Manusia hanya merancang, tapi Allah yang menentukan…
Manusia yang berjaya adalah yang mempunyai cita-cita, dan paling penting berusaha ke arahnya. Dalam tugasan kedua contest yang diajurkan oleh Eizil.com, para peserta dikehendaki menulis mengenai perancangan dan impian yang ingin dicapai dalam 3 tahun.
3 tahun merupakan tempoh yang agak pendek, tapi juga mempunyai impian yang besar dan realistik, tak mustahil impian boleh tercapai 😉
Pekerjaan
Impian paling hampir adalah graduate dari bidang kejuruteraan Kimia. Selepas graduasi, ada merancang nak mencari pekerjaan di sini (Kanada). Cari pengalaman setahun dua, kemudian baru balik.
Memandangkan tiada praktikal di Uni yang saya sedang belajar (McMaster University), maknanya lepas graduate memang satu kerugian sebab tiada pengalaman kerja. Huh! Plan B, kalau selepas beberapa bulan tiada tawaran kerja, terus balik Malaysia. Cuba cari kerja di Malaysia pula. Orang kata, “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”.
Keluarga
Kahwin dalam masa 3 tahun? Mungkin. Mungkin ya, dan mungkin tidak. Semuanya bergantung pada rezeki 😉
Cari isteri bukan macam cari awek. Tanggungjawab ayah kepada anak bermula sebelum berkahwin, iaitu mencari ibu yang baik untuk anak-anak 😀
Sosial Media dan Blog
Sekarang ini saya menulis secara part time. Mungkin sebab itulah, blog ini jarang dikemaskini dengan artikel terbaru. Selalunya hanya 1 artikel dalam satu mungkin, kadang-kala 2 artikel seminggu, jarang sekali 3 artikel seminggu. Haha. Dalam 3 tahun, antara perkara yang ingin dicapai adalah:
1. Membangunkan blog niche dalam bahasa Inggeris.
Sebenarnya dah ada beberapa idea, tapi disebabkan kesuntukan masa dan malas, maka ianya terpaksa ditangguhkan. Jeles dengan blogger-blogger yang menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan dengan Adsense. Memang tak dinafikan, blog dalam bahasa Inggeris mempunyai pembaca yang lebih ramai dan market yang lebih besar.
Lastly, rasa rugi pulak bila ilmu SEO yang ada tak dimanfaatkan dengan sebaiknya.
2. Busuk.org?
Sedar tak sedar, dah hampir setahun Busuk.org dibangunkan. Sebenarnya ada beberapa perancangan besar untuk Busuk.org tetapi memandangkan masing-masing sibuk dengan pelajaran dan ada yang sibuk dengan Final Year Project, maka rancangan tersebut tergendala.
Buat masa ini, laman Busuk.org selalu berada di ranking 50 – 60 untuk ranking Alexa Malaysia. Tapi itu tak bermakna kami yang terbaik sebab pesaing akan sentiasa ada. Harapannya, dalam masa 1 – 2 tahun, jenama Busuk.org akan dikenali ramai 😉
3. Woot Media?
Alhamdulillah, baru selesai mendaftar Woot Media sebagai sebuah syarikat beberapa minggu lalu. Baru-baru ini dah buka office, tapi masih dalam renovation. Impian? Membina jenama dan mengukuhkan blog yang sedia ada.
Selain itu, memandangkan sekarang dah ada pejabat, mungkin lepas ni boleh lah join event yang disertai Woot Media.
4. Terus menulis dan memberi manfaat
Dari laman ping Busuk.org, saya belajar banyak perkara. Ramai yang menulis, tapi sangat sedikit yang menulis untuk memberi manfaat pada pembaca yang lain. Banyak entry mengarut yang di copy paste, dan banyak entry berunsur 18sx. Dalam kata lain, menulis untuk trafik dan duit semata-mata.
Semua penulis akan mati, hanya karyanya yg akan trs abadi. Maka tulislah sesuatu yg dpt membahagiakan dirimu di akhirat nanti. [Saidina Ali]
Harap-harap selepas 3 tahun, saya masih tetap menulis. Nak kata semua yang ditulis dalam blog ni bermanfaat, takdelah. Tapi sekurang-kurangnya berguna untuk diri sendiri.
5. Impian Comel: Duo Authors Blog
Saya ada idea comel. Terus terang, saya tak pernah lagi jumpa blog popular dari Malaysia yang penulisnya suami-isteri. Pernah jumpa? Haha. Kalau dapat isteri seorang blogger, bonus. Lepas kahwin, ajak isteri menulis sekali di blog ni. Untuk tujuan itu, saya dah jumpa satu tema WordPress yang sangat unik. Hahaha.
6. Design dan Develop lebih banyak tema WordPress.
Sedar tak sedar, minat terhadap bidang rekabentuk dan pembinaan WordPress semakin bertambah. Ditambah dengan beberapa orang yang turut memberi kepercayaan mengupah untuk membina tema WordPress menaikkan lagi semangat.
Untuk setiap klien, mesti ada ilmu baru yang dipelajari. Takdelah pro sangat, yang simple-simple bolehlah. Hehe.
Norfa
dulu ingatkan ini acul yang design theme impian comel atas tuh.. rupa2 nye theme ready made.. hahaha..teringin gak nak buat… blog suami isteri.. kahkahkah
Izwanyusof
balik2 la mesia ni haaa.. kang cari bini orang mesia gak,ke nak cari oversea? mix2? hehe
good luck! blog aku pn kemana ntah,berat sem ni. blogging dh tenggelam2 dah.
ATA
smart! moga berjaya memenangi contest ini.. apapun bahagian terus menulsi dan memberi manfaat, itu yang terbaik.. moga ada keberkatan di situ =)
arrizz
part terus menulis tu kalau akulah, takkan berhenti kot..aku minat menulis..cuma masalahnya tenggelam timbul je..hehe..good luck untuk perancangan 3 tahun akan datang ko nie bro..aku approve,hahaha
Aizan Fahri
okay… aku rasa entri mcm ni akan aku tulis di NightlyArt nanti. Cakap-cakap pasal masa depan ni antara minat aku bro.
Oit, klau dah release blog yang guna 100% English, gtau aku ye. Aku dah slow2 nak tukaq blog aku ke English.
Noct
semoga graduate dengan suksess dan tercapai impian nak kerja kat sana. semoga cepat kahwin jugak. yang penting,jangan lupa vvip punya invitation card. ok. 😉
wewit!dah ada opis lah.tahniah2 team WM. keep blogging Affan. im sure,i will read. hahaha.
” Impian Comel: Duo Authors Blog” ; comel sgt ok! HAHA. semoga tercapaiii impian comel itu. 😀
Hafizul
sungguh teruja membaca entri ni…insyaAllah ada la tu rezeki dapat isteri seorng blogger terkenal..hehe..memnag betul kan..penulisan akan kekal smp bila2 tambahan pula penulisan berunsurkan informasi..memang tak kan pudar..bertuah rasanya bila ilmu berkenaan teknikal mcm affan perolehi..kurang2 boleh janakan pendapatan sendiri..semuga busuk.org makin mendapat perhatian dunia dalam masa 3 tahun lagi…terasa jauh di sudut hati, ingin menjadi seorg designer theme…namun semua tu bukan semudah yang diangankan….
MameeMonster
wow! :O
cikgu naman
kami berdua blogger, tapi kami tak popular…hehe
mohd luthfi
banyak tu visi dan misi untuk 3 tahun..
muazfaris
hihi, nampak nye aku tahu sapa “adam & eve” tu.. wakaka.. semoga hubungan berkekalan..
*errrm, tak sempat nak gi ofis tu sblm fly ke mesir.. takpe la,suatu hari nanti.
Hazmin Hamudin
Menarik betul perancangan masa depan bro. Semoga impian dapat direalisasikan dengan jayanya.
iAwani
suami isteri menulis sama-sama di satu blog? idea baik juga tu Affan. Thanks! saya personally kagum dengan Woot Media .. i follow you all very closely.
titan
hoho..kena cari bini yang suka tulis blog jugaklah gayanya..hehe
Juan
pasal develop theme tu saya nak belajar
kak jie
baca via phone jadi nk komen ringkas je
wow! mcm bau ikan je bab impian chomel laki bini blogger tu
sekian. terimakasih
adele
kreatifnya theme adam & eve tu..ni yg terasa membuak2 nak mendirikan rumah tangga ni..haha
Myra Jay
InsyaAllah mudah-mudahan
Amirez
good luck 😉 dah buka ofis, makin hebatlah woot media nanti
amirulfaiz
Semoga tercapai impian dalam 3 tahun itu. Memang comel blog duo-author tuh. 😀
Naziman
hahaha. ni maksudnya nak cari bini blogger la ni.
Bab blog niche bahasa inggeris tu saya setuju, memang blog bahasa inggeris ni makan lagi besar. Biasalah semua orang guna bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan. Tapi macam biasa, market makin besar, makin besar juga persaingan.
akubiomed
Impian yang besar tetapi tidak mustahil kerana bro sendiri telah mula asas. Kalau leps ini hendak tak off pun mudah sahaja. Saya mendoakan agar apa yang dicapai menjadi kenyataan.
shafiqa aqila
affan, saya pernah baca satu blog berasingan luahan laki n bini, tapi rupanya tuan punya blog dah lama meninggal…
blogger tu meninggal pun baru umur 27 tahun rasanya tahun 2012..
sekarang ni blog tu menyepi tapi hasil tulisan dia memang membawa manfaat kat orang, sangat beruntung orang tu..
pahan
ada fikir benda ni gak dulu bro . mungkin akan buat dalam masa akan datang theme mcm ni.
p/s : Jom la menulis pasal wordpress sekarang 🙂
albaihaqie
setuju dengan ulasan anda kat Busuk.org
saya kadang2 sakit hati dan marah!
terlalu ramai yang meletakkan bahan lucah untuk melariskan blog mereka.
Membuatkan saya menjadi takut untuk meletekkan banner busuk.org di blog saya.
bimbang jika saya jalan untuk orang membuat dosa. Akhirnya, saham dosa yang mereka dapat akan terkena jugak kepada saya.
Terima kasih