ferdaus Zulkifli
5 blog femes di mesia http://affanruslan.com/5-blog-yang-kerap-dilawati-2011/
Ferdaus Zulkifli
5 blog kerap dilawati
http://affanruslan.com/5-blog-yang-kerap-dilawati-2011/ http://fb.me/10Dx0Xlqt
hnahdy
slalu gak buka blog temulawak π
anis aneesa
sy mmg tabik pd blog2 yg dpat perhatian rmai..sume berkat kerja keras diowg..^^
Affan
@amanfirdaus hahaha. awat cakap lagu tuuuu haha. Penah dah http://t.co/8GIDATb hehe
jairinly
terima kasih perkongsian dalam blog ini..saya sangat2 berterima kasih,,teruskan usaha
zack
Terbaik la list ni……hehehehe
Ridzuan
Meh le singgah ke blog sy to get global information
Pretty Datin
Hopefully one day my shopblog pun dalam list jugak.. Amin..
muazfaris
wah.. mesti blog tu semua best kan bagi affan.